Pusat Rawatan Al-QayyumGaya Hidup 

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum – Kesempatan pada kelapangan malam minggu yang lalu, saya sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu sendiri dengan Cikgu Indera Saifullah yang merupakan pengasas kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pertemuan santai menjalin keakraban silaturrahim itu mengetengahkan perkongsian ilmiah tentang rawatan dan perubatan holistik Islamiah.
Sesungguhnya, ilmu Allah itu terbentang luas dan hanya kita sahaja yang kadang kala alpa atas segala nikmat kurniaanNYA… subhanallah.

Kelebihan Rawatan Perubatan Islam

Pada artikel sebelum ini, saya ada memperkenalkan tentang Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum. Justeru, perkongsian kali ini adalah mengenai keistimewaan kaedah penyembuhan holistik Pusat Rawatan Al-Qayyum itu sendiri.
Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang bukan hanya menitikberatkan penyembuhan dari sudut jasmani semata-mata, tetapi merangkumi sudut rohani, minda, hati dan jiwa insan. Antara perkongsian Cikgu Indera Saifullah ialah berkenaan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam merawat sesuatu penyakit yang dihidapi pesakit. Rawatan ‘scanning’ adalah kaedah permulaan yang dilakukan bagi memastikan simptom dan tahap keseriusan penyakit atau masalah yang dihidapi pesakit sebelum meneruskan rawatan selanjutnya.
Punca penyakit atau masalah akan dikenalpasti melalui kaedah ‘scanning’ tersebut berpandukan amalan ayat-ayat suci Al-Quran serta kaedah yang berteraskan As-Sunnah. Perlu juga kita fahami bahawa bukan semua penyakit itu berpunca semata-mata dari gangguan makhluk halus. Ada diantaranya disebabkan ‘stress’ atau masalah yang boleh disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Kebijaksanaan serta keperihatinan Perawat dalam mengenal pasti punca penyakit atau masalah dalam menyembuhkan pesakit merupakan faktor penting yang dititikberatkan oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum.
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan rumah dan premis perniagaan
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan dan terapi Al-Quran
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Prosedur rawatan penuh Terapi Al-Quran

13 Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum

Di sini, saya lampirkan maklumat berkenaan 13 keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum yang disalin dari laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum:
13 Keistimewaan Untuk Anda Di Pusat RawatanAl-Qayyum
– Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum;
1. Boleh diaplikasikan sebagai Rawatan UTAMA, Rawatan TERAPI dan Rawatan SOKONGAN kepada perubatan moden.
2. Dapat Mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit ATAU dapat MENGURANGKAN rasa kesakitan ATAU dapat MENYEMBUHKAN Penyakit yang tidak dapat diubati oleh Perubatan Moden ATAU KESEMUANYA. In shaa Allah.
3. Mengaitkan aspek BADAN, MINDA, ROHANI, HATI DAN JIWA seseorang pesakit itu dan bukan semata-mata hanya merawat aspek kesihatan fizikal.
4. Gabungan khasiat dan fadhilat ayat-ayat suci AL-QURAN, AS-SUNNAH, ZIKRULLAH, ASMA’UL HUSNA SERTA DOA-DOA MUSTAJAB SECARA INTENSIF.
5. Gabungan variasi pelbagai kepakaran PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL, ALTERNATIF, KOMPLIMENTARI DAN SUPLIMENTARI.
6. PENDEKATAN MENYELURUH ISLAMIAH melalui kaunseling, psykologi, kerohanian Islam (dakwah), sumber dan tenaga alam semulajadi, terapi (berbagai jenis), herba tradisional dan produk kesihatan Islam; yang berlandaskan SYARIAT ISLAM DAN HUKUM SYARAK sepenuhnya.
7. Sesi Rawatan dan Terapi yang dijalankan secara EKSKLUSIF ke atas setiap Pesakit; yakni tidak bercampur dengan mana-mana Pesakit lain dalam bilik yang sama. Ini akan dapat memastikan privasi menjaga maruah diri dan kerahsiaan Pesakit.
8. ETIKA MELINDUNGI – segala maklumat peribadi pesakit sentiasa dianggap Sulit dan Rahsia.
9. Kaedah yang dijalankan telah diintepretasi, direkabentuk dengan teliti serta dilaksanakan secara SISTEMATIK; menurut protokol dan Prosedur Operasi Tetap (Standard Operation Prosedure) demi keselamatan, faedah dan kepuasan kepada para pesakit.
10. Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah kami jalankan adalah TERBUKTI BERKESAN di dalam merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit dan masalah yang berkaitan – melalui PENGALAMAN SEBENAR kami merawat pesakit sebelum ini.
11. LAYANAN ISTIMEWA – secara peribadi, terperinci, profesional dan mesra oleh Perawat bagi setiap penyakit dan masalah.
12. USAHA SECARA ISTIQOMAH (BERTERUSAN) – demi untuk menyembuhkan penyakit atau masalah dengan sempurna; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua.
13. SUASANA DALAMAN YANG KONDUKTIF, SELESA DAN MENENANGKAN – yang menggabungkan ciri-ciri Surau, Spa dan Klinik sebagai interpretasi mantap Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah.
Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum menggabungkan kepakaran Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Komplimentari dan Suplimentari yang berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Zikrullah, Asma’ul Husna serta doa-doa mustajab secara intensif.
Jelaslah sesungguhnya Perubatan Holistik Islamiah Pusat Rawatan Al-Qayyum, tidak menentang sebarang elemen dalam perubatan moden. Malahan, Perubatan Islam ini sepatutnya menjadi asas paling utama khususnya kepada masyarakat Islam sebagai rawatan sokongan kepada perubatan moden.
Persepsi sesetengah masyarakat kita yang memandang perubatan Islam ini sekadar perubatan alternatif dan hanya diperlukan apabila tiada penyelesaian yang diperolehi dari perubatan moden perlulah diubah. Ketahuilah bahawa Islam itu sendiri merupakan paksi utama untuk kehidupan kita. Melalui amalan yang disertakan kaedah-kaedah tertentu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya mampu merawat penyakit dan merupakan penyembuh yang paling mujarab… subhanallah.
Cikgu Indera Saifullah Tahir
Santai ilmu bersama Cikgu Indera Saifullah, Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum
Justeru, saya sediakan di bawah link rujukan ke laman blog dan Facebook page Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk maklumat lanjut termasuk temujanji Perawat kepada yang berhasrat mendapatkan rawatan penyakit dan masalah yang dihadapi;
Laman Blog
Facebook Page
 www.facebook.com/alqayyum2u
Pusat
Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti
Apartment,
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur
Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum
‘Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan 
dan iblis laknatullah’
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum
EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI

Related posts

45 Thoughts to “Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum”

  1. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan..

    1. In shaa Allah HB.. itulah yg diharapkan… aamiin.

  2. Terima kasih sebab kongsi tempat rawatan yang bagus ni.

    1. Alhamdulillah CP.. mudah2an bermanfaat.. in shaa Allah..

  3. terpegun saya membaca info ini..baru jelas apa itu penyembuhan holistik

    1. Mudah2an membawa kepahaman dan manfaat semua Mar.. in shaa Allah..

  4. moga bermanfaat untuk mereka yang memerlukan.insyallah

    1. In shaa Allah Aida.. mmg itulah yg diharapkan… mudah2an membantu.. aamiin.

  5. perkongsian yang menarik En Khir..tak dinafikan yang kadang-kadang rawatan alternatif ini juga penting disamping rawatan moden..

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg betul tu.. sebenarnya rawatan Islam juga sama pentingnya dengan rawatan moden bukan sekadar alternatif shj kan.

  6. Rawatan alternatif dh jadi pilihan ramai skrg.ramai yg dh tahu keberkesanan rawatan ni.

    1. Betul tu AA.. rawatan Islam sepatutnya diutamakan oleh kita semua sebagai rawatan yg penting juga bukan sekadar alternatif kan.

  7. sangat bagus nie.. terima kasih kerana kongsikan bro Khir Khalid

    1. Semoga membawa manfaat Acik.. in shaa Allah. T kasih kembali.

  8. Perkongsian yang bermanfaat 🙂

    1. Semoga membantu & membawa kebaikan, in shaa Allah..

  9. asalamualaiku..syukran alhamdulillah jumpa blog rawatan ini

    1. Waalaikummussalam Etuza.. alhamdulillah.. mudah2an bermanfaat.. in shaa Allah.

  10. Assalamualaikum dan singgah malam KK…terima kasih atas perkongsian tentang ilmu perubatan Rawatan Al-Qayyum…semoga kita semua sama2 dapat menfaatnya…

    1. Waalaikummussalam Mardiah.. in shaa Allah mudah2an… aamiin. T kasih kembali.. 🙂

  11. Rawatan alternatif untuk yang memerlukan..

  12. pusat rawatan islam dah mula mendapat tempat di hati rakyat malaysia….bomoh2 dah tak main dah..good job.

  13. saya juga lbh suka dgn rawatan cara islam berbanding hospital kecuali jika perlukan pembedahan …

  14. Alhamdulillah, dengan perkongsian KK dapat zumal fahami apa itu penyembuhan secara holistik dari kaedah biasa ^_^

  15. perubatan islam adalah alternatif kepada perubatan moden..

  16. AvatarAnonymous

    menarik sangat².. belum pernah mencuba lagi ni..

  17. saya pun belum pernah mencuba rawatan alternatif seperti ni

  18. thanks for info..
    br tau kewujudan..
    tp sy seram nk g tempat2 perubatan islam mcm ni..
    terasa mcm dlm diri ni ada je benda2 yg akan keluar..

  19. terima kasih atas perkongsian khir…at least kita ada alternatif lain tuk berubat…

  20. Thanks sudi berkongsi pusat rawatan sebegini.. mungkin ada yang tengah mencari, dapat juga dijadikan rujukan..

  21. Alhamdulillah ..pusat rawatan alternatif untuk insan2 diluar sana yang memerlukan ..Moga2 rawatan secara bacaan ayat2 suci Al Quran dapat memulihkan penyakit yang dihidapi ..InsyaAllah..Moga2 entri ini dapat menjadi rujukan untuk mereka .

  22. bg yg bermasalah tu..pilihlah tempat2 mcm ni..yg takde unsur2 syirik..yg tak cakap.."org depan rumah,kiri rumah atau belakang rumah yg hantar benda.."

  23. Nampaknya JM perlu try di sni pulak utk buat rawatan ringankan JODOH 🙂

  24. Assalammualaikum… khir,

    bagus perkongsian nie.. khir. Sebelum nie mselim3 pernah mencuba rawatan darulsyifa… bagus . Rawatan al-qayyum belum pernah cuba lagi.. insaallah boleh cuba nanti jika memerlukan rawatan alternatif..

    mselim3

  25. Terima kasih diatas pengkongsian bro.. boleh dikongsikan maklumat2 ini kepada kawan2 lain.. 😀

  26. kalau ada masalah boleh la pergi ke sana nanti. good info to share

  27. en khir.. perubatan ni sama tak mcm perubatan islam darushifaq?

  28. Pusat perubatan Islam yang bertauliah semakin banyak menjadi alternatif terbaik buat umat Islam disamping memerangi kepercayaan kpd bomoh dan khurafat.

  29. Info yang sangat menarik….pusat perubatan islam yang pasti bertauliah dan mengikut syariat yang kita kehendaki..

  30. salam assalamuialakum….salam saya erwan,saya nak minta perubatan dan saya cacat pendendengaran…saya pesakit jantung dan kencing manis….saya susah tu hari-hari dalam 2 bulan….saya dari kampung cheras baru…ni numbor tel Erwan 01126624800 dan Husen (ayah) 0166855913

Leave a Comment

CommentLuv badge