Ekspresi 

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway

Sokongan dan kepercayaan memperkasa aspirasi pembangunan sosial dan industri media online bersama Kumpulan Sunway merupakan satu pengormatan buat entiti kerdil ini.
Sempena bulan Ramadan yang mulia, satu perjumpaan berbuka puasa dalam menghargai jalinan ukhwah yang terbina telah dianjurkan. Saya turut sekali lagi diundang meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway ini pada 22 Mei 2018 di The Resort Café, Bandar Sunway.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway
Bagi rakan pembaca yang mengikuti blog ini pasti membaca pelbagai aspirasi Kumpulan Sunway yang dikongsikan. Pengisian yang merangkumi aspirasi sosio-pendidikan, keusahawanan dan gaya hidup juga menjadi inspirasi dalam pemerkasaan kerjaya.
Pelbagai maklumbalas turut diterima di blog dan media sosial, juga yang menghubungi, saling mengenali mereka yang terkait kerjaya dalam segmen berkaitan. Sehingga kini telah membawa hubungan yang lebih akrab bersama warga Kumpulan Sunway, rakan media dan industri.
Sememangnya, Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway ini merupakan ‘quality time’ berbual panjang bagi yang saling mengenali, juga menjadi platform ‘networking’, menambah lagi kenalan baru dalam suasana mesra dan ‘friendly’.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway,
Alhamdulillah, tidak kurang juga hidangan bufet Ramadan yang memikat selera. Ia pernah saya kongsikan di sini> ‘Jemput Makan’ Bufet Ramadan The Resort Cafe.
Penghargaan terima kasih kepada Kumpulan Sunway sempena Ramadan Al Mubarak.

Related posts

7 Thoughts to “Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Sunway”

  1. Alhamdulillah..menarik juga tempat berbuka puasa tu.

    Selamat berpuasa utk Khir dan keluarga.

    1. Mmg menarik.. antara lokasi makan2 bufet pilihan ni.

      Selamat berpuasa juga buat Fidah n family 🙂

  2. Moga kerjasama yang terjalin terus mekar dan membawa 1001 hikmah kepada semua…

    1. In shaa Allah, mudah2an.. aamiin. Terima kasih PC.

  3. wah sedapnya.makan sampai kenyang.
    JanjiKita

  4. mesti makanan sedap2 belaka kan 😉

  5. Wah bestnya. Salam Ramadhan yer…

Leave a Comment

CommentLuv badge