Sesi Pakar Meja Bulat ‘Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet’

Pada pagi Rabu, 11 Julai 2018, saya telah menghadiri sesi pakar meja bulat bertemakan ‘Membesarkan Anak-Anak Tanpa Gajet’ (Raising Gadget-Free Kids) yang diadakan sempena pelancaran pameran pertama Pusat Sumber dan Perpustakaan Kanak-Kanak di ibu pejabat Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Ia merupakan inisiatif PPBM dengan kerjasama erat Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) dalam menyediakan platform terbaik Pusat Sumber PPBM bagi tujuan menyediakan maklumat dan rujukan berkaitan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak. Perpustakaan Kanak-Kanak pula bertujuan menyemai tabiat membaca dikalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Pusat Sumber Dan Perpustakaan Kanak-Kanak…

Read More