Vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama Blog Retis

Kalau tanya kat mana bihun sup sedap Bandar Tasik
Puteri Rawang
, pasti saya tunjuk sebuah gerai yang terletak di seberang jalan raya berhadapan Sekolah
Agama As-Siddiqin dan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 (SKTP 2). Pagi tadi, berpeluang culik Top Blogger Malaysia, Bro Framestone a.k.a. Blog Retis sarapan bersama di sini.
Vlogger, Blogger, Bandar Tasik Puteri, Rawang,

Sarapan Bihun Sup Sambal Kicap Dan Mee Siput

Pagi tadi berjumpa Bro Framestone antaranya
berbincang berkenaan Projek 2017 Blog Retis. Pelan kami pada awalnya bercadang bertemu
di taman riadah Puteri Central Park, untuk berdiskusi santai sambil fitness
untuk pengisian Vlog.
Tapi tak tahu kenapa plan berubah… terus ajak Bro
breakfast. Paling best, langsung tak teringat
nak bertanya tentang plan berjogging… end up, jogging bihun sup sambal kicap dan mee
siput hahahaa.
Siap satu vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama
Blog Retis… jom tonton.
Jemputlah subscribe YouTube channel Khir Khalid
selain berblog, tahun ini saya mula bervlog. Melebarkan perkongsian dengan
pengisian jurnal motivasi santai vlog untuk manfaat bersama.
Terima kasih juga atas inisiatif Blog Retis
menghimpunkan rakan-rakan bloggers untuk mengasah bakat dan kemahiran bervlog.
Anda boleh meninjau hastag #Projek2017 #BlogRetis dan #VlogRetis untuk menonton
pelbagai perkongsian aspirasi menarik blogger dan vlogger… jom-jom yeah! 🙂

Related posts

12 Thoughts to “Vlog Santai Pagi Bihun Sambal Kicap Bersama Blog Retis”

  1. wahhh wahhhh! makan sedap! nnt boleh la lepak Rawang jugak kalau ade masa 😀

  2. wowowowowow sedappp nyer makan! eh tu mcm bro kan..ehh salam mesra bro blog retis..kekeke..

  3. Alhamdulillah… maju bertapak tapak lagi nie… 😀
    Makan pun penting tau bukan exercise jer… hahaha…
    btw, happy new year bro KK.. ;D

  4. Selamat berjaya Tn Khir…

  5. wahh bihun sup breakfast memang terbaik lah

  6. KK retis dah sekarang.. boleh la lepak sama retis.. hehehe

  7. haiii berdua je ke? a ajak sy pon haha

Leave a Comment

CommentLuv badge