Ekspresi 

Pemimpin Politik Atau Politikus

Pernah satu masa dahulu, saya langsung tidak percaya dengan mana-mana pemimpin politik. Ia disebabkan pengalaman kerjaya bila ada campurtangan ‘political troops’ opportunis sehingga kami terpaksa berhadapan krisis ratusan juta USD.
Ia merupakan satu tamparan hebat buat saya dalam portfolio kerjaya yang turut melibatkan sejumlah USD 7 juta dana keluarga, saudara, rakan dan associates. Ia juga telah menyebabkan arwah bapa saya diserang strok.
Bermula krisis mata wang 1999, syarikat kami mempunyai portfolio perniagaan serta kewangan yang memberangsangkan. Ia sebuah syarikat pengurusan aset dan pelaburan dengan pegangan pelaburan dalam dan luar negara.
Bagi yang mengenali pastinya tahu kisah ini. Bermula sebagai antara pengurus akaun, ia merupakan platform kerjaya yang baik buat diri ini dalam memperkasa cita-cita keusahawanan.

Saya ada berkongsi beberapa kisah berkaitan antaranya;
> Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial 

Lebih sedekad menempuh tekanan, memulihkan segala kekusutan dan krisis dengan ikhtiar, usaha, sokongan keluarga, saudara, rakan, juga beberapa pihak dengan izinNya. Bila ‘keparit’, ‘kelongkang’, kita belajar mengenal realiti, tatkala banyak perut perlu dijaga.
Namun selain sokongan mereka-mereka di atas, ada juga pemimpin politik yang menghulur tangan, membuka peluang dan kepercayaan, menyuntik semangat untuk terus maju. Kejadian ini telah mengubah persepsi saya dari sebelumnya. Masih ada yang dipercayai dan diharapkan.
Sesungguhnya, ada benarnya kata-kata Napoleon Bonaparte; “a leader is a dealer in hope”. Seorang pemimpin sebenar pasti ada rasa bertanggungjawab untuk membantu dan secara tidak langsung memberikan harapan dan inspirasi kepada orang lain.
Justeru, ia turut mengajar diri ini agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada, belajar memastikan dan mengenal jiwa seorang pemimpin politik atau sekadar politikus.
Selamat menunaikan tanggungjawab mengundi buat semua rakyat Malaysia.
#ekspresi
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

8 Thoughts to “Pemimpin Politik Atau Politikus”

  1. Ada benarnya pesanan yang tuan lampirkan dari kata-kata Napoleon Bonaparte. Namun kebanyakan pemimpin tentera belum tentu berjaya memimpin negara sebagaimana di Egypt yang dipimpin tentera, wang negara banyak untuk kegunaan tentera. namun rakyat kekal menderita. Berbeza dengan Erdogan (pemimpin Turki), beliau bukan tentera tetapi mampu berusaha untuk masuk dalam pasaran ekonomi Eropah dan pendapatan negara berkali ganda lebih tinggi dari pemimpin sebelum beliau.

    1. Pandangan tuan pun mmg ada kebenarannya. Cuma sekadar memetik kata2 bagi menjelaskan bahawa ada dikalangan pemimpin yg baik dan ada juga menggunakan kuasa kepimpinan yg ada utk kepentingan sendiri. Semoga Allah kurniakan kita semua kepimpinan yg terbaik, in shaa Allah.

  2. Sebenarnya kebaikkan dan keburukkan ada di mana-mana dan ad pada diri setiap kita….cuma condongnya lebih ke mana bergantung pada rasa insani dan kejujuran atas tugas yang digalas.

    1. Betul tu.. setuju dgn PC. Semoga negara kita dikurniakan pemimpin yg baik dan sejahtera hendaknya… aamiin.

  3. Pengalaman mengajar kita memilih pemimpin dengan matang

    1. Setuju.. moga kita beroleh pemimpin utk negara yang sejahtera, in shaa Allah.

  4. Pengalaman adalah guru yang terbaik..
    Selamat mengundi

  5. dalam 1000 pemimpin, mungkin 1 – 2 org sahaja yg benar2 boleh dipanggil pemimpin pd ms sekarang…

Leave a Comment

CommentLuv badge