Gaya Hidup 

Pelancaran Logo Visit Sarawak Sasar 5 Juta Pelancong 2019

Sarawak sememangnya antara negeri di Malaysia yang terkenal dengan keunikan tradisi, budaya dan makanan serta tarikan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Ia pasti memberikan satu pengalaman manis kepada sesiapa jua yang berkunjung ke Sarawak.

Atas aspirasi tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah melancarkan logo terbaru sempena kempen ‘Visit Sarawak‘, dengan mensasarkan kunjungan seramai 5 juta pelancong pada 2019.

Pelancaran Logo Visit Sarawak - More To Discover,

Pelancaran Logo Visit Sarawak – More To Discover

Pelancaran logo kempen Visit Sarawak telah berlangsung pada 16 Oktober 2018 di JW Marriot Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia merupakan acara pendahuluan sebelum pelancaran rasmi yang bakal diadakan pada Januari 2019.

Ia bakal menjadi simbol utama dengan tagline “More To Discover” sebagai aspirasi kempen. Logo direka merangkumi 7 warna mewakili warna bendera Sarawak, warna oren mewakili semangat kepelbagaian etnik dan komuniti, warna hijau mewakili kekayaan hutan semulajadi dan biru mewakili keindahan pantai dan lautan yang luas.

Logo turut diserikan dengan simbol burung enggang sebagai ikonik “Bumi Kenyalang” yang dikenali turun-temurun kepada kepelbagaian etnik masyarakat di bumi Sarawak.

Tagline “More To Discover” juga merupakan strategi Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board) dalam memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian budaya, cabaran dan keindahan alam semulajadi, termasuk festival (CANFF) yang tidak boleh didapati di tempat lain seluruh dunia.

Pelancaran Logo Visit Sarawak - More To Discover,

Visit Sarawak Sasar 5 Juta Pelancong Pada 2019

Kempen Visit Sarawak mensasarkan 6 pasaran antarabangsa utama seperti UK, Germany, Benelux, China, Australia dan negara ASEAN, termasuk pelancong tempatan warga Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal kebanggaan Sarawak, Dayang Nurfaizah dan Tuku Kame sebagai menyokong usaha memperkenalkan Sarawak kepada dunia.

Kempen ‘Visit Sarawak’ ini juga menyaksikan pemerkasaan platform digital dalam memperluaskan lagi promosi kepada pasaran yang disasarkan. Selain konten digital, terdapat juga aplikasi mobile yang sedang dibangunkan bagi memudahkan rujukan kepada semua pelancong.

 

Related posts

8 Thoughts to “Pelancaran Logo Visit Sarawak Sasar 5 Juta Pelancong 2019”

  1. Moga apa yang disasarkan tercapai.Sarawak dikenali di mata dunia melalui pelancong-pelancong yang datang ke Sarawak..bukan sahaja ketika berlangsungnya kempen "VISIT SARAWAK" sahaja malahan di luar waktu itu juga.

    1. Betul tu.. sarawak mmg dikenali dgn pelbagai keunikan di malaysia dan dunia

  2. harap ada rezeki sy nk ke sarawak thn dpn 😉

    1. In shaa Allah.. asyik ke luar negara je Anies, lepas ni jln2 juga dlm negara ke sarawak pula nanti hehee

  3. Sarawak je saty-satunya negeri dalam Malaysia yang ana belum jejak. Memang dah masuk dalam bucket list untuk JJCM akan datang.

    1. Menarik tu Ana.. sy pun harap2 tahun depan dpn spend time cuti panjang sikit dgn famili jln2 sarawak juga hehe

  4. Wow !! memang negeri Sarawak menarik..pada kunjungan saya baru2 ini..sesuai lah tahun mel;awat Sarawak 2019 pasti ramai pelancong ekonomi meningkat

    1. Jadi teringin juga nak ke sarawak tahun 2019 ni.. menarik

Leave a Comment

CommentLuv badge