BOH Negaraummph TVGaya Hidup 

BOH Lancar NEGARAUMMPH TV Sempena Hari Kebangsaan

Bersempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-61 tahun, BOH Plantations Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan saluran TV dalam talian yang dinamakan NegaraUmmph TV bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Ia merupakan satu pergerakan di seluruh negara yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyanyikan lagu NegaraKu dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan disamping mengetengahkan keunikan budaya Malaysia. Saluran 24 jam ini akan disiarkan pada Hari Kebangsaan bermula jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 2018.

Negaraummph TV, BOH Plantations Sdn Bhd, Chen Chaw Chang,

Pelancaran BOH Negaraummph TV sempena Hari Kebangsaan

Pagi Selasa, 21 Ogos 2018, saya telah menghadiri pelancaran BOH Negaraummph TV di Aloft KL Sentral, yang menyaksikan komitmen jenama pengeluar teh terkenal ini dalam mengimarahkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan melancarkan saluran Negaraummph TV.

Melalui saluran ini, seluruh rakyat Malaysia boleh memeriahkan lagi Hari Kebangsaan dengan menghantarkan versi nyanyian lagu ‘NegaraKu’ mengikut kreativiti tersendiri dan semangat masing-masing. Ia secara tidak langsung turut menjadi seruan peringatan kepada rakyat Malaysia dalam menghargai semangat perpaduan dan cintakan negara.

“Lepak, mamak, nasi lemak, badminton, bola sepak. Teh Tarik, semuanya menarik! Bangga sebagai rakyat Malaysia, kami meraikan sifat-sifat kebudayaan unik ini yang melambangkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Sempena Hari Kebangsaan, kita berharap melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang bangga dan penuh semangat ‘Ummph'” – Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersil, BOH Plantations.

Negaraummph TV berpegang kepada misi untuk menyemarakkan perpaduan dan kekitaan terhadap tanah air tanpa mengira perbezaan latar belakang setiap individu. Oleh itu, pada Hari Kebangsaan ke-61 ini, BOH menyeru semua rakyat Malaysia agar menunjukkan semangat ‘Ummph!’ mereka.

Negaraummph TV, BOH Plantations Sdn Bhd, Khir Khalid,

Sertai Negaraummph TV Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Sempena pelancaran, kami juga berpeluang menyanyikan lagu NegaraKu bersama-sama bagi merasai semangat Hari Kebangsaan dan kemeriahan kempen Negaraummph TV ini… meriah!

Negaraummph TV, BOH Plantations Sdn Bhd, Khir Khalid,

So guys!… apa tunggu lagi. Hari Kebangsaan is just around the corner!

Jom kita sama-sama tunjukkan kreativiti dan semangat perpaduan sebagai rakyat Malaysia dengan menghantarkan versi nyanyian lagu NegaraKu mengikut aspirasi dan kreativiti tersendiri ke saluran Negaraummph TV hari ini dengan melayari www.negaraummph.tv.

Penyertaan akan dimuat naik ke saluran Negaraummph TV yang akan disiarkan selama 24 jam bermula 12 tengah malam, hari Jumaat, 31 Ogos 2018.

Related posts

10 Thoughts to “BOH Lancar NEGARAUMMPH TV Sempena Hari Kebangsaan”

  1. Moga ramai anak muda yang menyertainya…kerana mereka ini mampu menginspirasi satu sama lain…aamin.

    1. Betul tu PC.. negaraummph tv ni mmg satu inisiatif yg patut disokong utk menyemai semangat cintakan tanah air especially sempena Hari Kebangsaan ni.

  2. Asalam..salam aidil adha..salam semangat kebangsaan..hebat KK

    1. Salam Aidiladha juga cikgu Etuza, alhamdulillah. Bersama kita semarakkan semangat Hari Kebangsaan demi negara tercinta.

  3. kehangatan Hari Merdeka sudah terasa..

    jika tidak diberi kempen..

    generasi baru akan mudah lupa..

    1. Memang betul tu tuan.. satu inisiatif daripada BOH yg patut kita sokong. Jom kita hantar lagu negaraku kita ke negaraummphtv, meriahkan lg hari kebangsaan bersama2.

  4. Best jugak ni. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menyediakan alternatif untuk rakyat Malaysia menyalurkan kekreatifan mereka. Jom!

    https://www.nutrisiibu.com/tips-kesihatan/cara-merawat-bartholin-cyst-dengan-selamat-dan-berkesan/

    1. Mmg best.. jom kita nyanyi NegaraKu!

  5. Satu pendekatan yang hebat dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan negara. Tahniah Boh!

  6. boh sememangnya dekat dgn hati masyarakat malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge