Ekspresi 

Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru

Berakhir sudah pilihanraya ke-14 yang menyaksikan perubahan lanskap politik tanah air. Buat kali pertama dalam sejarah negara, pemerintahan Barisan Nasional tumbang kepada Pakatan Harapan setelah lebih 60 tahun mentadbir negara.
PRU14 juga merupakan pilihanraya ke-3 buat saya mengundi di Selangor setelah berpindah bermastautin dan mengundi kali terakhir di Johor pada tahun 1999. Pelbagai senario politik telah disaksikan sejak mula layak mengundi. Namun kali ini menjelaskan hasrat yang diterjemahkan melalui pilihan rakyat yang majoritinya mahukan angin perubahan baru buat negara tercinta.
PRU14, Pilihanraya Malaysia,

Angin Perubahan Harapan Malaysia Baru

Keputusan pilihanraya kali ke-14 ini menterjemahkan pelbagai aspirasi rakyat. Ia secara tidak langsung juga membuka pelbagai nostalgia kepada diri ini, malah orang ramai terutamanya yang pernah melalui zaman dibawah era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Sesungguhnya, umur bukan faktor utama. Pada usia 92 tahun, keyakinan orang ramai terhadap beliau memang tidak boleh disangkal lagi. Malah gandingan pemimpin parti Pakatan Harapan seluruhnya juga menambahkan lagi semarak rakyat untuk berani berubah menerobos arus Malaysia baru.
Terbukti, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan calang-calang pemimpin yang disegani. Ada beberapa sebab yang saya sendiri ingin kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri.
Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru,
Saya antara yang dibesarkan dalam era Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ke-4. Sejak mula sekolah tadika pada tahun 1982 sehingga SPM, melanjutkan pelajaran dan graduasi, mula bekerja, berkahwin dan berkeluarga… hanya beliau Perdana Menteri Malaysia sehingga 2003.
Semasa menuntut di University of Wolverhampton, United Kingdom, saya diberi kepercayaan menyandang Ketua Pemuda Pelajar The Malaysian Society of Wolverhampton 1996/97. Bergiat aktif sebagai wakil pelajar Malaysia kepada organisasi pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.
Inspirasi yang membawa sehingga kini, saya cenderung menterjemah pelbagai aspirasi bersama aktivis, NGOs dan usahawan sosial terutama dalam pemerkasaan sosio-pendidikan.
Sememangnya diakui sebagai pelajar dan rakyat Malaysia ketika itu, kami turut menerima tempias hasil pembangunan negara, disegani kebanyakkan pelajar dan warga antarabangsa sebagai ‘vibrant industrialized nation’, juga dikenali sebagai ‘asian economic tiger’.
Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru,
Ketika itu Malaysia ada banyak perkara yang disegani dunia antaranya Proton, Petronas Twin Towers (KLCC), KL Tower (menara tertinggi di dunia ketika itu), Sepang Race Circut, KLIA (sedang dalam pembinaan ketika itu), juga pendirian polisi dasar luar negara dan pelbagai lagi ikon rakyat Malaysia berjaya bertaraf dunia yang membanggakan.
Bukat setakat itu sahaja, melalui penerapan Wawasan 2020 secara tidak langsung juga merapatkan lagi nilai perpaduan dikalangan rakyat Malaysia di perantauan. Ramai antara kita yang dilihat ‘outstanding’, bergiat dalam pelbagai penglibatan antarabangsa. Kita terkenal dan dicemburui dengan pencapaian negara di serata dunia.
Banyak lagi jika diselami sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4 yang meninggalkan kesan membanggakan terutama kepada generasi seangkatan kami.
Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru,

Pakatan Harapan Meneraju Malaysia Era Baru

Setelah melalui 2 pemerintahan Perdana Menteri Malaysia selepas persaraan Tun Mahathir. Kini beliau sekali lagi diberi mandat untuk mentadbir negara. Suara beliau mengutarakan pelbagai perkara masih didengari dan disambut oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
Portfolio pentadbiran negeri yang diterajui parti pembangkang sebelum ini seperti Selangor dan Pulau Pinang juga menambah lagi keyakinan mandat diberikan dengan memperlihatkan pengukuhan majoriti sokongan pada PRU14. Secara tidak langsung memperkasa laluan Pakatan Harapan diberi peluang membuktikan kredibiliti mentadbir negara.
Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru,
Masih teringat kata-kata yang sering digunakan ramai bila kita memasuki era digital yang berbunyi “berubah atau kita akan diubah secara paksa”. Ia menjelaskan yang kita perlu berubah mengikut tuntutan semasa agar tidak ketinggalan atau tenggelam dalam arus kemajuan dunia.
Justeru, segala jasa budi kita hargai dan usah dilupa. Namun usah takut untuk berubah jika ia adalah yang terbaik untuk kepentingan negara dan pembangunan positif rakyat majmuk yang perlu dijaga sewajarnya untuk kehidupan lebih baik kepada kita dan generasi mendatang.
Tahniah kepada Pakatan Harapan. Semoga Malaysia bertambah maju, makmur dan sejahtera… aamiin.
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

5 Thoughts to “Pakatan Harapan Aspirasi Malaysia Baru”

  1. Kita doa yang baik-baik..untuk agama , bangsa dan negara.Setiap PM yang mengemudi negara ada cara dan aura mereka tersendiri.Ada acuan masing-masing.Kebaikkan dan budi kenanglah.Keburukkan dan permasalahan jangan dicontoh dan perbetulkan.

  2. slmt menjalankn amanah dgn penuh bertanggungjwn

  3. Doa yg baik2. Insyaallah Malaysia baru akan menjadi lebih baik. Jom jana pendapatan bersama disini https://www.ketamkecil.com/mulakan-bisnes-modal-rendah-elak-kerugian-banyak/

  4. Moga diberikan kesihatan berpanjangan buat TunM untuk teruakan perjuangannya …

  5. mga dengan adanya kerajaan baru ,maka akan bertukarlah keluh kesah rakyat kepada kegembiraan

Leave a Comment

CommentLuv badge