Blogging Portfolio 

Slot BLOGGER OH! BLOGGER Bersama Harmoni Nasional FM

Slot BLOGGER OH! BLOGGER bersama Harmoni Nasional FM merupakan antara pengalaman paling berharga dalam portfolio kerjaya seorang penulis blog bila berpeluang berkongsi aspirasi dunia berblogging kepada para pendengar radio online.

Pengalaman 1 jam bersama DJ Rizz di konti Harmoni Nasional FM menjadi suntikan motivasi buat diri dalam menyampaikan informasi melalui blog sebagai aspirasi kerjaya. Ia secara tidak langsung memberi inspirasi untuk terus memperkasa usaha dalam berkongsi pengisian bermanfaat kepada seluruh pembaca blog ini.

Slot BLOGGER OH! BLOGGER, Harmoni Nasional FM, DJ Rizz, Idris Mohamad, Khir Khalid,

Slot BLOGGER OH! BLOGGER Harmoni Nasional FM

Pagi Rabu, 5 September 2018, merupakan hari yang berharga dalam jurnal kerjaya diri ini sebagai penulis blog dan usahawan sosial. Bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, saya berpeluang berkongsi perspektif dan pengalaman sepanjang terlibat dalam dunia blog.

Walaupun bukan kali pertama saya berpeluang berkongsi secara ‘live’, tapi perasaan gugup memang ada… suspen! haha. Jika sebelum ini pernah diundang dalam slot Dialog dan Landskap di RTM 1, dan MHI Tv3, tapi inilah pengalaman pertama saya keudara di corong radio online.

Mujur DJ Rizz sentiasa ‘cool’ sepanjang slot BLOGGER OH! BLOGGER berlangsung. Beliau memang bijak mengendali situasi yang membuatkan saya yakin dan tenang. Satu persatu pertanyaan dijawab sebaiknya sebagai wadah perkongsian ilmu secara santai dan menceriakan.

Slot BLOGGER OH! BLOGGER, Harmoni Nasional FM, DJ Rizz, Idris Mohamad, Khir Khalid,

Menulis Blog Sebagai Platform Aspirasi Kerjaya

Bagi yang mengikuti perjalanan blog ini pasti tahu, blog sememangnya membantu saya memperkasa aspirasi keusahawan sosial dalam segmen motivasi sosio-pendidikan dan modal insan.

Melalui slot BLOGGER OH! BLOGGER ini saya berpeluang berkongsi pengalaman serta pandangan yang terkait dengan aspirasi tersebut. Sesungguhnya, blog lebih dari sekadar platform mengisi minat menulis pada waktu lapang. Ia satu medium berpotensi dalam berkongsi ilmu era digital kini.

Bagi saya, penulisan blog dengan etika yang betul mampu memberi capaian sebagai rujukan bermanfaat kepada pencari maklumat melalui enjin carian disamping meningkatkan kebolehpercayaan industri dan pasaran dalam memperkasa pelbagai hasrat kerjaya dan keusahawanan.

Pelbagai perkongsian turut dirakam di FB Live Harmoni Nasional FM berdurasi 60 minit yang boleh ditonton di sini > Slot BLOGGER OH! BLOGGER Khir Khalid.

Slot BLOGGER OH! BLOGGER, Harmoni Nasional FM, DJ Rizz, Idris Mohamad, Khir Khalid,

Alhamdulillah, pengalaman ini memberi refleksi diri untuk sentiasa menambahbaik mutu pengisian blog agar dapat terus mencapai golongan pembaca yang disasarkan agar ia mampu memberi nilai tambah dan impak positif kepada kerjaya dan pembangunan modal insan negara.

Ibarat pepatah Steve Jobs – “Quality is more important than quantity. One home run is much better than two doubles”. Secara tidak langsung, slot BLOGGER OH! BLOGGER menyuntik peringatan diri ini untuk terus berusaha membina pembaca berkualiti dari sekadar mengejar kuantiti.

Namun ia bukan usaha semalaman… perlu ada minat dan matlamat arah tuju dalam menulis blog, senantiasa menambahbaik ilmu mengikut kemampuan dari masa ke semasa yang disertai fokus serta kesabaran bagi memastikan hasrat kerjaya terus diperkasa, in shaa Allah.

Slot BLOGGER OH! BLOGGER, Harmoni Nasional FM, Khir Khalid,

Penghargaan Slot BLOGGER OH! BLOGGER Harmoni Nasional FM

Penghargaan terima kasih buat DJ Rizz dan seluruh warga Harmoni Nasional FM atas pengalaman berharga dan menginspirasikan ini. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan dapat memberi nillai tambah yang bermanfaat untuk kebaikan para pendengar seluruhnya.

Terima kasih juga buat pasangan sahabat blogger Faizol Hafizi, a.k.a Otomen Taro dan Illya Leya atas kesudian memperkenalkan diri ini kepada Harmoni Nasional FM untuk slot BLOGGER OH! BLOGGER. Ada beberapa lagi nama blogger turut dipetik untuk slot-slot akan datang haha… stay tune!

Justeru, jom ikuti info terkini Harmoni Nasional FM di laman sosial di bawah;

Harmoni Nasional – Suara Rahmah Anda
Dengarkan Online – harmoninasionalfm.blogspot.my
Facebook Page: Harmoni Nasional FM
Instagram: @harmoninasionalfm

Baca lagi sebahagian aspirasi berblog. Salam sukses!
> Ekspresi Blogging Aspirasi Dulu Dan Kini.
> Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya.
> Inspirasi Dan Semangat Dalam Berblogging.

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

22 Thoughts to “Slot BLOGGER OH! BLOGGER Bersama Harmoni Nasional FM”

  1. Tahniah sahabat semoga terus sukses dalam kerjaya keusahawanan sosial dan blogger ini

    1. In shaa Allah, mudah2an.. aamiin. Terima kasih sahabat.

  2. Alhamdulillah dan tahniah Tn KK…moga ini juga menjadi satu inspirasi atau titik mula kepada pemula dilapangan ini..

    1. In shaa Allah, mudah2an ada manfaatnya.. terima kasih PC.

  3. Tahniah. Moga terus suksess berblogging. Menjadi inspirasi pada yang lain juga nih..

    1. In shaa Allah, mudah2an.. terima kasih Fidah.

  4. Wow!! hebatnya ..menarik tahniah Blogger KK

    1. Alhamdulillah, terima kasih cikgu Etuza

  5. Tahniah bro KK… best ke udara dekat radio, dulu pernah terlibat dengan radio gak sebelum ceburi blog hahahah

    1. Alhamdulillah, terima kasih Cik Ash.. oh, pengalaman berharga tu

  6. Wahh hebat bro KK 🙂 Semoga terus menjadi inspirasi buat orang lain.

    1. In shaa Allah mudah2an.. terima kasih Nani

  7. dah jadi blogger selebriti la ni

    1. Alhamdulillah.. sesekali ambil aura retis hehee

  8. tahniah bro KK.. semakin maju setapak ke hadapan! dah masuk level retis dah nih.. hehehe

    1. Alhamdulillah, terima kasih Pha Is hehehee

  9. Tahniah.. Ni yang rasa semangat nak menulis ni.

    1. Alhamdulillah, terima kasih tuan

  10. tahniah! blogger juga boleh jadi kareer. buat sy semangat utk terus berblog.

    1. Alhamdulillah, terima kasih Sharmien. Salam berblogging dan sukses selalu

  11. wahhh msk radio pulak…. tahniah!!! 😉

    1. Alhamdulillah, terima kasih Anies 😀

Leave a Comment

CommentLuv badge