Intervensi Keusahawanan 

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise

Istilah Social Enterprise sudah mulai banyak kita dengar sama ada melalui perbualan, media arus perdana dan pelbagai platform media online. Terdapat pelbagai agensi sejak beberapa tahun lalu telah giat memperkenalkan maksud Social Enterprise di Malaysia.
Sejak keterlibatan juga telah menyaksikan pelbagai inisiatif yang dicipta bagi menjayakan Social Enterprise ini. Pelbagai perkongsian aspirasi agenda sosial dari usahawan sosial dan organisasi Social Enterprise yang menjadi contoh unik dan menginspirasikan diri ini.
3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

Model Perniagaan Membangunkan Social
Enterprise

Bagi yang mengikuti pengisian blog ini pasti membaca pelbagai input perkongsian tentang Social Enterprise serta manfaat yang mampu dilaksanakan secara berterusan. Ia menjadi solusi dalam memperkasa sesuatu agenda sosial dan masyarakat.
Social Enterprise atau Keusahawanan Sosial adalah satu modul perniagaan yang dilaksanakan oleh pengusaha atau usahawan bagi menyeimbangkan aspek bisnes dan sosial dalam satu elemen yang mampu memberi impak secara langsung kepada masyarakat dan keuntungan perniagaan.
Ia membawa maksud berbeza berbanding Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), NGO, aktivisme, sukarelawan, dan juga keusahawanan atau perniagaan konvensional. Ia adalah perkara yang kita perlu jelas sebelum memulakan inisiatif Social Enterprise ini.
Baca contoh Social Enterprise: Perkara Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial
3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

3 Tips Asas Membangunkan Social Enterprise

1. Entiti Perniagaan Yang Sah
Perkara pertama menjadi usahawan sosial dan membangunkan Social Enterprise adalah mendaftar entiti perniagaan yang sah dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Usahawan Sosial perlu ada perniagaan berdaftar kerana ia faktor asas yang bezakannya dengan aktivisme dan sukarelawan. Entiti boleh bertaraf Pemilikan Tunggal, Perkongsian atau Sendirian Berhad, bergantung kemampuan dan kedayaupayaan pengusaha dan team.
Bagi sesetengah usahawan sosial yang saya kenal bermula sebagai sukarelawan kepada badan NGO yang memilih untuk memulakan inisatif sendiri melalui perniagaan berdaftar.
2. Visi Dan Objektif Sosial Yang Jelas
Setiap entiti perniagaan yang didaftarkan perlu ada visi, misi dan objektif sosial yang ingin direalisasikan. Ini bermaksud, setiap Social Enterprise perlu menjelaskan aspirasi keusahawanan sosial dalam konteks perniagaan yang dijalankan.
Saya menubuhkan Khir Khalid Resources sebagai ‘baby project’ dalam menyokong inisiatif menangani gejala sosial melalui kesedaran sosio pendidikan yang dinyatakan dalam profil perniagaan.
Contoh lain, kisah Jamie Oliver pada link artikel di atas tentang bagaimana beliau memajukan restorannya dengan mengambil tenaga kerja golongan gelandangan dan tersasar. Visi restoran bukan sekadar restoran, tetapi sebagai platform bimbingan modal insan golongan tersasar menjadi chef dan usahawan sosial berjaya.
Ada juga pengusaha tempatan yang mengkhaskan kuota pekerja dari kalangan golongan tersasar termasuk bekas banduan insaf. Bakat mereka diasah dan diberi kepercayaan kedua agar berdikari. Ada yang berjaya menjawat pengurus, eksekutif cawangan, malah membuka outlet sendiri.

Terdapat pelbagai lagi contoh yang dikongsikan dalam membangunkan Social Enterprise, sama ada dalam aspek pemerkasaan sosio-ekonomi, pendidikan dan kelestarian alam sekitar.Blog juga platform yang baik dalam berkongsi visi Social Enterprise kepada masyarakat.

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,
3. Kenal Pasti Sumber Pendapatan Perniagaan Dan Impak Sosial
Usahawan Sosial juga perlu kenal pasti sumber pendapatan bagi memastikan hasrat dan tujuan dapat dilaksanakan. Sudah pastinya sumber pendapatan diperolehi daripada jualan produk, perkhidmatan atau melalui pelbagai kerjasama komersil.
Tidak seperti CSR yang memperuntukan sebahagian hasil keuntungan untuk agenda tanggungjawab sosial, atau badan-badan NGO melalui sumbangan dana untuk kelangsungan aktiviti kemasyarakatan. Keuntungan Social Enterprise diperolehi dari hasil urusan perniagaan yang terkait dengan
perlaksanaan sosial yang disasarkan.
Keuntungan Social Enterprise kepada pemilik dan pelabur bukan sekadar aspek kewangan fiskal tetapi impak sosial kepada segmen yang disasarkan boleh dinilai dengan jelas.
Kini telah banyak agensi yang menyediakan khidmat sokongan penglibatan dan dana start-up Social Enterprise. Antara yang boleh anda rujuk adalah myHarapan, 1M4U, Cradle Fund, Tandem Fund malah Human Resource Development Fund (HRDF) melalui training dan modal insan.
Ada juga sebahagian Social Enterprise yang disokong agensi dan organisasi start-up antarabangsa dalam usaha Keusahawanan Sosial global seperti menyokong agenda keamanan, kelestarian alam sekitar dan juga memerangi kemiskinan global.
3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Social Enterprise adalah alternatif terbaik dalam mengimbangi solusi sosial di seluruh dunia kerana ia mampu berdiri sendiri seperti platform perniagaan konvensional.
Ada sebahagian Social Enterprise telah menjalin usahasama dengan NGOs sebagai agen informasi, pemasaran dan jualan produk-produk hasil pembuatan
ahli NGOs. Melalui cara ini, mampu mengurangkan kebergantungan NGOs dari mengharapkan sumbangan orang ramai semata-mata.
Mungkin kita tidak sedar ada produk yang kita beli di kedai dan pasaraya yang dibuat produksi secara komersil oleh banduan, bekas penagih dadah, OKU dan sebagainya.
Malah, ada usahawan dan eksekutif berjaya yang pernah tergolong dikalangan remaja tersasar, tapi mampu mengubah nasib, berdikari dan berjaya dengan sokongan Social Enterprise.
Social Enterprise bukan sekadar perniagaan, ia satu perjuangan.
Baca lagi pengisian terkait;
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

24 Thoughts to “3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise”

  1. Merancang,mengusahakan dan merealisasikan.Bersungguh-sungguh.

    1. In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala usaha yg baik buat semua.. aamiin.

  2. Sekarang baru faham secara mendalam tentang keusahawanan sosial ni

    1. Mudah2an ada manfaatnya zumal, in shaa Allah.

  3. Terima kasih atas perkongsian. Insyaallah lepas ni kita lebig bersemangat jana pendapatan. Visit blog @ http://diarianggun.blogspot.com/2018/08/rahsia-kulit-muda-berseri-dengan-krim.html?m=1

    1. In shaa Allah.. aamiin. Semoga terus sukses dan maju jaya!

  4. Huwaaa… satu benda yang baru saya tahu ni… Good Info bro

    1. Terima kasih bro.. in shaa Allah, mudah2an ada manfaatnya

  5. syukur dengan social enterprise ni boleh bantu golongan yang sukar mendapat pekerjaan selepas graduat

    1. Betul tu.. bakal melahirkan usahawan yg prihatin disamping menjana keuntungan.. win-win.

  6. Sosial enterprise patut mendapat sokongan masyarakat

    1. Betul tu.. kini pun dah semakin ramai yg faham maksud utk pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat. Mmg patut disokong.

  7. Memang bagus ada social enterprise ni.. Membantu golongan usahawan utk lebih maju

    1. Moga dpt melahirkan lebih ramai usahawan prihatin disamping menjana keuntungan utk diri dan masyarakat.

  8. adanya SE ni mudah2an dpt mendidik masyarakat yg berniaga ni bkn sekadar nk cr untung lbh atau cpt kaya

    1. Betul tu Anies.. klu nk cepat kaya sekali pun biarlah ia selari membangun dgn matlamat sosial dari sekadar kapitalisme semata2.

  9. Bagus bila ada social enterprise macam ni, sangat membantu untuk yang baru nak mulakan perniagaan.

    1. Ia membantu mengubah konsep perniagaan dari sekadar keusahawanan konvensional.

  10. Menarik bila bercakap pasal social enterprise ni kan. Ia ada entiti dan perjuangan tersendiri, hebat!

    1. Tepat sekali.. tak perlu nak tunggu btul2 kaya baru nak buat kerja amal spt sukarelawan atau CSR. Ia boleh bermula dgn selaraskan idea bisnes dgn landskap sosial yg ingin dilestarikan.

  11. kena banyak membaca tentang usahawan ni.. tq bro KK sharing…. baru taw hihihi

Leave a Comment

CommentLuv badge