INT IInspired by CikguMotivasi Sosio-Pendidikan 

Menghargai Guru Memperkasa Aspirasi Pendidikan Negara

Jasa guru pasti dikenang… apatah lagi jika seorang guru itu bukan sekadar berperanan mengajar di kelas, tetapi berdedikasi sebagai guru yang mampu menyuntik inspirasi dan sokongan sewajarnya hingga menjadi pencetus kepada kejayaan kita pada hari ini.
Sempena sambutan Hari Guru yang meraikan 430,000 warga pendidik di Malaysia, INTI International University & Colleges (INTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan kempen #InspiredbyCikgu sebagai penghargaan dan pengiktirafan peranan guru dalam memperkasa aspirasi pendidikan, bakat dan sosio-ekonomi negara.

Jasa guru sebagai aspirasi sosio-pendidikan negara, INTI,

#InspiredbyCikgu Menghargai Inspirasi Para Guru

Demi menghargai peranan guru yang semakin mencabar, kempen #InspiredbyCikgu ini merupakan kesinambungan kempen #TerimaKasihCikgu anjuran KPM menghargai golongan pendidik sebagai tulang belakang pembangunan negara. Disebalik evolusi sistem pendidikan yang seiring dengan revolusi digital, hubungan peribadi antara seorang guru dan pelajarnya masih tidak mampu diganti oleh mesin atau pun sebarang proses digital.
Begitulah besarnya peranan para guru yang bukan setakat berkongsi ilmu pengetahuan, malah mereka menjadi pembimbing kepada pelajar dalam mendidik mereka agar menjadi lebih matang baik dari aspek sosial, emosi mahu pun intelek. Hasrat utama adalah untuk membantu setiap pelajar membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan masing-masing.
Jasa guru sebagai aspirasi sosio-pendidikan negara, INTI,
Sempena pelancaran, INTI telah memuatkan satu tayangan video pendek bertajuk Terima Kasih Cikgu Nadia, mengenai seorang pelajar yang berusaha mengatasi segala rintangan hidup dalam mengejar impinnya menjadi pemain badminton profesional. Walaupun beberapa kali mengharungi kegagalan, namun berkat sokongan, bimbingan serta galakan guru, beliau akhirnya berjaya.
Kisah tersebut membuktikan bahawa kejayaan dalam hidup boleh dikecapi walaupun melangkaui pencapaian diluar bidang akademik, asalkan seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan mempunyai kecekalan untuk mengatasi segala kesulitan.
Selain itu, INTI turut merakam pengalaman 3 anak muda yang kembali ke sekolah menengah untuk berjumpa guru kegemaran mereka. Rakaman tersebut memberi platform untuk mereka menzahirkan penghargaan kepada para guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dalam mengejar impian.
Ketiga-tiga video yang dihasilkan oleh INTI itu memuatkan rakaman pelajar dan guru berbual tentang pelbagai kenangan yang menyentuh emosi dan lucu, yang mencerminkan pengalaman biasa di sekolah menengah di Malaysia.
Video #InspiredbyCikgu merakamkan kepulangan pelajar ke sekolah lama, boleh disaksikan di laman Facebook INTI di: https://www.facebook.com/INTI.edu/videos/1714622138586967/.
Jasa guru sebagai aspirasi sosio-pendidikan negara, INTI,

Bagi memeriahkan lagi kempen, INTI telah mengedarkan 10,000 pin yang direka khas sebagai tanda penghargaan kepada para guru di seluruh Malaysia. Pin yang menggambarkan sebatang pensel berbentuk bulatan sebagai simbol kitaran proses pembelajaran dalam persekitaran yang kian berubah.

Selamat menyambut Hari Guru. Terima kasih atas jasa dan inspirasi kejayaaan yang disumbangkan oleh para guru terhadap pembangunan sosio-masyarakat dan negara.
#InspiredbyCikgu

Related posts

11 Thoughts to “Menghargai Guru Memperkasa Aspirasi Pendidikan Negara”

  1. GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

    1. Amanah guru mendidik membangun negara

  2. Tanpa guru kita bagai tiada arah tuju. Terima kasih cikgu…

    1. Jasa guru tetap dikenang 🙂

  3. guru adalah segalanya, tanpa guru siapa lah kita.huhu

    1. Guru penyuluh ilmu panduan hidup 🙂

  4. Semoga lepas ni kurang sikit kes nak tuding jari kat golongan guru. Guru ni profesion yg mulia. Tak smua org mampu jd cikgu tau ! Apapun jom visit https://www.ketamkecil.com/kenapa-tulang-patah-tak-bercantum-cantum/

    1. Betul tu.. mudah2an, in shaa Allah..

  5. selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia..

    cuma saya agak hairan dengan tema hari guru tahun ni.. sebab ada perkataan "transformasi". boleh pulak.. hehehehe

      1. Baru sgt election tamat, tak sempat nak tukar sbb waktu sambutan dkt sgt kot hehe.. 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge