Portfolio 

Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu

Projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) kini sedang rancak dalam pembinaan. Ia bakal menjadi satu lagi projek infrarakyat yang akan merubah landskap dan melonjakkan transformasi sosioekonomi Terengganu.
Pada Isnin, 26 Februari 2018, saya berpeluang menyertai delegasi melawat pembangunan projek infrarakyat berimpak tinggi yang sedang giat dilaksananakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini. Lokasi utama kami lawati adalah ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) yang bakal menjadi mercu tanda ikonik Terengganu.
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

KTCC Drawbridge Projek Infrarakyat Berimpak Tinggi ECER

Baru-baru ini saya ada berkongsi informasi berkenaan aspirasi yang sedang giat dilaksanakan bagi melonjakkan sosioekonomi Terengganu dan boleh dibaca pada link di akhir artikel ini.
Projek jambatan angkat di KTCC ini juga memainkan peranan penting dan merupakan jambatan pertama seumpamanya di rantau ini. Ia bakal memudahkan perhubungan kenderaan antara Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir disamping membolehkan kapal-kapal melintas.
Kerja-kerja pembinaan jambatan angkat sepanjang 632 meter ini telah bermula pada tahun 2014 dan dijangka siap penghujung 2018.
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,
Sejujurnya, pertama kali melihat jambatan angkut ini mengingatkan saya tentang Tower Bridge di London. Namun, drawbridge di KTCC ini dilengkapi infrastruktur terkini dengan keunikan tersendiri. Terdapat 2 menara di Muara Selatan dan Muara Utara yang bakal dilengkapi restoran eksklusif, dek tinjauan dan sebuah galeri sebagai tarikan pelancongan gerbang ECER di Terengganu.
Jambatan angkat ini juga berperanan penting dalam melengkapi keseluruhan pembangunan KTCC yang bakal menjadi sebuah Bandar Warisan Pesisir Air. Ia dijangka mewujudkan 10,170 peluang pekerjaan baru menjelang 2020 dan lebih banyak pembangunan di Muara Utara dan Muara Selatan akan diterajui pihak swasta dengan nilai keseluruhan pelaburan dianggarkan sebanyak RM5 billion.
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,
Saya juga telah menerima lakaran artis tentang jambatan angkat ini apabila ia siap sepenuhnya nanti. Terdapat dua lakaran panorama waktu siang dan malam. Ia bukan sahaja menjadi penghubung yang memudahkan perhubungan Muara Selatan dan Muara Utara, tetapi menjadi pelengkap keindahan KTCC dalam memacu pembangunan sosioekonomi dan tarikan pelancongan yang menjadi mercu tanda ikonik kebanggaan kepada negeri Terengganu.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

Lawatan Projek Pembangunan Jalan Baharu KTCC

Bagi menampung pertumbuhan di KTCC, ECERDC juga sedang giat melaksanakan projek-projek infrastruktur termasuk penambahbaikan dan pembinaan jalan baharu bagi meningkatkan lagi akses atau kesinambungan KTCC dengan kawasan persekitaran untuk keselesaan penduduk setempat serta kemudahan kepada orang ramai.
Kami juga turut dibawa melawat ke sebahagian daripada tapak projek pembangunan jalan baharu yang bakal menjadi laluan penghubung utama kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke kawasan pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara KTCC. Merupakan projek jalan baharu dibawah Pakej 1 KTCC dan dijangka siap pada April 2019.
Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,
Kerja-kerja pembinaan dibawah Pakej 1 ini melibatkan jalan baharu sepanjang 3.9km di kawasan persisiran pantai bermula dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara Seberang Takir KTCC. Ini bakal memudahkan lagi perjalanan kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan mengambil masa perjalanan secara signifikan selama 15 minit.
Justeru, dengan terbinanya projek jalan baharu ini juga dijangka akan memacu lagi pertumbuhan menyeluruh peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan baharu disepanjang laluannya, termasuk prospek pembangunan komersil dan kawasan terbuka untuk orang awam.

“KTCC telah membangun menjadi sebuah destinasi pilihan dalam kalangan pelabur dan penduduk di Wilayah ini memandangkan ia merupakan sebuah lokasi yang ideal untuk bekerja, beriadah dan sebagai tempat kediaman. Ini merupakan hasil pelaksanaan projek-projek strategik dan kerja-kerja infrastruktur yang telah memacu transformasi sosioekonomi di kawasan terbabit, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri unik kebudayaan dan warisan Terengganu” – YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

Selain itu, bagi memastikan pembangunan pesat KTCC membawa manfaat penduduk tempatan, ECERDC telah melaksanakan beberapa program modal insan di Terengganu. Salah satunya adalah program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) yang merupakan program bersepadu bertujuan meningkatkan taraf hidup serta kemampanan dikalangan nelayan tempatan.
Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan rangkaian nilai perikanan, merangkumi aktiviti perikanan huluan dan hiliran yang dijangka memberi manfaat kepada 452 isi rumah, atau hampir 2,000 penduduk tempatan termasuk keluarga mereka.
Program-program inklusif empower ECER dan Agropolitan Besut – Setiu juga telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di kawasan luar bandar, manakala program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER membantu usahawan tempatan berjaya di dalam dan luar negara.
Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,
Kerjasama antara ECERDC dan pelabur-pelabur swasta melalui Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) juga telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan, dan memberikan mereka prospek pekerjaan yang lebih baik. Seramai 13,100 rakyat Terengganu telah menerima manfaat hasil daripada program yang dilaksanakan setakat ini.
Perlaksanaan program-program tersebut juga bertujuan memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan kemampuan sewajarnya untuk merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana pelaburan swasta. Sehingga 2017, Terengganu telah menerima pelaburan swasta berjumlah 33.7 billion dan mewujudkan lebih 41,000 peluang pekerjaan serta 7,500 peluang keusahawanan.
Selain melawat tapak projek jambatan angkat di KTCC dan pembangunan jalan baharu ini, saya juga turut berpeluang menemubual beberapa peserta program empower ECER dan entrepreneur ECER yang akan saya kongsikan pada artikel mendatang.Layari info lanjut mengenai ECER dan ECERDC di www.ecerdc.com.my

Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

30 Thoughts to “Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu”

  1. semakin membangun terengganu.. alhamdulillah.

  2. Wahh Khir dah macam big2 boss dah pergi melawat kawasan.
    Dah lama tak ke terengganu..makin pesat membangun dah terengganu kan. Bagus lah sekurang kurangnya dapatlah memberi peluang kerjaya buat org2 sana

  3. How interesting. Its good that more infrastructure is coming up in terengganu. Can't wait to see what more it will bring.

  4. Tak sabar nak tunggu siap. Semakin maju Malaysia setanding dengan negara luar.Mesti jadi tumpuan kan

  5. It likes KLCC twin towers. Can't wait to see the progress. Such a long time nvr visit Kuantan

  6. Good project that will benefit those staying in Terengganu. Looking forward to see the finished project.

  7. Kalau dh siap nanti ramai yg akan ke sana Trengganu bakal menjadi tumpuan pelancong dan popular kan..best la KK dpt menyaksikan sendiri pembinaan jambatan angkat ini

  8. Terengganu makin maju sekarang. Dapat lihat sendiri pembinaan jambatan ini mmg untungla… bukan calang2 heheh

  9. wow… terbaik terengganu sbb ada jambatan angkat ni. confirmakan jadi perhatian pelancong

  10. wow bestnya KK dapat menyaksikan sendiri di sebalik tabir jambatan angkat ni harap dengan adanya pembangunan seperti ini dapat memudahkan rakyat yang tinggal disekitar situ disamping itu dapat juga menarik pelancong untuk datang melihat sendiri jambatan ni huhuh

  11. It's been so long I have not visit Kuala Terrenganu, can't wait for this to be done then, it'll be another tourist attractions. So lucky u got to view it before completing.

  12. the illustration looks very nice and certainly will become an icon for terengganu! wait when they are done i would love to pay a visit there!

    3 Years Since I Quit Engineering Job And Become…

  13. Tak sabar nak tunggu siap.
    hehe.. mesti gah terengganu nnti

  14. Biar betul jambatan tu akan jadi seperti mana dalam gambaran tu memang cantik dan menarik macam kat luar negara hehehehe best lah kat sana…

  15. Dah siap nanti bolehlah jadi tempat wajib ambil gambar kalau pegi terengganu

  16. perghhhhhhhhhhhhh
    dulu2 dok tengok dalam game need of speed ja
    sekarang dah ada dkt Malaysia
    bestnyaaaaa

  17. Lama tak pergi terengganu and tak sabar nak lihat bridge yang cantik ini… this is a great honor for terengganu people. Really can't wait!!!

    Racheal

  18. Wah terbaikkk lah ganu pasni..ada jambatang angkat ala2 london bridge ni haaa…
    Lepas ni xyah pi london la..

  19. Wow! Projek ni nampak grand nya… tunggu completion of the jambatan then..

  20. I have been to Terengganu many times but with this new icon, it is worth to make another trip there. Thanks for the heads up, at least now I know what to look out for when I am there again.

  21. Gja

    Sangat beruntung bagi warga tranung

  22. Nampak menarik sangat projek ni

  23. wow menariknya bila baca dan tengok gambar2 tu especially gambar yang bila dijangka dah siap tu, cantiknya! Rasa tak sabar pulak nak tunggu jambatan ni siap dan nanti mesti pergi ni 😃

  24. This is such an amazing project. It seems perfect to visit. and can't wait to see it.

  25. fuh, macam london bridge.. ehehe

  26. Never know there's such project in Terengganu! Definitely can't wait to see it was launch and nicely done =)

  27. Woww… projek yang sangat hebat,. KTCC dah macam ala KLCC. Terbaik la Terengganu. hihi.

Leave a Comment

CommentLuv badge