Maahad Tahfiz Gaya Hidup 

Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat – Saya telah diamanahkan oleh seorang sahabat untuk berkongsi hikmah wakaf disamping informasi mengumpul dana bagi tabung pembangunan Pondok Ihya’ al Ulum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat di Pasir Mas, Kelantan. Sesungguhnya, wakaf itu adalah salah satu amalan mendekatkan diri kepada Allah dan mendidik jiwa pewakaf terhadap kesungguhan menjaga kebajikan dan kasih sayang terhadap umat Islam seluruhnya. Wakaf: Ganjaran Pahala Yang Tidak Terputus Wakaf berasal dari perkataan jamak bahasa Arab ‘awqaf’ yang dari sudut bahasa bermaksud ‘tahan atau berhenti’. Berdasarkan istilah syarak, ia…

Read More

Transformasi Kepimpinan Belia Dan Kemajuan Negara

Baru-baru ini saya terlibat dalam diskusi bersama beberapa wakil akademik, organisasi komersil dan NGO yang membincangkan kepentingan belia sebagai aset memperkasa pembangunan sosial. Antara agenda yang diketengahkan adalah mengenalpasti perspektif belia dan remaja dalam membina potensi dan menangani cabaran sosial era teknologi informasi digital dan globalisasi masa kini. Belia sebagai aset dan lambang kekuatan negara Transformasi Belia Dan Pembangunan Negara Sesungguhnya, golongan belia dan remaja merupakan aset dan cerminan budaya pemikiran sesebuah masyarakat. Namun timbul persoalan tentang karakter bagaimanakah yang diperlukan belia masa kini demi memastikan nilai budaya timur dan…

Read More
Pusat Rawatan Al-Qayyum Gaya Hidup 

Persepsi Masyarakat Terhadap Perawatan Islam Dan Bayaran

Baru-baru ini saya menemui isu mengenai persepsi sesetengah masyarakat tentang perawatan Islam yang menggunakan jalan agama untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata dengan mengenakan bayaran terhadap khidmat yang dilaksanakan. Justeru saya tertarik untuk mengupas pandangan tersebut agar tidak timbul kekeliruan bagi kita terutamanya umat Islam dalam memartabatkan Perawatan Islam dalam arus persaingan kehidupan masa kini. Memartabat Perawatan Islam Dalam Era Modernisasi Sesungguhnya, Islam itu bukan sekadar amalan dan kepercayaan semata-mata tetapi adalah cara hidup yang meliputi minda, tubuh badan, roh, hati dan jiwa. Islam itu adalah fitrah setiap insan. Namun, ada…

Read More
AIA Vitality Malaysia Gaya Hidup 

AIA Vitality Membantu Jalani Gaya Hidup Sihat

Pada 3 Jun 2016, saya telah menghadiri pelancaran AIA Vitality anjuran syarikat insurans terkemuka AIA Bhd. Merupakan program kesihatan berasaskan sains yang menyediakan maklumat, panduan dan motivasi kepada peserta untuk meningkatkan kesihatan. Program ini menggabungkan faedah kesihatan dengan penyelesaian insurans hayat dan takaful bagi memastikan AIA dapat berperanan lebih aktif mendorong rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan lebih baik. Pelancaran AIA Vitality bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah (tengah), dengan (dari kiri) Ketua Eksekutif Serantau Kumpulan AIA, Bill Lisle dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan AIA, Mark Tucker…

Read More
Perawatan Islam Al-Qayyum Gaya Hidup 

Kenali Ciri-Ciri Perawatan Islam Ruqyah Syariah Sebenar

Perawatan Islamiah berteraskan Al-Quran dan hadis telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dikalangan masyarakat kita sebagai pilihan ikhtiar penyembuhan penyakit pada masa kini. Namun atas faktor tersebut, telah wujudnya pelbagai promosi pihak yang mendakwa berkecimpung dalam bidang perawatan ini. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi kita untuk mengetahui dan mengenali ciri-ciri perawatan Islam yang sebenar agar tidak tersasar dari kaedah Perubatan Ruqyah Sya’riah tatkala memerlukannya. Perawatan Berlandaskan Perubatan Ruqyah Syar’iah Bagi memastikan kita dapat mengenali ciri-ciri asas kaedah perawatan Islam berlandaskan kaedah Perubatan Ruqyah Syariah yang sebenar, beberapa perkara perlu…

Read More