Gaya Hidup Informasi 

Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok

Pada era teknologi digital masa kini, merokok bukan lagi satu trend sosial millennial tetapi budaya yang merugikan dan pastinya memudaratkan kesihatan diri sendiri dan juga orang lain.
Atas aspirasi itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melantik polis bantuan Kumpulan Sunway bagi menyuntik kesedaran dan penguatkuasaan polisi Zon Larangan Merokok di Sunway City demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat.
Sunway City, Zon Larangan Merokok, KKM, PDRM,

Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok

Sempena penguatkuasaan zon larangan merokok di persekitaran ‘township’ Sunway City seluas 800 ekar, kakitangan polis bantuan Kumpulan Sunway merupakan penguatkuasa pertama yang dilatih oleh KKM dan PDRM bagi menguatkuasakan perlaksanaan ini.
Acara pada 14 September 2018 menyaksikan Timbalan Pengarah Kesihatan Awam KKM, Dato Dr Chong Chee Kheong; dan Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Senior Assistant Commisioner (SAC) Dato’ Moktar Mohd Nor menyerahkan surat penguatkuasaan kepada polis bantuan Kumpulan Sunway bersama Pengarah Urusan Senior Kumpulan Sunway – Pejabat Pengerusi, Dato’ Tan Kia Loke.
Inisiatif ini juga selaras dengan sasaran Malaysia dalam mengurangkan kadar perokok tegar kepada 15% menjelang 2025 dalam mencapai status negara bebas asap rokok pada 2045. Ia sepertimana terkandung dalam Pelan Strategik Negara untuk Kawalan Tembakau (National Strategic Plan for Tobacco Control 2015 – 2020).
Selain itu, berdasarkan laporan rasmi Institut Kesihatan Awam pada 2011 telah menunjukkan sekurang-kurangnya 40% dikalangan orang dewasa terdedah kepada ‘second-hand smoke’ di tempat kerja dan di rumah. Laporan juga mendedahkan sekitar 70% dan 28% orang dewasa menghirup asap rokok ketika mengunjungi restoran dan menggunakan pengangkutan awam.
Melalui penguatkuasaan ini secara tidak langsung mengetengahkan komitmen Kumpulan Sunway dalam menyokong aspirasi negara disamping melindungi orang ramai yang tidak merokok dalam mengurangkan risiko penyakit disebabkan asap rokok (second-hand smoke).
Sunway City, Zon Larangan Merokok, KKM, PDRM,

Zon Larangan Merokok Ke Arah Gaya Hidup Sihat

Bermula 16 September 2018, merokok adalah dilarang di kesemua bangunan dibawah pemilikan Sunway di Sunway City. Para perokok hanya dibenarkan merokok di zon merokok yang telah digazetkan bagi membendung kesan bahaya asap rokok kepada orang ramai.
Penganugerahan surat penguatkuasaan kepada polis bantuan Kumpulan Sunway terlatih ini membolehkan mereka mengeluarkan saman kepada perokok di sekitar zon larangan merokok. Berdasarkan Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau 2017, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau sehingga 2 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Bagi para perokok… jangan merokok sembarangan di Sunway City ye!
Jom baca lagi artikel yang terkait;
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

8 Thoughts to “Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok”

  1. hrp tmpt / lokasi / premis lain di seluruh negara turut mengambil bahagian / bekerjasama / ambil inisiatif seperti ini agar kita semua bebas drpd asap rokok

  2. memang sepatutnya kawasan belajar begitu dilarang orang merokok…

    rokok bukan sesuatu yang baik dan berbahaya sangat untuk kesihatan..

    malah difatwakan haram oleh ulama di negara ini

  3. Sepatutnya dah lama penguatkuasaan ni dibuat.Tapi bagus juga untuk Sunway menjadi pelopor macam ni

  4. Hidup sihat tanpa merokok, perokok dan asap rokok. Bagus ada inisiatif macam ni.

  5. elok sangat la tu..harap2 kat tempat lain pun akan jadi kawasan larangan merokok

    cara urutan pulihkan bell's palsy

  6. Bagus inisiatif macam ni untuk kesejahteraan bersama. Melaka dah beberapa tahun kuatkuasa but still ada yg merokok in public.

Leave a Comment

CommentLuv badge