Pengembangan OBS Studio

Assalamualaikum. OBS Studio Penstriman digital.

Baru-baru ini ramai dikalangan rakan industri dan warga institusi yang terlibat dalam segmen digital membincangkan tentang potensi OBS Studio sebagai platform penstriman digital pada tahun 2023 ini. Sememangnya tidak dinafikan, ia merupakan antara transformasi digital yang semakin berkembang dalam menyokong agenda perniagaan, pendidikan mahu pun keusahawanan sosial.

Perkara ini telah merujuk kembali pada salah satu artikel yang pernah saya kongsikan di akhbar Utusan Malaysia dan portal Utusan Digital. Ia mengupas potensi dan kredibiliti penstriman OBS ini sebagai salah satu landasan digital yang akan berkembang dikalangan penggiat profesional dan pemain industri.

Dari aspek perniagaan, penstriman secara langsung ini juga menjadi landasan berpotensi dalam perlaksanaan strategi pengukuhan prospek pasaran. Ia menjadi salah satu saluran pemasaran dalam membina perhubungan melalui interaksi dan kreativiti yang selaras dengan aspirasi memanusiawi digital.

Penstriman OBS Studio 2023

Open Broadcaster Software atau OBS Studio pada awalnya menjadi platform popular dikalangan para Gamers dan generasi muda untuk berinteraksi secara real-time. Malah sehingga kini, ia masih lagi dianggap sebagai platform pengembangan e-sports dikalangan pemain sukan maya.

Namun atas potensi pengguna yang semakin meningkat serta kelebihan sistem pengaturan yang ditawarkan telah menarik perhatian pemain industri untuk dimanfaatkan dalam menyokong pengukuhan pasaran melalui penyampaian maklumat dengan pendekatan yang bersifat peribadi dengan interaksi langsung bersama audiens.

OBS merupakan aplikasi live streaming dengan sumber terbuka (open source) yang disediakan secara percuma di ruangan digital untuk tujuan penstreaman langsung dan juga rakaman video. Melalui sumber terbuka juga membawa maksud bahawa sebarang penambahbaikan dan pengukuhan platform dapat dilakukan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian serta keperluan terkini.

Selain itu, OBS Studio juga menyediakan beberapa versi sistem pengoperasian (operating system) merangkumi Windows, MacOS dan Linux dengan kelebihan ciri-ciri software yang ringan. Malah ia boleh dipelajari untuk dikendalikan tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi mahu pun perkakasan komputer berspesifikasi canggih.

Baca juga: Integrasi Pemasaran Era Internet Kebendaan IoT

OBS Studio

Ciri-Ciri Pengaturan Operasi

Pengaturan OBS Studio juga dapat memudahkan pengguna dalam pengeditan audio, gambar serta paparan infografik melalui penstriman langsung untuk penyampaian berinformatif serta membina perhubungan komunikasi 2 hala yang lebih berkesan melalui integrasi landasan media sosial seperti YouTube dan Facebook Live.

Faktor tersebut turut menjadi salah satu kelebihan dalam mencipta kreativiti penyampaian secara langsung sebagai elemen pemasaran berimpak tinggi bagi tujuan menjayakan pelbagai acara dalam talian seperti dialog, sesi temubual serta kempen-kempen pemasaran dan promosi. Selain itu, setiap penstriman secara langsung juga boleh dirakam dan diulangsiar sebagai kandungan video ke beberapa landasan digital yang lain.

Justeru, OBS Studio akan terus berkembang sebagai salah satu platform membina aset kandungan digital dalam menerobos potensi jangka panjang pasaran secara unik dan kos efektif. Kemudahan ini juga merupakan antara elemen dalam transformasi teknologi dan evolusi digital yang akan mempengaruhi trend gaya hidup dan peralihan budaya pasaran.

Anda boleh muat turun percuma aplikasi OBS Studio di obsproject.com.

Input OBS Studio juga boleh anda rujuk pada perkongsian saya di Utusan Digital.

Baca lagi: Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Era IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.