Keusahawanan Portfolio Sosio-Pendidikan 

Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre

Keusahawanan Sosial sentiasa menjadi aspirasi yang menginspirasikan diri ini sejak mula mengenali maksudnya. Begitu juga pengisian perkongsian blog ini yang antaranya terarah atas tujuan yang sama sebagai perkongsian ke pangkuan pembaca.

Baru-baru ini saya berpeluang menyaksikan satu acara bersejarah dalam agenda keusahawanan sosial dengan termaterinya perjanjian persefahaman (MoU) antara Sunway Education Group (SEG) dan Yunus Centre di Sunway University, Bandar Sunway.

Aspirasi MoU oleh 2 organisasi tersohor ini secara rasmi menjadikan kampus SEG di Bandar Sunway sebagai platform terbaru Yunus Social Business Centre (YSBC) dalam memperkasa landskap pembangunan ‘sosial enterprise’ di Malaysia.

Sunway Education Group, Yunus Social Business Centre, Sunway University,

Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre

Pematerian MoU ini telah diadakan pada malam Jumaat, 17 Ogos 2018 sempena majlis Superheroes For Social Business – An Evening With Nobel Peace Laureate Professor Yunus anjuran myHarapan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Sunway University sebagai co-organiser.

Ia telah ditandatangani oleh Tan Sri Dr Jeffrey Cheah selaku Pengasas dan Founding Trustee, Jeffrey Cheah Foundation, mewakili SEG bersama Profesor Yunus, Nobel Laureate dan Founding Chairman Yunus Centre yang merupakan entiti ‘social business’ bertaraf dunia.

Melalui MoU ini juga menyaksikan pematerian persefahaman kerjasama antara SEG dan Yunus Centre dalam meneroka pelbagai bidang seperti pendidikan, kaji selidik, pengumpulan maklumat dan tindakan dalam pemerkasaan keusahawanan sosial negara.

Sunway Education Group, Yunus Social Business Centre, Sunway University,

SEG mempunyai 16 institusi pengajian termasuk Sunway University, Sunway College dan Sunway International School, turut menjadi sebahagian institusi yang bakal menjayakan pelbagai elemen pemangkin pembangunan sosio-ekonomi warga kurang bernasib baik di negara-negara membangun.

Selain itu, YSBC juga akan mengetengahkan pelbagai elemen ‘social business action programme’, kursus kaji selidik, penerbitan, membangunkan ‘social business design labs’, pertukaran program, workshop akademik, lawatan pendedahan, internship dan penajaan program termasuk pelbagai lagi inisiatif dikalangan usahawan sosial.

Sunway Education Group, Yunus Social Business Centre, Sunway University,

Superheroes For Social Business – An Evening With Nobel Peace Laureate Professor Yunus

Majlis yang diadakan ini juga merupakan satu pengalaman berharga buat saya kerana ia sarat dengan perkongsian ilmu tentang keusahawanan sosial. Ia menjadi faktor yang memotivasikan disamping mengukuhkan kefahaman serta perhubungan rakan industri keusahawanan sosial di Malaysia.

Selain persembahan daripada pelbagai aspirasi ‘social business’, Profesor Yunus turut menyampaikan perkongsian mendalam melalui pengalaman mengasaskan idea keusahawanan sosial sebagai solusi mampan menangani permasalah sosial dan meningkatkan ekonomi golongan sasar.

Para usahawan sosial pasti mengenali Profesor Yunus, individu yang menyuntik inspirasi keusahawanan sosial di seluruh pelusuk dunia ini.

Sunway Education Group, Yunus Social Business Centre, Sunway University,

Nobel Laureate Professor Muhammad Yunus merupakan ‘Father of Social Business dan microcredit’, pengasas Grameen Bank dan lebih 50 syarikat di Bangladesh. Berdasarkan usaha dan inovasi, beliau telah diwartakan sebagai “one of the greatest entrepreneur of our time” oleh majalah Fortune.

Pada 2006, Profesor Yunus dan Grameen Bank telah dianugerahkan Nobel Peace Prize. Beliau juga telah menerima 60 pentauliahan ‘honorary degree’ daripada universiti di 24 negara, 132 anugerah daripada 30 negara termasuk ‘state honours’ daripada 10 negara.

Profesor Yunus juga salah seorang daripada 7 individu penerima anugerah Nobel Peace Prize, the United States Presidential Medal of Freedom dan United States Congressional Gold Medal. Turut dianugerahkan Ramon Magsaysay Award (1984), World Food Prize (1998), The Prince of Asturians Award for Concorde (1998), Sydney Peace Prize (1998) dan Seoul Peace Prize (2006).

Pada 2010, Profesor Yunus telah disenarai oleh The New Statesman (UK) sebagai ‘The World’s 50 Most Influential Figures’.

Professor Yunus, Khir Khalid, Sunway Education Group, Yunus Social Business Centre, Sunway University,

Sunway Education Group Dan Yunus Social Business Centre Memperkasa Keusahawanan Sosial Di Malaysia

Sememangnya satu penghormatan berharga bila berpeluang bertemu sendiri dengan pemimpin usahawan sosial tersohor dunia yang turut menyuntik inspirasi buat diri ini.

Sehingga kini, Grameen Bank telah meluaskan pinjaman tanpa cagaran berjumlah USD24 billion kepada 9 juta peminjam mikro untuk perniagaan dan membasmi kemiskinan. Yunus Centre yang diasaskan pada 2008 berfungsi sebagai ‘think tank’ pelbagai isu keusahawanan sosial, membasmi kemiskinan dan pemerkasaan sosio-ekonomi masyarakat.

Justeru, melalui kajian strategik dan perlaksanaan struktur ‘social business’ YSBC ini juga bakal mengukuhkan lagi aspirasi Jeffrey Cheah Foundation dalam memperkasa komuniti dan sosio-ekonomi serta menyuntik nilai tambah inovasi SEG dalam melahirkan usahawan sosial berwibawa.

Baca juga pengisian;
> Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial
> Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah
> 1M4U Fabrik Kasih Bersama Sunway Di Pusat Kebajikan

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

15 Thoughts to “Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre”

  1. Tahniah SEG dan Yunus Centre atas kerjasama yang diadakan. Semoga kerjasama ini berjaya melahirkan lebih bakal2 usahawan yang berkualiti dan berdaya saing.

    1. Betul tu, tp yg penting mudah2an dpt memberi pulangan yg lebih baik kpd pembangnan sosial msykt yg bertepatan dgn matlamat keusahawanan sosial itu sendiri lebih dari sekadar keusahawanan konvensional, in shaa Allah.

  2. Anonymous

    Nampaknya social business di malaysia semakin utuh dan bakal berkembang maju. Tiadalah maksud social business tu disalah erti dgn bisnes conventional lagi. Bagus usaha sunway dan ysbc ini. Artikel yg menarik tuan.

    1. Terima kasih tuan, mudah2an memberi manfaat kpd ramai. Terima kasih juga atas kesudian tuan juga memberi pandangan dan sokongan.

  3. banyak join event keusahawanan sosial.. semakin mantap la ilmu keusahawanan KK lepas nih..

    1. Alhamdulillah.. mmg lebih terdorong dgn keusahawanan sosial berbanding keusahawanan sejak dulu lagi. Perkongsian ttg koreksional dan kepenjaraan dari awal dahulu pun antara inisiatif penglibatan keusahawanan sosial untuk dikongsikan di blog.

  4. Ada banyak peluang untuk belajar tentang keusahawanan

    1. Betul tu, cuma masih ada yg keliru antara keusahawanan sosial dan keusahawanan. Sebab itu ia perlu diperkasa dgn lebih mampan lagi melalui inisiatif spt ini.

  5. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    1. Thanks.. really appreciate it bro!

  6. bkn calang2 tu pemenang anugerah nobel gituuu

  7. […] Baca lagi pengisian terkait; > SocioEDU – Motivasi Sosio Pendidikan Dan Modal Insan > Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre Khir […]

Leave a Comment

CommentLuv badge