Warkah Tun Mahathir, INTI,Motivasi Sosio-Pendidikan 

Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir

Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir – Gerombolan perubahan positif yang berlaku sejak rakyat Malaysia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. Suara belia Malaysia terus berkumandang dengan lebih kuat, berani dan ketara.
Bersama berkongsi harapan untuk Malaysia yang baru, pelajar dari INTI
International College Subang (INTI) telah menyampaikan pandangan dan aspirasi peribadi mereka melalui sebuah video pendek yang dituju khas kepada Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamed.
My Love Letter to Tun Mahathir, Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir, INTI,

Warkah ‘My Love Letter To Tun Mahathir’

Dipamerkan menerusi laman Instagram INTI, pertanyaan telah diajukan kepada beberapa pelajar INTI tentang apa yang mereka ingin katakana kepada Tun Dr Mahathir jika mereka diberi peluang.
Video bertajuk ‘My Love Letter to Tun Mahathir’ (Warkah kasih sayang kepada Tun Mahathir), mempamerkan pesanan kepada Perdana Menteri yang baru oleh 5 pelajar INTI yang terpilih. Berpeluang merasai serta menyaksikan bagaimana pemerintahan politik selama enam dekat telah ditamatkan oleh kuasa pengundi generasi baru, para pelajar ini mengambil peluang berkongsi pengalaman peribadi untuk merakamkan detik bersejarah ini di arena politik Malaysia.

“Saya berasa amat bersyukur kerana telah berpeluang menjadi sebahagian daripada detik menarik ketika Malaysia sedang bergerak kehadapan untuk menjadi sebuah negara maju. Saya juga berpeluang melihat bagaimana sebagai seorang belia di Malaysia, kita benar-benar mempunyai keupayaan menjadi pemangkin kepada perubahan Negara ini. Saya percaya kita mempunyai keupayaan untuk mencorakkan semula Malaysia dalam mewujudkan ia menjadi sebuah negara yang lebih baik di masa hadapan” – Aina Zamira, 19 tahun, Pelajar program Diploma Komunikasi Massa INTI.

Aina seterusnya menyatakan kebanggaannya apabila berpeluang menyaksikan seorang Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama telah dilantik di Malaysia. Peranan ini selalunya dipimpin oleh golongan lelaki sejak dari zaman kemerdekaan Malaysia lagi.
Harapan peribadi beliau ialah agar Malaysia baru akan dapat menunjukkan keterangkuman jantina yang lebih baik lagi, terutamanya dalam mempunyai lebih ramai perwakilan dari kalangan kaum wanita dalam senario politik negara.
My Love Letter to Tun Mahathir, Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir, INTI,
Jacob Wong Ken Wein, berusia 21 tahun berharap agar lebih ramai dikalangan kita akan mengenalkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, bukan sahaja melalui bangsa atau pada golongan etnik tertentu dalam menuju era baharu yang lebih berdemokrasi, berperpaduan dan lebih harmoni.

“Keistimewaan Negara kita ini adalah ia merupakan sebuah Negara
dikalangan berbagai bangsa dan agama, namun begitu masih dibawah naungan satu bendera yang menyatukan kita. Harapan saya adalah agar kita akan dapat menyatakan dengan bangganya bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang bersatu melalui transformasi yang sedang dirasai ini”
– Jacob Wong Ken Wein.

Danesh Nair yang berusia 19 tahun pula mengambil peluang untuk menyatakan harapannya agar Malaysia dapat menuju ke arah menjadi sebuah negara yang mampu memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar dikalangan sekolah kerajaan. Beliau berpendapat bahawa pendidikan harus menjadi suatu hak keistimewaan yang patut diberi kepada seluruh rakyat Malaysia.
My Love Letter to Tun Mahathir, Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir, INTI,

Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir Aspirasi Anak Muda Malaysia

Sebaliknya, untuk rakan se-kampus Vernisha Jassmin, Alexander Jeremy
Joseph, dan Jacob Wong, mereka amat bersyukur dengan kemunculan kembali Tun Dr Mahathir ke arena politik agar dapat membuat perubahan yang lebih baik kepada Malaysia.
Melalui mesej yang dilaungkan oleh ramai anak muda Malaysia, tindakan
Tun Dr Mahathir untuk membawa kemajuan di negara ini walaupun pada usia beliau kini telah memberi contoh inspirasi kepada Vernisha. Aina pula merasa amat bersyukur kerana para belia Malaysia telah diberi peluang memainkan peranan aktif dalam menentukan masa hadapan negara.
Setelah berpeluang melihat sendiri anjakan perubahan parti politik dalam kerajaan buat pertama kali dalam kehidupan mereka, pengalaman ini telah memberi kesedaran kepada pengundi muda bahawa betapa besarnya kuasa dan tanggungjawab yang ada pada mereka dalam mencorakkan sesuatu perubahan dan menjana sebuah Negara yang bersatu padu.
My Love Letter to Tun Mahathir, Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir, INTI,
Video ini juga menggalakkan para pelajar untuk berkongsi pendapat dalam menyesuaikan penglibatan mereka secara sosial dan sivik melalui berbagai
perbincangan terutama berkenaan perkara-perkara politik serta sosial.
‘My Love Letter to Tun Mahathir’ telah diterbitkan pada 21 Mei 2018
dan telah mendapat perhatian di media sosial dengan lebih 74,000 perhatian di Facebook dan dimana post Twitternya telah disukai oleh akaun Twitter rasmi Perdana Menteri.
Video tersebut boleh ditonton melalui pautan di sini;

Related posts

3 Thoughts to “Warkah Kasih Sayang Kepada Tun Mahathir”

  1. Semoga perubahan ini membawa lebih kemajuan dan kemakmuran untuk Malaysia.

  2. rakyat makin matang n terbuka bila berbicara hal politik negara

Leave a Comment

CommentLuv badge