Maahad TahfizGaya Hidup 

Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat – Saya telah diamanahkan oleh seorang sahabat untuk berkongsi hikmah wakaf disamping informasi mengumpul dana bagi tabung pembangunan Pondok Ihya’ al Ulum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat di Pasir Mas, Kelantan. Sesungguhnya, wakaf itu adalah salah satu amalan mendekatkan diri kepada Allah dan mendidik jiwa pewakaf terhadap kesungguhan menjaga kebajikan dan kasih sayang terhadap umat Islam seluruhnya.
Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Wakaf: Ganjaran Pahala Yang Tidak Terputus

Wakaf berasal dari perkataan jamak bahasa Arab ‘awqaf’ yang dari sudut bahasa bermaksud ‘tahan atau berhenti’. Berdasarkan istilah syarak, ia dirujuk sebagai ‘menahan sesuatu harta dari dijual beli supaya digunakan untuk tujuan kebaikan kerana Allah swt’. Justeru, harta yang diwakafkan tidak boleh sesekali dijadikan sebagai bahan jual beli untuk beroleh hibah demi keuntungan peribadi mahupun perniagaan.
Wakaf disyariatkan harus kepada umat Islam yang berkemampuan antaranya bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan infrastruktur kemasyarakatan bagi melonjakan tahap sosio-ekonomi, keharmonian, keilmuan dan kesepakatan diantara umat Islam. Sumbangan berdasarkan maksud wakaf adalah melalui bentuk harta seperti tanah, bangunan, barangan keperluan dan wang tunai.
Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Hikmah Mewakafkan Harta Ke Jalan Allah

Terdapat beberapa hikmah buat kita dalam mewakafkan harta di jalan Allah, antaranya;
Ganjaran pahala yang tidak terputus
Hikmah mewakafkan harta membuka pintu mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara mengalirkan harta di jalanNya. Pewakaf mendapat ganjaran pahala yang tidak terputus walaupun selepas kematian disebabkan manfaat harta yang diwakafkan itu.
Hikmah doa dan hajat dimakbulkan
Amalan berwakaf adalah salah satu jalan menjadikan doa, hajat dan impian seseorang mukmin tercapai. Melalui wakaf, seseorang itu berpeluang menzahirkan pengabdian dan keyakinannya kepada Allah swt.
Menyuburkan ilmu dan dakwah Islamiah
Harta-harta wakaf yang diuruskan dengan baik mampu memberi kesan yang sangat besar dalam menyuburkan dakwah Islam dengan lebih berkesan. Ia memberi faedah yang banyak untuk kepentingan masyarakat seperti membina masjid, madrasah, menghidupkan ilmu, memperkasa kepimpinan dan syiar-syiar Islam.
Memperkasa pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat
Kepentingan wakaf dapat menyelesaikan pelbagai isu sosio-masyarakat antaranya memenuhi keperluan fakir miskin, anak-anak yatim, menyediakan tempat beribadah yang lebih sempurna seterusnya menjadi platform perkumpulan komuniti dan perpaduan masyarakat. Wakaf memberi sumbangan yang amat besar dalam perpaduan umat Islam dari zaman ke zaman, dahulu sehingga kini.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Kamu tidak sesekali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya” (Surah Al-Imran : 92).

Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat sedang mengusahakan tabung pembangunan kompleks baru Pondok Ilya’ al-Umum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, bertempat di Jalan Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rapek, 17070 Pasir Mas, Kelantan.
Justeru, individu atau organisasi yang ingin mewakafkan sumbangan, boleh datang ke lokasi alamat di atas atau hubungi 013 931 4185 / 09 790 5477.
Wakaf tunai juga boleh disalurkan ke akaun bank:
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT BERHAD
Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Pasir Mas 
No. Akaun: 03027010014625

Semoga Allah memberkati usaha kalian dengan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.

Related posts

9 Thoughts to “Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat”

  1. Memang banyak ganjaran bila melakukan kerja di jalan Allah ni 🙂

  2. Wakaflah walaupun dgn nilai yg rendah tetap mendapat ganjaran yg besar di sisi Allah

  3. Memang ganjaran orang yang berwaqaf ni sangat banyak walau tidak nampak didunia namun diakhirat sudah pasti

  4. Biarpun sedikit bila datangnya daripada keikhlasan hati impaknya pasti berkekalan..in sya Allah.amen.

  5. Rebutlah peluang….especially di bulan yang mulia ini

  6. Alhamdulillah.. teruskan entry2 mcm ni tuan khir..

  7. Saham akhirat kita ni…tingkatkan saham kita untuk jaminan di akhirat nanti..

  8. mmg bagus bro buat entry mcm nie…

Leave a Comment

CommentLuv badge