Khir Khalid, Blogger Malaysia,Ekspresi 

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya

Baru-baru ini saya ada berkongsi status di Facebook tentang Blog Sebagai Sokongan Kerjaya. Ia berkaitan potensi blog dalam memperkasa kerjaya atau mencapai aspirasi yang ingin direalisasikan.
Sebelum ini juga saya pernah berkongsi tentang kebolehpercayaan blog melalui pengalaman sendiri, pemerhatian dan fakta industri. Namun kali ini saya terpanggil berkongsi lebih lanjut sebagai komitmen inspirasi berblogging, juga menjadi input bermanfaat buat pembaca, in shaa Allah.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Blog Sebagai Sokongan Kerjaya Dan Keusahawanan

Bagi yang mengikuti blog ini dari awal, pasti tahu antara tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi jurnal penglibatan saya sebagai fasilitator motivasi keusahawanan sosial. Ia boleh dilihat melalui kebanyakkan artikel yang saya tulis terutama sekitar 2012 hingga 2015.
Ketika itu, pengisian blog banyak berkisar tentang pembangunan modal insan melalui penglibatan, pandangan isu semasa, tips, panduan dan motivasi juga informasi berkaitan koreksional, sosio-remaja, sosio-pendidikan termasuk program dan acara berkaitan.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,
Melalui pelbagai artikel jurnal pembangunan sosial yang dikongsikan secara konsisten, ia menarik perhatian aktivis sosial, perunding motivasi sosio-remaja, warga pendidik malah termasuk wakil-wakil jabatan kerajaan, sekolah dan institusi-institusi pengajian di Malaysia.
Pelbagai undangan sebagai panelis program diterima, dan dari situlah juga saya mula mengenali ramai lagi blogger-blogger berpengalaman dan menambahbaik aspek penulisan online.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,
Rezeki tanpa disangka, bermula 2015, saya ditawarkan kontrak menyertai institusi pengajian tinggi swasta sebagai antara fasilitator sosio-pendidikan, termasuk tawaran daripada agensi digital untuk menulis informasi di blog ini dan beberapa website sehingga kini.
Ia secara tidak langsung membantu mengukuhkan platform kerjaya keusahawanan melalui aspirasi online dan berblogging. Tahun ini juga merupakan tahun ke-3 penglibatan saya bersama agensi dan institusi sejak 2015. Kini turut diberi kepercayaan sebagai content writer kepada beberapa agensi dan institusi… alhamdulillah.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Membina Blog Dan Kebolehpercayaan Industri

Justeru, sekiranya anda seorang usahawan, practitioner, independent professional, peniaga online atau masih bekerja tetapi berhasrat menjadi usahawan sepenuh masa atau ada impian yang ingin direalisasikan, blog sebenarnya mempunyai potensi dalam menyokong kerjaya dan membina kebolehpercayaan industri.
Apa yang perlu kita lakukan pada asasnya adalah mempunyai blog dengan domain sendiri.
Mungkin bagi sesetengahnya seperti saya, membina website rasmi perniagaan membuatkan kita perlu bersaing dengan pelbagai organisasi yang establish dalam bidang yang sama. Jika ‘establishment’ dan contact masih rendah sememangnya sukar untuk bersaing dalam jangka panjang kerana ia memerlukan inisiatif dan kos yang banyak untuk membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan, pelabur, pasaran dan sebagainya melalui jalan komersil dan konvensional.
Personal blog boleh dijadikan pilihan untuk membina ‘targeted network’ dan kebolehpercayaan pasaran serta industri. Namun ada perkara penting yang perlu disediakan terutamanya ruang profil di blog yang bersesuaian dengan hasrat yang ingin disasarkan.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,
Seterusnya, kita perlu ada komitmen dalam membahagikan masa menulis
konten berbentuk jurnal kerjaya, pengalaman, tips, panduan atau informasi secara konsisten dan ada kesinambungan dari masa ke semasa. Penulisan juga perlu mengikut pola bersesuaian dengan penerimaan pembaca khususnya golongan yang disasarkan.
Sediakan juga masa untuk blogwalking di mana-mana portal, website dan blog yang ada kaitan dengan kerjaya. Lontarkan komen-komen membina di artikel mereka secara konsisten. Ini amat membantu dalam membina establishment dan engagement dikalangan target industri.

Selain itu, aturkan jadual penerbitan artikel utama secara berkala sekiranya terdapat artikel lain seperti kekeluargaan mahu pun advertorial, review dengan sebaiknya. Ia juga membantu membina personal touch dan ‘trust’ jangka panjang melalui imej personal blog tersebut.

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Bina Reputasi Diri Melalui Blog Kepada Industri

Buatlah bloglisting sebagai database. Kenal pasti antara blog rakan blogger, blog individu atau portal dan website organisasi awam dan swasta yang terkait dengan aspirasi kerjaya. Promote blog secara offline melalui kad bisnes atau print out terutama kepada individu dalam golongan sasaran.

In shaa Allah ada rezeki peluang, ada pihak yang berminat menjadi pelanggan, rakan projek, rakan kolaborasi industri atau menawarkan anda sebagai antara associate, perunding dan sebagainya dengan kontrak berbaloi. Setidaknya ia menjadi asas membina reputasi kerjaya dengan ‘jump start’ yang baik.

Blog sebagai sokongan kerjaya,
Namun ia bukan usaha semalaman, seminggu atau sebulan, tapi bergantung kepada inisiatif, kebijaksanaan serta rezeki masing-masing. Saya mengambil masa 3 tahun sehingga ditawarkan terlibat bersama agensi dan institusi pada 2015 dan masih menambahbaik sehingga hari ini.
Sabar dengan usaha yang istiqamah. Bila beroleh peluang, tumpukan pada hubung offline (keep and groom the circle) dan teruskan beronline. Jangan hanya tumpu offline dan duduk di zon selesa.
Apa pun, perkongsian ini tidak semestinya terpakai untuk semua dan mungkin ada kekurangannya. Sekadar berkongsi, pengalaman sendiri buat manfaat insan… aamiin.
“Don’t fight the giant, befriend them”.

Related posts

27 Thoughts to “Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya”

  1. Blog boleh menjadi salah satu medium atau perantara pada apa yang diusahakan.Personal namun mahu disebar luas ke umum..ya,blog kalau kena caranya ia sangat membantu dan membangunkan.Cuma tekniknya kena betul dan tidak menggugat sensitiviti mana-mana pihak.
    Terima kasih Tn KK perkongsian ini.

  2. kalau betul2 komited, dgn berblog shj mmg boleh berjaya…ramai di luar sn dah buktikan. cuma nk dgn x nk je…usaha dgn x je kan..

  3. TAHNIAH ! Nak jadi macam KK juga..so inspired !

  4. Blog ni platform yang baik untuk mengembangkan kerjaya. Kena pandai la manage. Tahniah bro kerana berakhir dengan positif. Moga dapat memberi inspirasi kepada yang lain juga.

  5. betul tu! perkongsian yang cukup bermanfaat bang. Apatah lagi dengan makin banyak blogger hebat yang muncul sekarang, sudah semestinya perlu lebih bersabar dan istiqamah sebelum boleh menuai hasil yang dimahukan. terima kasih atas perkongsian ini. 😀

  6. Blog menjadi satu medium untuk meluaskan perniagaan..selalunya beriklan di blog adalah untuk jangka masa panjang sebab entry product client tidak diturunkan. Selain itu SA percaya dari blog juga boleh menjana pendapatan..terima kasih diatas perkongsian

  7. tahniahhh…
    sekarang pun tengah cari orang nak minta edit blog bagi menarik
    tapi xjumpa lagi
    hehee

  8. emi

    Blog emi pun alhamdulillah ada sumber income walaupun tak masyuk. InshaAllah kena kerja keras lagi nak kasi income lebih banyak dari blog. Emi berblog sejak 2010 lagi, tapi sekarang pun masih bertatih untuk bina nama. Memang perlukan masa.

  9. saya pun baru decide untuk jadikan blog sebagai medium untuk menambahkan networking dan boleh menjana pendapatan. tapi blog peribadi ini perlu menanam dahulu dan hasilnya insyaALLAH akan tiba.

  10. Memang betul..tp saya dah tak berblog..saya more kepada vlog hehe meh la dtg jenguk channel saya http://www.youtube.com/c/HilmasLife

  11. Tahniah kalau ada lagi event dengan petronas hamilton tu bawa lah I teringin juga nak bersalaman dengan dia hahahah abang khir punya event semua ekslusif ! So best nya adventurous gitu

  12. Betul blog ini adalah platform terbaik kerana ia ada platform jangkamasa panjang

  13. Whoa! bagus dapat mencurah ilmu kepada the newbies. Secara tak langsung dapat juga belajar new things. To me blog is more about sharing the experience in my case daily life. If people appreciate my writing…Alhamdulillah tapi ramai gak mengeji…who cares!

  14. Blog memang medium yang sangat sesuai utk kembangkan networkimg dan menjana pendapatan sampingan. Bila beriklan menggunakan blog jangka masa review memang akan kekal sampai bila bila. Tahniah sebab abg Khir semakin ke hadapan dan di kenali. Keep it up

  15. Congratulation, you're such an inspriration, I would love to join this movement as well but it will take a lot of time and dedication. Keep it up and hopefully there will be more progress in the future!

  16. Seronok baca input begini. Penting untuk tahu hala tuju dalam menjadikan blogging sebagai kerja ke-2 atau kerja sokongan. Sabar dan usaha tu memang penting sebab bukan mudah nak bina nama dan kenali kita melalui usaha yang kita dah buat. Terima kasih atas tulisan ni 🙂

  17. Terima kasih memberi info terbaik dan memberi semangat utk kak terus menulis blog..sebenarnya dalam bidang penulisan sudah lama kak lakukan dalam penulisan novel dan buku kanak-kanak sebelum memulakan penulisan di blog yang diibaratkan sebagai wartawan utk menghebahkan aktiviti di media social dan cara penulisan artikel pun tidak sama, bg kak menulis novel dan buku kanak-kanak lagi mudah sebab bebas utk berfikir, namun utk penulisan dlm blog byk yg kita kena fikir utk menulis agar tidak lari dari fakta.

  18. betul sangat, kena usaha dan istiqamah dan inshaAllah rezeki dari blogging akan berkembang dari semasa ke semasa. Menjana pendapatan dari blogging bukan dalam masa yang singkat.

  19. ehemm.. terpikat pulak tengok mamat hensem kat first gambar tu.. Boleh berkenalan?? hehe.. tapi betul la, blog memang boleh jadi salah satu sumber untuk menjana income. tapi tu la, kita kena sabar dan istiqomah selalu. Yang penting kena jaga juga etika penulisan. betul tak?

  20. Dulu blog ni sekadar benda biasa/ suka-suka. Tapi sekarang ni dah jadi benda penting bagi sesetengah orang. Tak dinafikan apa yang abang kongsikan ni memang betul.

  21. kembangkan networking melalui blog adalah satu langkah untuk memperkukuhkan lagi setiap perancangan kita dalam perniagaan mahupun apa jua.. mungkin ada terselit manfaat untuk golongan pembaca melalui apa yang kita kongsikan melalui penulisan kita ..

  22. tahniah KK.. teringat lagi dulu2, artikel KK banyak pasal motovasi dan penjara.. hahaha

  23. Inspiring. Tahniah abe KK. Nanti kalau ada program/talk ilmu, share la. Nak join and luaskan pengetahuan 🙂

  24. This is so inspiring.. Congrats… It's great to hv blogging as career!

  25. Create a blog actually can help with our career if we focus the right direction. Beside earning money, you get to meet different people.

  26. saya lagi noob harap kk boleh ajak teknik mcm mane nak meningkat visitor

Leave a Comment

CommentLuv badge