Gen Z Survey Launch INTISosio-Pendidikan 

Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia

Pada Selasa (17/3/2015), saya telah menghadiri Pembentangan kaji selidik Generasi Z (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges di kampus INTI Kuala Lumpur.Merupakan kaji selidik ‘qualitative and quantitative research’ yang telah dilaksanakan pada November dan Disember 2014, melibatkan lebih 500 responden dari kalangan Generasi Z di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Ia merupakan kaji selidik pertama dilaksanakan di Malaysia.

Fakta Kaji Selidik Tentang Generasi Z

Gen-Z
merupakan singkatan popular Generasi Z, merujuk kepada kluster generasi yang lahir antara tahun 1995 hingga 2009. Kaji selidik Gen Z dengan motto ‘Meet the next generation’ ini dimulakan dengan pembentangan fakta oleh Mr Rohit Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI International University and Colleges.
Berdasarkan pengkajian, Gen-Z memiliki sifat berdikari dan gemar membuat keputusan sendiri (selfstarter). Kebanyakkan mereka berhasrat membina kerjaya tersendiri dan bercita-cita menjadi usahawan. Sentiasa berusaha membina kreativiti melalui kemahiran, mencari penyelesaian sendiri terhadap masalah yang dihadapi, memahami erti kerjasama, bijak mengurus masa dan berkepimpinan. Ia merupakan antara sifat yang seharusnya di puji.
Fakta kaji selidik Gen-Z yang menjelaskan seramai 42% kluster generasi Z memilih untuk melakukan sesuatu
yang baru sebagai kerjaya pilihan. Seramai 37% pula berharap dapat menjadikan hobi sebagai profesyen, manakala 31% lagi bercita-cita menjadi usahawan (product owner).
Mr Rohit Sharma, CEO of INTI
Mr Rohit Sharma
Ketua Pegarah Eksekutif (CEO)
INTI International University and Colleges
Fakta turut menjelaskan bahawa 75% dikalangan Generasi Z menganggap individu yang memperolehi pendapatan tinggi merupakan individu berjaya. Seramai 69% menganggap individu yang berjaya adalah mereka yang gembira dan 69% juga memilih faktor kesihatan.Manakala 60% menganggap individu berjaya adalah mereka yang gembira dengan kerjaya yang dilakukan. Kaji selidik berkaitan role model pula mendapati seramai 39% Generasi Z menjadikan ibu bapa sebagai role model, 19% memilih atlit dan 12% pula memilih dari kalangan pemimpin politik.

 

Generasi Z : Internet Dan Media Sosial

Gen-Z juga dikenali dengan label generasi ‘hiper-connected’ yang amat menggemari gadget sama ada smartphone, tablet, laptop atau televisyen.Kaji selidik mendapati 80% dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata 8 jam sehari dengan internet. 47% merasakan kehidupan mereka seolah-olah tidak lengkap jika tidak ber’online’.

Laman sosial menjadi pilihan utama dengan hampir 94% mengemari Facebook dan Twitter. Seramai 56% melayari
internet untuk mencari maklumat dan informasi manakala 55% menggunakan internet untuk ‘messaging dan chatting’.Secara keseluruhan, 5 platform paling popular dikalangan Generasi Z adalah Facebook (95%), WeChat (70%), YouTube (66%), WhatsApp (66%) dan Google+ (33%).

Mr Sajith Sivanandan, Managing Director of Google Malaysia
Sesi perbincangan Mr Rohit Sharma bersama Mr Sajith Sivanandan,
Pengarah Urusan Google Malaysia, Mr Roshan Thiran, Pengarah Urusan Leaderonomics
dan Mr Patrick Ng, Partner PwC Malaysia.
Freda Liu, BFM Producer dan Presenter merupakan moderator.
Sesi bersama Generasi Z
Sesi Perbincangan bersama Generasi Z bernama Ahmad Mustaqim Nordin (19 tahun),
Ruby Wong Chui Yee (19 tahun), Jacinta Jea Ling (17 tahun) dan
Moh Shu Jenn (17 tahun). Mr Pete Teo, seorang ahli muzik, pencipta filem dan
motivational speaker adalah moderator bagi sesi ini.
‘Fear of being offline’ menggambarkan sebahagian besar Generasi Z ini. Sungguh pun begitu, 50% sedar tentang kepentingan pelajaran sebagai elemen penting untuk mereka maju dan memahami faktor luaran yang mempengaruhi corak kehidupan dimasa hadapan.Walaupun cenderung kepada dunia siber, 60% mereka sedar tentang bahaya profil samaran di media sosial dan 54% sentiasa berhati-hati untuk mendedahkan maklumat peribadi ke pengetahuan umum.

Melalui pelbagai platform digital ini juga meningkatkan kesedaran tanggungjawab Generasi Z terhadap dunia dan masyarakat. Seramai 28% terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan dan keusahawanan sosial. Ia generasi viral yang cenderung membantu pembangunan masyarakat sejagat.

Menurut Mr Rohit Sharma lagi, beberapa tahun dahulu kita dapat melihat sempadan perbezaan antara kehidupan dunia nyata dan alam siber. Namun sempadan tersebut sudah mula menghilang. Alam siber menjadi keperluan dalam kebanyakkan urusan kehidupan kita.Kini Generasi Z yang lahir dan membesar dalam arus teknologi dunia siber sudah mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. Mereka sudah mula melangkah mengisi kekosongan keperluan industri, alam kerjaya dan kepimpinan negara dalam beberapa tahun akan datang.

Gen Z Survey Launch
‘Key Industry Leaders’ bersama Generasi Z
Berdasarkan fakta kaji selidik dan sesi perbincangan ini mendapati, kebergantungan Generasi Z terhadap rangkaian dunia siber adalah satu realiti yang kita semua perlu terima dengan positif serta tangani secara intelek.
Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia ini merupakan langkah penting dalam menyuntik kefahaman kepada
semua untuk bersama-sama memainkan peranan dan dorongan sewajarnya kepada seluruh Generasi Z demi kebaikan masyarakat dan kejayaan masa hadapan negara.
Khir Khalid

Socialpreneur, digital enthusiast, blogger dan content writer kepada agensi dan institusi di Malaysia > Profil Penulis.

Related posts

24 Thoughts to “Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia”

  1. Generasi baru yang menghidangkan kepada kita cabaran besar dalam mendidik di era teknologi canggih. Kaedah lama mungkin sudah tidak berkesan, kaedah baru pula masih perlukan penelitian.

  2. Gen Z, generasi yang serba-serbi canggih, pantas dan kehadapan..

  3. ada pro dan kontranya… pokok pangkal pada mereka sendiri, yang pasti mereka ni memang aktif, pantas…

  4. Bunda sependapat dengan Nurul Hidayah…

  5. mereka perlukan sesuatu yang lebih kreatif dari apa yang ada,.mungkin,..hehe

  6. canggih dan pantas tp kalu disalah guna…tu yg bahaya

  7. Setiap generasi melalui zaman dan situasi yg berbeza. Bagi generazi z, mereka tidak pernah melalui zaman sebelumnya, bagi mereka apa yg mereka lalui sekarang ini adalah keadaan yg normal. Mereka perlu melihat kpd sejarah dan belajar darinya untuk mereka menghadapi masa hadapan dgn lebih yakin dan benar.

  8. Kalau saya mungkin gen-Y, ni gen-Z, agaknya yang lahir lepas tahun 1995 nanti dipanggil generasi apa pula ye?

  9. Alamak..tersa dah tua bila baca artikel ni..huhu

  10. Gen Z..bila tiba masanya nanti, merekalah yang akan mencorak masa depan negara.
    Cara mereka yang sangat bergantung pada 'online' tidak seharusnya di lihat sebagai semuanya negatif. Ada juga aspek positif yang kita (generasi Y, X dan baby boomers) boleh apply juga. Namun, generasi ini perlukan bimbingan supaya nilai2 murni yang kita ada sekarang, akan terus kekal.
    Good info KK. Thanks 🙂

  11. setuju dgn survey ni, apa yg CN lihat, generasi z yang paling ramai berbusiness di instagram even masih student kerana minat dan berani 😉

  12. semoga mereka tidak hanya canggih tapi juga punya perilaku yang baik pula

  13. Dah generasi z, cpt Dan pantas

  14. generasi Z memang advance ..saya mungkin dalam generasi X..expired

  15. Basically, generasi Z ni memang banyak kelebihan dari segi teknologi tapi yang risaunya mereka terlalu advanced dengan semua benda (positif and negatif) hmm

  16. Semoga Gen Z ini memberikan lebih manfaat baik buat semua. Kelebihan yang ada mungkin bagus jika dapat diketengahkan.

  17. Anonymous

    Nampakny generasi Z lebih percaya media sosial dari media arus perdana.

  18. Generasi Z dah…wah siap adabuat kejian gitu…Menarik topik ynag KK ketengahkan kali ni…Moga2kita dapat menambah sedikit ilmu mengenai GENERASI Z..

  19. dah mcm last generation lah pulak … generasi z mmg berani dan tahu arah mrk … saja2 tgk u mobile .

  20. Dorang adalah generasi yang advance yer ^^

  21. generazi Z..generasi terakhir?

  22. generasi z? saya pun baru tahu ni
    selama ni dok dengar generasi X and Y aje
    wow, kalau camtu lepas ni apa plak? habis dah?

  23. gen Z ni start dilahirkan ke dunia tahun berapa?

  24. […] Penjelasan lanjut kaji selidik INTI terhadap Gen Z pernah saya kongsikan pada artikel terdahulu yang boleh di rujuk di sini > Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia. […]

Leave a Comment

CommentLuv badge