Sosio-Pendidikan 

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships and Awards Ceremony 2018 sememangnya menyuntik inspirasi buat para pelajar memperkasa pembangunan pendidikan, juga diri ini dalam aspirasi keusahawanan sosial dan modal insan.

Tahun ini menyaksikan penganugerahan biasiswa berjumlah RM72 juta kepada 3000 pelajar berkelayakan. Satu komitmen ‘education-focus social enterprise’ terbesar di Malaysia oleh Jeffrey Cheah Foundation (JCF) dengan keseluruhan biasiswa dan geran mencecah RM402 juta.

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018,

 

JCF Scholarships And Awards Ceremony 2018

JCF Scholarship And Award Ceremony 2018 telah disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama Founding Trustee Tan Sri Dato’ Sri Dr. Jeffrey Cheah di Sunway University pada 12 Oktober 2018.

Penganugerahan ini juga antara usaha berterusan JCF dalam memanfaatkan peluang pendidikan kepada individu berpotensi dan berkelayakan. Ia selaras hasrat memperkasa pendidikan berkualiti negara untuk pembangunan sosio-masyarakat berilmu, prihatin dan berdaya maju.

Dilancarkan pada 2010, Pengasas Kumpulan Sunway dan Pengerusi, Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah telah menyerahkan equiti kesemua 16 institusi pendidikan dibawah Sunway Education Group dengan nilai melangkaui RM 1 billon hari ini. JCF diurus tadbir oleh ‘independent board of trustees’ merupakan ‘education-focus social enterprise’ terbesar Malaysia.

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018,

 

Biasiswa Latihan Dan Melanjutkan Pelajaran

Melalui JFC Scholarships and Awards 2018 juga menyaksikan inisiatif baru dalam memperkenalkan program ‘Scholars-in-Residence’ bersama University of Cambridge bagi memberi peluang latihan kepada fakulti Sunway University di University of Cambridge.

Turut memperkenalkan Oxford-Jeffrey Cheah Graduate Scholarship yang membuka peluang kepada generasi muda Malaysia melanjutkan pelajaran di University of Oxford. Selain itu, JCF juga telah menganjurkan beberapa siri Jeffrey Cheah Distinguished Speaker Series oleh tokoh-tokoh anugerah Nobel laureates dan pakar peneraju industri dunia.

JCF Scholarships and Awards 2018 juga menjadi komitmen JCF melahirkan lebih ramai individu berpendidikan yang mampu menyumbang semula kepada masyarakat. Menurut Tan Sri, pendidikan adalah aset penting dalam membasmi kemiskinan. Beliau berhasrat menyumbang biasiswa pendidikan melebihi RM1 billion sepanjang hidupnya.

Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018,

 

JCF Memperkasa Ilmu Dan Modal Insan

Sejak 2017, Sunway University dibawah urustadbir JCF telah membangunkan prasarana lengkap ekosistem keusahawanan disekitar Sunway City merangkumi ‘non-profit incubator and accelerator’ Sunway iLabs kepada para pelajar dan usahawan.

Program ini telah memberi manfaat kepada 7,000 orang dan 25 ‘startups’. Sunway iLabs telah menjalin usahasama strategik dengan University of California, Berkeley dan melancarkan Makerspace di Sunway University sebagai inisiatif terbaru memperkasa pembangunan modal insan.

Baca juga pengisian terkait;
> Sunway iLabs Makerspace Memperkasa Revolusi Industri 4.0.
> Inspirasi 2 Tokoh Pemimpin Korporat Sebagai Guru Sekolah.
> Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre.

 

Related posts

10 Thoughts to “Jeffrey Cheah Foundation Scholarships And Awards Ceremony 2018”

  1. Pendidikan aset penting membasmi kemiskinan..PC setuju.Begitu juga kemahiran.Ilmu biar sedikit jika di manfaatkan hasilnya mengagumkan.Bantuan atau biasiswa seperti ini salah satu cara meluaskan langkah anak bangsa menimba ilmu.Alhamdulillah.

    1. Betul tu PC.. in shaa Allah, moga memberi nilai tambah dlm pemerkasaan ilmu dan memberi sumbangan kembali kepada masyarakat apabila berjaya kelak.

  2. Alhamdulillah sumbangan yg menginspirasi pelajar2 usaha bersungguh mencapai kejayaan merealisasikan kepercayaan yg diberi

    1. Mudah2an kak PI.. moga memberi nilai tambah pemerkasaan ilmu melalui peluang yg tersedia buat yg diberi kepercayaan.

  3. Semoga memberi lebih banyak peluang kepada yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran..

    1. Mudah2an menjadi inspirasi dlm memperkasa pembangunan sosio-masyarakat melalui pemerkasaan ilmu

  4. yg dah dpt biasiswa ni, belajarlah bersungguh2 dan jgn lokek utk sumbang bakti kpd negara

    1. Mudah2an melahirkan lebih ramai tokoh yg mampu menyumbang bakti dlm memperkasa ilmu kpd masyarakat dan negara.

Leave a Comment

CommentLuv badge