myHarapan, Sunway,Keusahawanan Motivasi Sosio-Pendidikan 

myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial Malaysia

myHarapan pastinya satu nama yang tidak asing lagi terutama dikalangan pengiat Keusahawanan Sosial. Ditubuhkan pada Ogos 2010, ia merupakan ‘youth trust foundation’ yang menjadi pemangkin dalam menyokong pelbagai projek dan inisiatif pemerkasaan pembangunan sosial di Malaysia.

Baru-baru ini, saya turut berpeluang bertemu Nurfarini Daing, Ketua Pegawai Eksekutif, myHarapan dalam majlis Superheroes For Social Business di Sunway University. Aspirasi yang dikongsi juga memberi input inspirasi sahsiah diri dalam memperkasa elemen keusahawanan sosial.
myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia, Khir Khalid,

myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial

Sejak mula mengambil keputusan menceburkan diri sepenuh masa dalam segmen keusahawanan sosial pada 2011, pelbagai cabaran dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Antara faktor pencetus adalah daripada pengalaman jatuh bangun kehidupan yang ditempuhi sebelumnya.
Alhamdulillah, dugaan kemelut kerjaya telah berjaya ditempuhi dengan usaha disertai bantuan dari yang prihatin agar dapat terus berdiri sendiri dengan izinNya. Sejak itu, saya percaya dengan memperkasa modal insan atas niat dan landasan yang betul, ia menjadi pemangkin untuk kita turut berjaya.

Pengalaman tersebut boleh baca di sini: Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial.

myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia,

myHarapan Pemangkin Keusahawanan Sosial Di Malaysia

Melalui sokongan dan kepercayaan pelbagai pihak telah membuka ruang memperkasa inisiatif keusahawanan sosial dalam segmen motivasi sosio pendidikan dan modal insan.
Saya mengetahui myHarapan daripada seorang sahabat usahawan sosial pada tahun 2013. Ketika itu, saya antara yang terlibat dalam pemerkasaan sosial dan koreksional, telah menyokong program pemerkasaan remaja ‘underground’ di Kuala Lumpur.
myHarapan menjadi platform memperkenal konsep keusahawanan sosial kepada remaja underground terlibat sebagai solusi membentras gejala sosial. Ia satu inisiatif unik dan membantu melalui suntikan sosio pendidikan dan motivasi berdasarkan ‘buying their interest’ dengan berkesan.
Untuk mengetahui apa itu remaja ‘underground’ dan antara peranan myHarapan dalam memperkasa sosio-remaja Malaysia, boleh baca pengisian ini > KL Edge Day 2013.
myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia,

Keusahawanan Sosial Dan Pembangunan Insan

myHarapan telah melahirkan lebih 6000 bakat dalam memperkasa keusahawanan sosial di Malaysia. Ia turut menyuntik inspirasi diri ini untuk terus terlibat melalui inisiatif dan juga perkongsian jurnal blog ini atas landasan maksud sebenar.
Pengalaman juga memperlihatkan semakin ramai mula memahami maksud keusahawanan sosial serta perbezaan dengan CSR, sukarelawan dan aktivisme. Malah golongan yang menyalah guna maksud ‘social business’ bagi kepentingan lain seperti MLM, skim dan jualan wakaf tidak berlesen serta pelbagai lagi yang menimbulkan kekeliruan juga semakin berkurangan.
Kefahaman dan penglibatan dari segenap elemen sememangnya memerlukan usaha berterusan kerana trend keusahawanan sosial yang juga dikenali sebagai ‘social business dan social enterprise’¬†sudah mula mempengaruhi kebolehupayaan bisnes konvensional pada masa kini dan akan datang.
Baca lagi tentang keusahawanan sosial;

Related posts

12 Thoughts to “myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial Malaysia”

  1. Menarik… semoga usaha abg khir semakin berjaya dan maju.

    1. Alhamdulillah, terima kasih Leya. Mudah2an kita semua terus maju dan berjaya.. aamiin.

  2. Secara tidak langsung…myHarapan menjadi wadah atau perantara untuk membantu banyak pihak..alhamdulillah.

    1. Betul tu PC.. bnyk sudah dibantu malah secara tak langsung menyuntik inspirasi kpd ramai utk memperkasa keusahawanan sosial di Malaysia, in shaa Allah.

    1. Alhamdulillah, terima kasih cikgu Etuza

    1. Moga memberi inspirasi kpd ramai termasuk diri ini.

  3. ramai jg tu smpi 6k org… hrp ia bertambah pd ms akan dtg

    1. Betul tu Anies.. sesuatu yg harus dimanfaatkan dan semoga terus berkembang, in shaa Allah.

Leave a Comment

CommentLuv badge