Ekspresi Portfolio 

Pengisian Digital, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018

Mengendalikan media sosial sememangnya memerlukan penelitian platform dan pengisian yang bersesuaian dengan tujuan atau penjenamaan. Ia juga merupakan cabaran yang memotivasikan diri ini bagi tahun 2018 terutamanya yang melibatkan penghasilan ‘content’ disebalik tabir.
Melalui penelitian berdasarkan pengalaman dalam industri pengiklanan, kelayakan serta penglibatan kerjaya dalam bidang pemasaran setidaknya telah melahirkan penghasilan positif dalam memperkasa sokongan kerjaya melalui ‘certified platform’. Blog juga telah membuka peluang dalam kebolehpercayaan kerjaya dan kelestarian perniagaan.
Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Aspirasi Online Dan Media Sosial 2018

Saya antara yang terlibat mengendali pengisian bersama beberapa agensi digital bertauliah untuk beberapa institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Amanah sosio-pendidikan setelah beberapa tahun berkongsi aspirasi pembangunan sosial yang turut menjadi antara perkongsian awal blog ini.
Atas faktor tersebut, bagi yang mengenali terutama sekitar 2013 melalui media sosial tahu keterlibatan saya sebagai motivator sosial. Ia antara inisiatif berkongsi jurnal pembangunan sosio-masyarakat disamping mengukuh kebolehpercayaan industri.
Namun bagi yang mengenali pada awal kerjaya, yang antaranya subscriber blog ini tahu rentetan perjalanan kerjaya bermula dalam industri pemasaran, keusahawanan sehingga membangun programย Positive Unity For Life yang terus digunapakai sebagai sebahagian elemen pembangunan sosio-remaja institusi.
Kini, portfolio pemasaran, potensi serta prestasi kerjaya terdahulu seolah-olah bertemu kembali dalam aspirasi pembangunan ‘content’ online, blog dan media sosial.
Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Potensi Dan Realiti Media Sosial

Sebagai usahawan sepenuh masa, suami dan bapa, pengalaman jatuh bangun banyak mengajar memperkukuh keazaman dan keluarga memotivasikan diri agar terus fokus.
Media sosial mengubah trending pasaran yang memerlukan penelitian sebagaimana dalam industri pengiklanan sebelum ini. Malah sebagai blogger, banyak perkara yang dilalui mengajar mengenal realiti. Media sosial adalah saluran informasi kepelbagaian potensi, namun ada positif dan negatif. Tepuk dada tanya hati.
Pengalaman media sosial juga mengajar untuk lebih berhati-hati. Pelbagai ragam yang jika tidak dipilih dan diperhalusi boleh menjejaskan kebolehpercayaan kerjaya, malah mampu menggugat hubungan rakan niaga, rakan industri, pelan kewangan dan perancangan kerjaya.
Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Pemantapan Kerjaya Melalui Kebolehpercayaan Online

Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan pelbagai lagi, masing-masing mempunyai kebolehpercayaan pasaran. Itu antara faktor kita boleh lihat, ada antara promosi atau copywriting yang kurang berhasil walaupun sudah bertahun-tahun mempraktikkan.
Ia bukan asbab teknikal, tetapi nilai kebolehpercayaan pasaran terhadap platform. Ia juga menjadi faktor yang perlu diamati untuk tahun 2018… berkongsi informasi disaluran yang betul. Memahami platform media sosial yang selayaknya untuk pengguna korporat, mass market, target market dan pelbagai lagi.
Belajar dan terus belajar. Terima kasih kepada semua termasuk pihak seperti IBM, General Electric, Google Ignites serta rakan industri seluruhnya atas inspirasi dan ilmu. Tidak ketinggalan juga buat rakan niaga, ahli keluarga dan pembaca atas peluang dan sokongan.
Khirkhalid.com sentiasa menjadi personal blog berkongsi ekspresi, aspirasi gaya hidup dan review online sebagai sebahagian aspirasi kerjaya, keusahawanan dan industri.
Moga memberi nilai tambah bermanfaat serta dipermudahkan segala usaha… aamiin.
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysiaย > Profil Penulis.

Related posts

17 Thoughts to “Pengisian Digital, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018”

  1. Semoga selamat maju jaya dalam bidang keusahawanan dan blogging yer my sifu…

    1. Terima kasih Zumal.. besar penghargaan sifu tu.. tak layak lagi. Semoga sama2 kita semua terus maju jaya.. aamiin ๐Ÿ™‚

  2. good luck.. semoga dapat hasil yg positif buat diri & keluarga

    1. Terima kasih.. in shaa Allah mudah2an.. aamiin ๐Ÿ™‚

  3. terinspirasi dengan tuan :D… semoga maju jaya dalam apa jua bidang..

    1. Terima kasih Wani.. in shaa Allah sama2 kita semua terus maju jaya dlm apa jua bidang yg diceburi.. aamiin ๐Ÿ™‚

  4. Gja

    Wah…. selamat maju jaya

    1. Terima kasih Gja.. selamat maju jaya juga ๐Ÿ™‚

  5. amin.. Woww bang pertama kli smpai sini maaf yer, sgt ilmiah ni blog khirkhalid.com ni Wow sgt semoga terus maju jaya utk abam khir and the blog ye amin.

    1. Terima kasih singgah Suzai.. moga ada manfaatnya dan sama2 kita semua terus maju jaya.. aamiin ๐Ÿ™‚

  6. Hidup zaman sekarang dan media sosial sukar untuk dipisahkan….
    Moga terus suksess dlm blogging atau apa juga bidang yang diceburi

    1. Terima kasih Fidah.. in shaa Allah, moga sama2 kita semua terus sukses dlm apa jua bidany yg diceburi.. aamiin ๐Ÿ™‚

  7. kalau 30 thn dulu org sebut social media, mungkin ramai yg ternganga… tp skrg kalu sebut social media dan masih ada lg yg ternganga…hmmm x tau laa nk ckp cm ne hahaha

    1. Hehehee.. 30 tahun dulu mmg tak terfikir boleh ada social media ni. Masa tu klu ckp ttg masa hadapan mesti ingat ttg kereta boleh terbang je ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ™‚

  8. Tahniah tuan, semoga semakin berjaya dan berjaya

  9. Today, everything is connected to the internet world… Handsome is upgrading from one version to another version so we people must upgrade ourselves too. Or else we are slow than anybody.

    All the best to all people in this social media world and for sure this works will make many people ready in lifestyle

    Racheal

  10. Mr Khir Khalid adalah blogger gred A. Nama dah well known. Huhu. Hope GV dapat berjaya seperti Mr Khir Khalid suatu hari nanti. Hihi. ๐Ÿ˜€

Leave a Comment

CommentLuv badge