Gaya Hidup 

CSR Lancar Gula Rendah Glisemik Pertama Di Malaysia Dan Asia

Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) baru-baru ini telah melancarkan Better Brown, produk pemanis gula rendah glisemik yang pertama di Malaysia dan Asia.

Majlis pelancaran Better Brown, gula rendah glisemik yang telah berlangsung pada 8 November 2018 ini juga merupakan komitmen berterusan CSR dalam menggalakan penggunaan gula yang lebih bertanggungjawab demi memperkasa gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia.

CSR Better Brown Low G Sugar, Gula Rendah Glisemik Better Brown,

CSR Lancar Better Brown Gula Rendah Glisemik

CSR Better Brown Low G Sugar merupakan produk terbaru yang dihasilkan melalui kaji selidik saintifik dan inovasi teknologi menyeluruh CSR selaras matlamat memperkasa gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia.

Menurut Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif CER, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah membolehkan gula dihadam, diserap dan menjalani proses metabolisme secara perlahan. Dengan itu, paras glukosa dalam darah meningkat secara perlahan, sekali gus membantu pengguna mengekalkan tenaga lebih lama dan mengekang rasa kelaparan.

Matthew Godfrey, Ketua Pegawai Eksekutif, Nutrition Information Group turut menjelaskan, glisemik merupakan ranking kabohidrat dalam makanan yang mempengaruhi paras glukosa dalam darah. GI pada gula biasa sekitar lebih 69, manakala Better Brown mengandungi kurang 55, namun masih memberikan nikmat rasa dan kualiti yang sama pada makanan dan minuman.

CSR Better Brown Low G Sugar, Gula Rendah Glisemik Better Brown,

Gula rendah glisemik Better Brown memberikan pilihan yang baik buat kita semua untuk menjadi pengguna yang lebih bertanggungjawab memperkasa gaya hidup yang sihat. Ia juga memberi kesedaran buat diri ini untuk pilihan yang lebih baik buat keluarga, juga para subscriber dan pembaca seluruhnya dalam amalan pemakanan dan gaya hidup sihat.

CSR juga sentiasa menekankan kepentingan kualiti dan keselamatan dalam setiap pengeluaran produk termasuk gula rendah glisemik Better Brown yang dijamin Halal dan menepati standard piawaian antarabangsa seperti HACCP dan GMO Free. CSR juga komited membangun ke arah ‘sustainable development’ dalam seluruh rantaian perbekalannya.

CSR Better Brown Low G Sugar, Gula Rendah Glisemik Better Brown,

Chef Wan Dan Farahdhiya Duta CSR Better Brown Low G Sugar

Sempena pelancaran, CSR secara rasmi telah melantik Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) dan artis Farahdhiya Mohd Amin sebagai duta produk. Mereka berdua merupakan personaliti dan ‘influencers’ yang bertepatan dalam menggalakkan gaya hidup sihat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, CSR juga telah menandatangani MoU bersama National Diabetes Institute, Malaysia (NADI) pada Oktober 2018, sebagai komitmen memperkasa gaya hidup sihat dan membasmi diabetes melalui program ‘Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes’ yang memberi kefahaman dan memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Justeru, CSR Better Brown Low G Sugar boleh didapati di retail outlet seluruh negara dengan harga RM3.80 se pek. Info lanjut dan terkini boleh layari Facebook > CSR Teman Sajian.

 

 

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

11 Thoughts to “CSR Lancar Gula Rendah Glisemik Pertama Di Malaysia Dan Asia”

  1. Alhamdulillah..ini menjadi langkah baru dan usaha menambah baik kualiti kesihatan rakyat Malaysia.

    1. Betul.. langkah usaha utk pilihan yg baik buat kita semua

  2. Syukur..satu kemajuan yang positif..

    1. Kemajuan ke arah gaya hidup yg lebih sihat

  3. bagus ni mama nak pi beli la nanti

    1. Mmg bagus, kami pun dah bertukar guna better brown juga kat rumah

  4. bagus nanti boleh pergi cari la.. gula biasa pernah tengok x beli pun hahaha…

    1. Mmg bagus klu bertukar ke better brown terus berbanding gula putih biasa tu sbb mmg lebih baik utk kesihatan

  5. ooo boleh carilah gula ni nnt… kt rumah tu masih pakai gula putih

  6. Menarik ni tuan. Boleh lah cadang dekat family tukar ke Better Brown pula sebab rasa pun sama je macam gula biasa kan.

  7. Wah, menarik ni. Dekat ofis sekarang pun dah tak pakai gula biasa. Pakai Brown Sugar.

    Btw, jemput menambah ilmu sama-sama ya!
    https://www.nutrisiguru.com/kesihatan/8-manfaat-kesihatan-asid-lemak-omega-3-lemak-sihat-yang-baik-untuk-anda/

Leave a Comment

CommentLuv badge