Ah Boys To Men 4Portfolio 

Ah Boys To Men 4 Raih RM 5 Juta Box Office Malaysia

Bekerjasama bersama antara Publicist berpengalaman dalam segmen hiburan tanah air merupakan satu penghargaan dan peluang yang membina. Merupakan cabaran aspirasi baru, mengurus informasi bersama media mainstream, media online, bloggers, influencers dan pihak yang terlibat dalam industri filem mengendalikan promosi filem terbaru Ah Boys To Men 4.

Filem genre komedi francais dari Singapura ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 23 November 2017. Merupakan filem box office yang meraih sebanyak SG2.55 juta (RM8 juta) dalam masa seminggu tayangan di Singapura, juga telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta untuk tayangan di Malaysia.

Ah Boys To Men 4, Sam Kassim Events and Communications, Khir Khalid,

Sinopsis Ah Boys To Men 4

Bagi anda yang menonton filem Ah Boys to Men 1, 2 dan 3 pasti mahu mengikuti kisah selanjutnya dalam filem ke 4 ini. Filem arahan pengarah terkenal Jack Neo ini mengisahkan pengalaman Lobang, Aloysius, Sergent Ong dan Ken Chow yang kembali menyertai ‘national service’ setelah masing-masing mula sibuk dengan kehidupan sebagai orang awam.
Apabila dipanggil semula untuk terlibat kembali dalam latihan bersama unit ketenteraan Singapura (SAF Armour Unit), mereka terpaksa bertungkus lumus untuk membahagikan masa antara bekerja dan stamina serta displin dalam berkhidmat untuk negara. Pelbagai aksi dan situasi yang melucukan berlaku sepanjang mereka kembali berlatih memenuhi tuntutan tanggungjawab negara.
Ah Boys To Men 4, Sam Kassim Events and Communications, Khir Khalid,

Ah Boys to Men 4 Filem Komedi Dengan Nilai-Nilai Positif

Filem genre komedi ini mengetengahkan aspek positif tentang semangat persaudaraan, unsur kekeluargaan, kepimpinan dan nilai-nilai murni dalam memegang amanah negara. Filem berbahasa mandarin dan Inggeris yang menarik dalam menyuntik pengajaran tentang reality norma kehidupan.
Ah Boys To Men 4 mengandingkan ramai pelakon-pelakon berbakat Singapura seperti Tosh Zhang, Wang Wei Liang, Joshua Tan, Maxi Lim, Noah Yap, Jaspers Lai, Charlie Goh, Ryan Lian, Apple Chan, Ben Logan SNG, Kishan J., Hafiz Aziz, Foo Chay Yeow dan Henrey Low.
Ah Boys To Men 4, Sam Kassim Events and Communications, Khir Khalid,
Penghargaan kepada Sam Kassim Events and Communications atas kepercayaan mengendalikan Media Screening, Press Conference dan Premier Screening, juga rakan media, bloggers, distributor dan semua pihak terlibat atas sokongan serta kerjasama. Secara tidak langsung menyorot kembali kenangan sebagai intern PR Executive masa mula menempuh alam kerjaya dahulu.
Filem Ah Boys to Men 4 memang buat kita tak kering gusi. Selain terhibur, banyak pengisian murni yang boleh dijadikan sandaran bermanfaat. Filem berkualiti serta menarik patut tonton buat semua.

Related posts

8 Thoughts to “Ah Boys To Men 4 Raih RM 5 Juta Box Office Malaysia”

  1. el

    igtkan kumpulan boy II men tu
    pilem rupanya..wahhh 1 juta dlm 2 hari mak aiii

  2. memang best cerita nie… rasa macam nak tonton dari mula…. hope akan ada yang ke-5

  3. Filem menarik ditonton sekeluarga

  4. filem komedi ringan mmg mudah dpt sambutan. ye laa kan org dtg tgk wyg sbb nk bersantai bkn nk kena filir bagai mcm msk makmal hahaha

  5. Jack Neo mmg legend. Boleh kata semua filem dia box office. Lagi satu, filem dia mmg very Singaporean. Mesti ada bahasa Singlish. huhu.

Leave a Comment

CommentLuv badge