Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak

Pasti ada diantara pembaca pernah diganggu ‘lembaga putih’ di jalan raya Felda Pasoh ke pekan Karak. Saya yakin, ia pasti menjadi ingatan dan igauan kepada yang pernah mengalaminya termasuk diri
ini. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2007 ketika saya selalu berulang alik dari Kuala Lumpur menguruskan projek yang diamanahkan di Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan. Malang
tidak berbau, misteri juga tidak pernah diundang… tetapi keduanya boleh bertamu sesiapa jua tanpa diundang.
Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak,

Lembaga Putih Felda Pasoh ke Pekan Karak

Pernah dahulu saya berkongsi jurnal mistik Charade Putih> Peristiwa Di Lebuhraya Pagoh, Muar, Johor. Tetapi kali ini,
saya terpanggil untuk berkongsi lagi kisah benar di ruangan maya ini. Memang setiap kali ‘outstation’, saya dahulu gemar perjalanan
malam. Justeru, satu ketika saya berhasrat pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan raya ke pekan Karak pada sebelah malam setelah lebih seminggu berpengkalan di Felda Pasoh 2.
Sebelum bertolak, ada pula diantara rakan sekerja yang menegur… “Baik-baik
jalan ke pekan Karak… bahaya malam-malam ni. Kereta tak banyak tapi benda lain banyak…
baiklah kau lalu Bukit Putus je… time macam ni atleast masih banyak kereta lalu…”.

Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak,

Memang betul seperti yang dikatakan. Setengah jam perjalanan, hanya
berselesih 2 buah kereta sahaja dengan keadaan jalan raya bagai ular dipalu. Satu ketika, terasa meremang bulu roma di tengkuk… rasa sesuatu seperti tak kena. Maka saya tergerak memerhati cermin pandang
belakang… Allah!!… ada kelibat mencangkung di belakang kereta. Dibawah cahaya bulan terlihat rambut
panjang putih berterbangan… muka kurang jelas tapi seimbas rupa mayat wanita tua… Astagfirullah… ngeri!!!.
Saya berusaha memberanikan diri dengan
buat tak nampak dan terus memandu… sesekali kelihatan pula imbasan di sebelah tepi tingkap. Nampak jari jemari di sisi mata… Allah…
Allah… Alllah… hanya itu yang mampu disebut dengan lidah yang kelu… tubuh menggigil berpeluh… bulu roma tangan dan tengkuk meremang… hilang semangat, hilang kawalan… bagai rasa nak pitam.
Terus bertarung dengan situasi… akhirnya lembaga
itu hilang. Saya terus memecut hingga akhirnya tiba ke pekan Karak, menuju ke stesen Petronas yang terang dan memberhentikan
kereta. Saya terus menuju ke tandas, membasuh muka, kepala…
dalam tandas yang terang pun perasaan takut masih menghantui… takut mengangkat muka melihat cermin… ishhh…
Sewaktu keluar menuju ke kereta, seorang
pekerja stesen rupanya sudah memerhati gerak geri saya. Mahu tidak mahu, saya pun menegurnya agar tidak kelihatan mencurigakan… “kena kacau
bang tadi, saya dari Pasoh… aduiii… percaya tak percaya lah”
, ujar saya
perlahan.

“Semalam ada
juga yang kena… memang ada yang kena kacau terutama yang pandu sendirian, berdua… orang cakap tu Pontianak bang, langsuir pun mungkin… nasib abang tak lemah semangat, sebab ada yang kemalangan…
mati… wallahualam”,
ujar pekerja stesen tersebut.

Berderau darah… akhirnya, saya ‘parking’ duduk dalam kereta di situ hingga pagi. Tak sanggup nak
meredah lebuhraya Karak dihadapan yang sememangnya sarat dengan pelbagai ‘kisah mistik dan puaka’… hantu dengan bayi, orang kena rasuk dan yang paling top, kisah Volkswagen kuning… fuhh cukuplah… tak larat nak hadapi sebarang gangguan lagi.
Volkswagen Kuning,

Filem Seram Volkswagen Kuning MIG Pictures

Baru-baru ini bila mendapat tahu MIG Pictures Sdn Bhd bakal menayangkan filem Volkswagen Kuning, ia membuatkan peristiwa ini ‘refesh’ dari ingatan dan menarik minat saya nak menonton. Sebuah filem seram Shadan Hashim yang dibintangi Pekin Ibrahim Dan Atikah Suhaime. Lakonan Pekin dalam filem-filem misteri memang menjadi. Tambahan pula pernah bertemu Atikah, saya antara peminat setia… tak percaya boleh scroll usha ig saya :).
Volkswagen Kuning,
Volkswagen Kuning mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning.
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
Saksikan Official Trailer filem Volkswagen Kuning 

Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning

Pasti ada sesuatu yang terkait dengan apa yang pernah saya fikirkan ketika menunggu matahari terbit di Petronas pekan Karak tentang Volkswagen Kuning. Ia buat saya lagi takut setelah diganggu makhluk putih yang dikatakan pontianak atau langsuir itu. Kisah Volkswagen berwarna kuning di Karak ini pula memang menjadi buah mulut ramai… ia bukan omong kosong sebab ramai yang dah terkena… maka sentiasalah kita beringat hendaknya…

Blogger Contest - Volkswagen Kuning, MiG Pictures Sdn Bhd, OPPO F1s,
#OPPO F1s #SelfieExpert

Ini adalah blogger contest anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn Bhd selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning. Jom sertai contest ini. Anda berpeluang memenangi smartfon OPPO F1s Selfie Expert!… dapatkan maklumat lanjut dan daftar penyertaan melalui pautan di sini&gt> Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning

Related posts

38 Thoughts to “Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak”

  1. hape ni hape ni terbaca ni..hallaa seram nyer seram nyerrr..huwaaa..takut!

    1. Hehehee… seram tapi nak baca kan… mmg selalunya mcm tu lah 😀 😀

    2. ekceli semalam dah nampak entri ni.. tapi x jadi baca… tunggu siang dulu baru saya baca…
      bijak tak? hahaha

  2. fuhhh..seramnya baca citer ni 🙂

    1. Klu ingat2 balik masa tu mmg lagi seram ishh 🙂 🙂

  3. el

    Allahuakbar takutnya
    mujurlah uols kuat iman boleh lagi bawa kete smpai petrol station..
    serik dah kut nak jln mlm pas ni ek…at least ada teman..

    1. Benda2 mcm ni waktu tak disangka yg kena tu… mmg serik lalu jln klu tak sure ni huh..

  4. kuat semangat KK ni…kalau saya, tak tau la lagi macamana….

    1. Mujurlah dapat bertahan juga.. nak kata kuat pun tak juga… lemah badan masa tu…

  5. ada yang cakap bahaya memandu malam ada juga yang suka memandu malam….

    mungkin pengalaman macam ni ada hikmahnya…

    dunia ini bukan didiami oleh manusia saja…

    1. Betul tu Arz… mmg slalu beringat benda2 mcm ni… dlm Quran pun dah cakap kan makhluk2 halus ni…

  6. x suka memandu mlm2…sbb x nampak..

    1. Saya pun sekarang kurang nak drive malam klu tak perlu… mata pun dah lain juga dah 🙂

    2. lagi 1 sebab silau kalau bawak malam2.. buat sakit hati je..

  7. huhu..tak sangka bro khir pub kena jgk..

    pgalaman mistik hanya org bertuah jer dpt rasa..

    1. Bertuah mcm ni klu boleh jauhkanlah.. kacau jiwa klu teringat2.. mmg fobia Jie…

    2. hahaha.. bertuah la tuh.. bukan senang nk merasa..

    1. Baik2 klu lalu jln ni tuan…

  8. Aduih. Seram ternampak² plak dah… huhu…

    1. Baik2 klu tengok cermin tu kak ieta huhu.. 😀 😀

    2. hahahaha… tenung dalam2 kat cermin tu.. nnti tengok muka sendiri sengih tersenyum padahal kita x senyum..
      haaaa,….

  9. naik kereta ramai2 pon kena kacau.. haih seram mmg xpenah jln mlm ikt karak. semoga dilindungi Allah

    1. teringin nk lalu karak.. tapi siang2 ler.. hehehe
      nk pi layan corner kat sana dengan moto..

  10. tuan boleh usir makhluk itu dengan cara berhemah dan berani…tunjukkan kita lebih kuat dari dia…

    jika nak lebih power baca sahaja ayatul kursi dan istighfar agar makhluk itu hangus dan panas..in shaa Allah

    perkongsian yang bagus..

    1. makhluk ni jadi berani bila kita takut.. try kita buat berani.. konfom dia takut.. hehehe

  11. Asalam..teman blog selamat hari raya ya…maafkan jika pernah menyakiti hati..
    Seram tengok ni

  12. kat puchong pun ada lagi pontianak….nasib tak kacau org

    1. puchong bukan kaya dengan pochong ke? hehehe

  13. fuh.. difilemkan.. dahsyat.. hahaha..
    tapi saya kurang layan kalau cerita hantu..

  14. seram rasa bila kena ganggu time drive.. nasib tak jadi apa2 kan.. saya pernah lalui pengalaman seram macam masa dok kat asrama sekolah dulu2..

  15. Serammmm..memang baca siang je la..hihi

  16. Parah betul lah baca malam2 ni abg khir ooi. Dah takut nak tido. huhu

  17. Ada jugak tengok promo kat tv… macam best jer… walaupun nampak keseramannya.. bunda ni penakut jugak ni..

  18. sapa agk nyer yg dpt hp tuuuu 😉

Leave a Comment

CommentLuv badge