Intervensi 

Agenda Illuminati Orde Dunia Baru

Ada agenda besar sedang menular secara rahsia sejak berabad lamanya. Perancangan yang disusun rapi, plot dan fasa dengan matlamat menuteralkan agama dan pemikiran, seterusnya membangunkan tata dunia baru ‘New World Order’ (NWO). Pemerintahan dunia dibawah satu kuasa.

Masyarakat dunia diheret tanpa kita semua sedar dalam menyuburkan agenda ini, bersuara atas nama Hak Asasi dan Kemanusiaan mengikut perlembagaan yang sekadar berteraskan logik akal, menaja gerakan revolusi yang membuatkan generasi muda khususnya terpinga-pinga, terkeliru antara dilema kapitalisme dan hedonisme yang menjerumus ke arah sistem Orde Dunia Baru.

Agenda Illuminati Orde Dunia Baru,

Agenda Illuminati Ke Arah Orde Dunia Baru

Saya terkesan dengan topik perbincangan baru-baru ini tentang memperkasa ideologi generasi era digital tanpa sempadan. Tertarik dengan usul wakil Islamic Aid Malaysia yang menyarankan agar pengisian modul tempatan perlu ada suntikan wadah kesedaran terhadap agenda Illuminati ini.

Ia juga mengingatkan saya tentang pandangan yang dikongsikan seorang rakan bernama Christ Wellington tentang agenda Illuminati. Beliau kini penggiat keusahawanan sosial di Coventry, United Kingdom yang aktif memberi kefahaman kepada golongan sasar terhadap ancaman ideologi ini.

Agenda Illuminati bukan sahaja ancaman kepada Islam malah boleh disimpulkan sebagai ancaman kepada nilai-nilai agama yang ada di dunia ini. Antara lain pernah saya tulis berdasarkan perkongsian tentang Palestin bertajuk > Cerita Saya Tentang Palestin.

Agenda Illuminati Orde Dunia Baru,

Agenda Illuminati Konspirasi Dan Kerahsiaan

Illuminati sebenarnya bukan satu kerahsiaan lagi cuma kebanyakkan kita tidak mengambil peduli sebagai peringatan penting. Kita hanya memandang ia sekadar teori konspirasi, cerita luar yang tiada kena mengena dalam kehidupan kita.

Illuminati adalah pakatan rahsia yang dicetus oleh Adam Wieshaupt pada 1776. Agenda utama adalah mendominasi kuasa dan kekayaan dunia berdasarkan seruan rahsia. Ia tuntutan perjuangan menyuntik fahaman songsang kepada seluruh manusia berteraskan ‘open-minded ideology’ dan Hak Asasi Kemanusiaan yang mereka atur agar seluruh kuasa dunia dalam gengaman mereka.

Agenda rahsia ini pernah dibongkar oleh William Guy Carr pada 1950 setelah mengkaji punca huru-hara revolusi sosio-politik Eropah pada abad ke-18. Tercetusnya revolusi abad ke-19 dan 20 juga berpunca daripada agenda Illuminati, merosakkan budaya Barat, menghancurkan kerajaan Kristian di Eropah dan Rusia serta membunuh berjuta mangsa di Ukraine, China, Hungary, Vietnam dan Kemboja.

Agenda Illuminati Orde Dunia Baru,

William Guy Carr berjaya menemukan pelbagai dokumen sulit yang mengaitkan penglibatan golongan elit kapitalis dan keluarga terkaya Eropah bernama Rothschild sebagai penguasa Illuminati.

Malah kebanyakkan penggerak dasar juga terdiri dari kalangan kapitalis dan pemodal elit dengan pegangan equiti kekeluargaan yang bersusur-galur menerajui sistem kewangan dan perbankan dunia sehingga hari ini. Mereka terus berkuasa disebalik tabir menguasai kepentingan geo-politik, kerajaan, perusahaan, industri dan sosio-ekonomi negara seluruh dunia.

Namun mereka bijak berlindung disebalik lapisan Kabal (kuda tunggangan). Berlindung disebalik orang lain melalui proksi sekular. Sejarah seribu tahun dibunuh dan diusir dari lebih 200 negara mengajar mereka berwaspada dan licik bergerak secara halus.

Aktivis wajib baca ini: Hak Allah, Hak Kemanusiaan Dan Hak Syaitan

Penguasaan Illuminati Melalui Sosio-Ekonomi

Illuminati mengawal dunia melalui 4 cara iaitu wang, pendidikan, politik dan ideologi.

Dari aspek sosio-ekonomi, ramai pengkaji sosial dan intelek agama dari pelbagai institusi bertauliah sependapat, antara tunjang melalui industri hiburan. Hollywood berperanan sebagai agensi penyebar risalah ideologi songsang secara halus ke seluruh pelusuk dunia.

Kita boleh lihat pelbagai mesej songsang yang halus menusuk atas nama hiburan. Budaya bersekedudukan diangkat sebagai norma kehidupan malah entiti ‘satanic’ diangkat sebagai adiwira penyelamat dunia. Pelbagai lagi yang sebenarnya bercanggah keimanan Islam, malah berlawanan ajaran Kristianisasi dan agama dominasi dunia yang lain… kajilah sendiri.

Memang sukar dikekang… siapa kita mampu melawan arus deras kuasa dunia agenda ‘secret hands’. Namun setidaknya penting untuk kita sedar ancaman ini merekrut generasi muda secara intelek ke arah fahaman pluralisme, liberalisme dan hedonisme dan membuka laluan mudah Orde Dunia Baru.

Agenda Illuminati Orde Dunia Baru,

Kesimpulan

Serangan dasar Illuminati sebenarnya bermula dari rumah kita sejak berzaman lagi, melahirkan generasi pendokong kapitalis, liberalis dan hedonis melangkaui norma ketimuran dan keagamaan.

Ada sebahagian modul SocioEDU hasil usahasama institusi yang turut menyelitkan kesedaran ancaman Illuminati berteraskan realiti. Pelbagai usaha juga sentiasa ditambahbaik dikalangan keusahawanan sosial dalam memperkasa generasi pemimpin masa hadapan.

Sebagai individu, kita mulakan dengan menjaga medium informasi terutama kepada anak-anak remaja. Tidak bermaksud menonton tv atau hiburan itu salah, tapi beringat agar minda kita tidak tertanam dengan anasir yang menjayakan Orde Dunia Baru.

Nampak remeh bagi yang belum faham, tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dipandang kecil.

Baca lagi artikel terkait;
> Rothschild Dan Teori Konspirasi
> Gejala Hedonisme Di Malaysia
> Menyuburkan Syiar Islam Di Hollywood

 

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

20 Thoughts to “Agenda Illuminati Orde Dunia Baru”

  1. Cegahlah sebelum parah…sebelum menjadi pegangan dan ikutan..pantau..bila sudah tersasar…..nasihat jadi seperti mencurah air di daun keladi….kalis.

    1. Betul tu PC.. mmg sudah waktunya bnyk pihak berkaitan membina satu solusi dlm mencegah, setidaknya menghalang ia subur dlm minda sedari awal terutamanya pada generasi muda.

  2. Risau memikirkan Gen Y akan datang selepas kita dan anak cucu,..jauhilah semua dakyah yang memesongkan

    1. Mmg merisaukan lebih2 lagi perkara spt ini disebarkan secara halus, unik dan kreatif. Lebih memburukkan sebenarnya bila ada pula yg sangsi malah meremehkan hal ini.

  3. LZ suka mengikuti cerita tentang teori konspirasi dan illuminati ni.. Bila baca kita faham tapi sukar untuk dizahirkan supaya masyarakat faham dengan teori ini.. Bermula dari kuasa wang hingga ke penjajahan minda.. Para pemimpin kena sedar supaya tidak diperalatkan.. Cegah sebelum parah..

    1. Setuju LZ.. sudah masanya bnyk pihak perlu cari jalan secara kreatif dan strategik agar msykt faham realiti situasi ini dan tidak sekadar menganggap ia isu remeh yg tiada kena mengena dgn institusi kekeluargaan mereka.

  4. Betul. Nampak remeh, tapi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang kecil. Mereka bijak dan amat licik. Jadi, kesedaran tentang apa juga muslihat amat penting. Semoga generasi kita akan sentiasa dilindungi.

    1. Mmg takut klu mula tahu agenda yg telah menular.. nampak fun tp itulah agenda mereka dan ramai juga msykt kita terpengaruh, tp mereka pasti nafikan sbb sendiri tak nampak kesan tersebut terhadap mereka, wallahualam.

  5. Betul… Ia perlu diperbaiki dan diharapkan agar semua ambiltahu akan perkara ini. Cegah sebelum terlambat.

    1. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari terjebak sebagai penyubur agenda ini.. aamiin.

  6. sbb tu nabi ada pesan, awal agama adalah mengenal Allah… insya allah, kalau kita kenal Allah terlebih dahulu, pasti kita mmapu menangani serangan iluminati ini…

    btw, sy selalu dgr ceramah ustaz auni kt YT. illuminati ni adalah kesinambungan idea penguasaan dunia oleh sekelompok manusia tamak dan ia dicetuskan oleh Namrud. tp mereka mengaturkannya mengikut pengedaran zaman. dan mereka tidak akan berhenti selagi belum dpt menguasai / menghancurkan Islam keseluruhannya.

    1. Itulah yg ditakutkan Anies.. agenda mereka licik menular dari dalam melemahkan msykt melalui msykt itu sendiri. Mudah2an Allah lindungi kita semua, keluarga, keturunan serta semua mereka yg kita kasihi dari tercebur kpd golongan penyubur ideologi dan agenda mereka, nauzubillah.

  7. Adakah Syiah juga agenda iluminati Abg Khir Khalid?

    1. Syiah saya tak pasti tuan.. tp klu ikutkan apa yg saya faham, segala agenda yg menyuburkannya termasuk ISIS juga adalah dokongan Illuminati. In shaa Allah, jika diizinkan akan berkongsi lanjut ttg itu. Tq tuan.

  8. Cara baru menjajah tanpa kita sedar…

    1. Betul tu.. melalui saluran hiburan sbb ia mudah disuntik dan dicerna kebanyakkan manusia.

  9. Semoga Allah menjauhkan kita dan keluarga kita dari anasir jahat ni

    1. Aamiinn.. mudah2an kita semua sentiasa dilindungi dan dijauhkan.. aamiin.

  10. Moga keluarga kita dan seluruh umat islam terlindung dari ideologi yang menyesatkan.. Seram baca. Terima kasih atas informasinya tuan

    1. Sama2lah kita sentiasa berdoa dan berwaspada agar kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi dan terhindar dari menyuburkan agenda ini.. aamiin. Terima kasih juga sudi baca Husniey 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge