Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Kita perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras.

Saya amat tertarik dengan perkongsian Dato’ Haji Muhammad Zakaria, Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) bertajuk Apa Perlunya Bekerja Keras?

Satu perkongsian menyeluruh dalam konteks ibadah, menuntut ilmu, pemerkasaan kerjaya dan kehidupan, serta hubungannya untuk dunia dan akhirat. Saya terpanggil memanjangkan nasihat ilmu ini sebagai input sosio pendidikan dan motivasi pembaca seluruhnya.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Apa Perlunya Bekerja Keras?

Kata-kata motivasi daripada pelbagai sumber sering menyarankan kita supaya bekerja keras. Orang miskin sering diberi semangat supaya bekerja lebih keras. Anak-anak yang sederhana dalam pembelajaran juga sentiasa dinasihatkan supaya bekerja keras.

Bekerja keras tidak semestinya bekerja dalam jangka masa yang panjang hingga tidak ada masa untuk berehat. Tidak ada ruang masa untuk beribadah. Meninggalkan tanggungjawab lain seperti mengambil perhatian terhadap keluarga, menjaga kesihatan seperti makan minum dan waktu tidur.

Ada juga sebahagian yang bekerja keras hingga melanggar batas syariat seperti menipu, memeras ugut dan meninggalkan ibadah wajib seperti solat 5 waktu. Setelah bekerja keras namun tidak juga menghasilkan keputusan yang sewajarnya, dia mula menyalahkan takdir dan Allah s.w.t.

Apabila saya menyarankan bekerja keras dengan belajar bersungguh-sungguh kepada sekumpulan pelajar dari Kemboja di madrasah saya, mereka membantah: “Kami pelajar dari kemboja, Dato’. Jika belajar hingga sampai ke Sidratul Muntaha sekalipun, kami tidak akan dapat kerja dan tidak akan mengubah taraf kehidupan kami. Tetapi kalau anak Hun Sen (merujuk kepada Perdana Menteri Kemboja), walaupun tidak belajar tinggi, tetap akan kaya dan banyak harta.”

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Bekerja Keras Tidak Hanya Ingat Akhirat

Jadi apa sebenarnya kerja keras?

Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam sebuah majlis bersama para sahabat ketika nampak seorang pemuda berbadan sasa dan kuat sedang sibuk bekerja. Dia lalu-lalang di sekitar rumah Rasulullah.

Melihat sikapnya, salah seorang sahabat menegur: “Wah, sayang sekali pemuda itu, sepanjang pagi ini sudah sibuk bekerja. Seandainya kekuatan tubuhnya, umur mudanya dan kesempatan waktunya digunakan untuk berjihad dijalan Allah, alangkah baiknya.”

Mendengar komentar sahabat itu, Rasulullah s.a.w. mengingatkan agar tidak berkata demikian.

Bekerja keras yang nampak seperti keduniaan sebenarnya tidak kurang nilainya pergi berjihad di jalan Allah. Misalnya, melaksanakan sesuatu bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran termasuk bekerja mencari rezeki, menuntut ilmu, berekreasi, membantu orang atau kegiatan-kegiatan lain.

Kita dilarang hanya mementingkan kehidupan akhirat dan melupakan kehidupan di dunia. Islam mengajar agar manusia menjaga keseimbangan dan kepentingan antara urusan dunia dengan akhirat.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Bekerja Keras Usah Cari Jalan Mudah

Rasulullah s.a.w. sendiri bekerja keras dengan berniaga untuk membantu sosio-ekonomi keluarga Abu Talib. Uthman bin Affan bekerja keras hingga menjadi usahawan yang sukses.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Berbuatlah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selamanya dan berbuatlah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.” (Riwayat Baihaqi).

Dalam riwayat al-Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah juga pernah mengingatkan para sahabat agar tidak mencari jalan mudah dalam bekerja, misalnya dengan cara meminta-minta. Orang yang ketika di dunia memilih untuk bekerja mencari rezeki dengan cara meinta-minta, pada hari akhir akan dibalas dengan meminta-minta panasnya api neraka.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Kesimpulan

Generasi hari ini harus memahami erti kerja keras.

Misalnya, Husin belajar dengan tekun di sekolah hingga menjadi pelajar cemerlang. Apabila pulang ke rumah, dia membasuh pakaian sendiri tanpa mengharapkan ibunya. Selepas Asar, dia turun ke padang bermain dengan cemerlang hingga bergelar jaguh.

Menjelang Maghrib, dia sudah ada di saf paling hadapan di masjid kampungnya. Selepas solat berjemaah, Husin membantu ibunya berniaga di pasar malam. Balik ke rumah, dia mengulang kaji pelajaran lagi hingga jam 12.00 tengah malam.

Inilah yang dinamakan kerja keras untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

*Ikuti Dato’ Haji Muhammad Zakaria di fb page >  Dato’ Haji Muhammad Zakaria.
Ruj: Solusi – 104

Baca selanjutnya;
> Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan
> Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa
> Motivasi Guru: Makbulnya Doa Seorang Pendidik

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

10 Thoughts to “Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar”

  1. Dunia kalau betul mengurusnya menjadi jambatan yang kukuh untuk ke akhirat…di akhirat segala apa yang dituntut dilakukan dengan baik,menjadi kukuh juga titian sirat untuk ke syurga Allah.

  2. Nice sharing. Buat apa pun, asal usaha nya sungguh sungguh memang ada nilai & ganjaran di sisi Allah. Lagi bagus kalau boleh seimbangkan dunia & akhirat 🙂

  3. Usaha tangga kejayaan…
    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

  4. sedihnya sy perhatikan generasi hari ini mls berusaha… kalu zaman bljr dah mls nk bljr bersggh2 mcm mn pula msk zaman bekerja nnt? nk kata kerja keras, hmmmmm… melainkn mrk cpt tersedar dr mimpi pnjg

  5. perkongsan yang baik.. kerja keras perlu disertakan dengan kerja yang bijak (work hard, work smart)

  6. Perkongsian yang sangat baik tuan. Sering kali kita tersalah tafsir tentang kerja keras kerana target kerja kita terarah pada satu kehidupan je. Contoh Husin adalah yang terbaik, seimbang dunia akhirat.

  7. Terima kasih di atas perkongsian menarik daripada tuan punya blog. Sangat membantu memberikan inspirasi

    Cara Sembuhkan Kayap Dengan Cepat dan Berkesan

  8. Org ckp tentang tawakal iaitu berserah kpd Nya. Selayaknya utk itu setelah berkerja keras, sehabis keras, barulah selayaknya utk bertawakal

  9. "Dan akhirat itu lebih baik dari dunia." Ayat ketiga, Surah Ad-Dhuha.

    Tak salah berusaha keras nak jadi kaya-raya di dunia tapi kaya-raya di akhirat jauh lebih baik. Dunia sementara sedangkan akhirat selama-lamanya.

Leave a Comment

CommentLuv badge