Motivasi Sosio-Pendidikan 

Pelajar Orang Asli ECER Berazam Capai Kecemerlangan UPSR

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama rakan-rakan strategik telah menganjurkan bengkel-bengkel tambahan di samping kelas tuisyen dan motivasi secara berterusan. Ia salah satu usaha memastikan pelajar berprestasi rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di rantau ini dapat mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan kebangsaan akan datang.

Sebagai persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, lebih 3,400 pelajar UPSR dari 140 sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor, telah dipilih untuk terlibat dalam program Latihan Akademik empower ECER di bawah ECERDC.

Jumlah ini turut merangkumi sebanyak 830 pelajar Orang Asli yang mana sebilangan besar daripada mereka berasal dari kawasan luar bandar di rantau ini.

Program Latihan Akademik empower ECER, SK Tasik Cini, Pahang.
Pelajar-pelajar Orang Asli mengambil bahagian dalam kelas empower ECER di SK Tasik Cini, Pahang.

 

Pelajar Orang Asli ECER Berazam Capai Kecemerlangan UPSR

Pelajar-pelajar Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tasik Cini, Pahang yang terpilih sebagai peserta program Latihan Akademik empower ECER di bawah ECERDC sedang membuat persediaan untuk peperiksaan kebangsaan – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 24 September 2018.

Program Latihan Akademik empower ECER dilaksanakan khusus untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar berprestasi rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan, termasuk pelajar-pelajar Orang Asli.

Perkara ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan generasi-generasi muda di ECER mempunyai prospek yang lebih cerah dalam mencapai kecemerlangan akademik serta berpeluang untuk melanjutkan pengajian. Secara langsung dapat meraih peluang kerjaya atau keusahawanan yang lebih baik di masa hadapan.

Diantara tahun 2010 dan 2017, program empower ECER oleh ECERDC telah memberi manfaat kepada 51,400 orang pelajar melalui Program Latihan Akademik.

empower ECER-MyKasih, SK Tasik Cini, Pahang.
Pelajar-pelajar menggunakan komputer riba yang disediakan melalui program empower ECER-MyKasih
di bawah projek Transformasi Bilik Darjah Abad-21.

Program Pembangunan Modal Insan empower ECER-MyKasih

Menyedari kepentingan untuk mewujudkan pendekatan yang lebih tertumpu bagi memenuhi keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar Orang Asli di ECER, ECERDC telah bekerjasama dengan Yayasan My-Kasih menerusi program empower ECER-MyKasih.

Disamping mengadakan sesi-sesi akademik dan motivasi yang dianjurkan oleh rakan-rakan strategik ECERDC, Yayasan MyKasih telah memberi sokongan kepada 3,700 pelajar Orang Asli daripada 18 sekolah Orang Asli di bawah skim bursari pelajar, Love My School.

Menerusi program ini, pelajar akan menerima elaun sebanyak RM60 melalui kad pintar MyKasih untuk membeli makanan harian di kantin sekolah serta barang-barang kelengkapan pembelajaran di kedai buku sekolah.

Selain daripada kelas-kelas tuisyen, motivasi dan kepimpinan, aktiviti-aktiviti di bawah program empower ECER-MyKasih turut melibatkan penambahbaikan infrastruktur teknologi maklumat sekolah menerusi projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 serta aktiviti lawatan sambil belajar.

empower ECER-MyKasih, Villa Gumum, SK Tasik Cini, Pahang.
Pelajar Orang Asli empower ECER Tasik Chini sedang belajar di biliknya
di asrama Villa Gumum yang telah dinaik taraf.

Baru-baru ini, ECERDC telah bekerjasama dengan Yayasan MyKasih untuk menaiktaraf Asrama Villa Gumum. Asrama ini telah dibina bagi keselesaan pelajar Orang Asli yang tinggal jauh dari sekolah dan harus menaiki bot untuk ke sekolah.

Asrama ini dibuka kepada para pelajar tiga bulan sebelum peperiksaan UPSR bermula, untuk memudahkan pelajar-pelajar menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada waktu malam.

Program-program ini memberi manfaat secara menyeluruh kepada pelajar Orang Asli dengan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk pembelajaran. Hasilnya dapat dilihat pada peningkatan prestasi kehadiran dan juga keputusan peperiksaan dalam kalangan para pelajar ini.

Baca lagi pengisian terkait;
> ECERDC, MyKasih Perkasa Pelajar Orang Asli.
> Pembangunan Modal Insan Komuniti Orang Asli ECER.

 

 

Related posts

11 Thoughts to “Pelajar Orang Asli ECER Berazam Capai Kecemerlangan UPSR”

  1. Orang Asli punpatut diberikan perhatian dan pendidikan kepada anak-anak mereka juga perlu untuk kesinambungan hidup mereka nantik

    1. Mmg patut diberi perhatian sepenuhnya sbb mereka pun aset negara dan bakal pemimpin masa hadapan.

  2. Infat dulu…Guru kaunseling PC orang asli.Ibu bapanya orang asli yang sentiasa beri semangat supaya anaknya maju dan berjaya hinggalah Cikgu PC berjaya menjadi guru.
    Dulu anak orang asli yang berjaya sangat boleh dibilang.Yang dipeduli boleh dikira.Allahu.Sedangkan sekarang alhamdulillah mereka semakin dipeduli dan dibantu sebaik-baiknya.Syukur sangat-sangat.Moga anak-anak ini menjadi asbab membatu mengubah nasib keluarga dan generasi mereka.

    1. In shaa Allah.. mudah2an apa yg dilaksanakan juga menjadi platform dan pemangkin semangat utk mereka terus berjaya utk kehidupan yg lebih baik.. aamiin.

  3. gembira tgk bla makin ramai org asli yg berjaya. sy pernah jumpa guru org asli yg sy kira sgt2 berjaya dan sy sgt respek dgn dia. tambah pula dia seorg muslim…

    1. Mmg patut kita respek sbb dgn kesukaran dan cabaran yg mereka harungi utk menuntut ilmu bukan sesuatu yg mudah, dan mereka berjaya… semoga mereka semua terus berjaya.

  4. Alhamdulillah masih ada yg prihatin dgn tahap pendidikan org asli. Semoga berjaya buat adik2 yg menduduki upsr tahun ni.

    1. In shaa Allah, mudah2an berjaya semuanya.. aamiin.

  5. Bagus ada usaha murni seperti ini. Orang asli juga perlu mendapat hak pendidikan seperti yang lain.

  6. Program begini sangat bagus kerana membantu masyarakat asli berjaya ubah hidup mereka melalui pendidikan.

  7. all the best, semoga berjaya ubah hidup mereka

Leave a Comment

CommentLuv badge