Intervensi Parol Primaland Port DicksonPortfolio 

Program Intervensi Parol Di Primaland Port Dickson.

Program Intervensi Parol Di Primaland Port Dickson – Pada hari Sabtu (24/5/2014), telah diadakan program Intervensi Bersama Keluarga, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Primaland Resort & Convention Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program Intervensi Parol bersama keluarga di Primaland, Port Dickson, Parol WPKL
Program Intervensi berteraskan konsep kekeluargaan ini telah dianjurkan oleh Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) yang melibatkan penyertaan ODP, PKW, dan residen Rumah Perantaraan bersama keluarga dan juga kakitangan Parol dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Bermula sekitar 9 pagi, senamrobik menjadi pembuka acara untuk sesi memanas badan dan suai kenal sesama peserta. Ia diikuti dengan sesi santapan ringan sebagai persediaan untuk menghadapi acara-acara sukan kekeluargaan yang akan dilangsungkan bermula jam 10:30 pagi. Sempat juga saya merakam beberapa gambar santai sahabat-sahabat Parol WPKL sebelum acara bermula…
Parol WP Kuala LumpurParol WP Kuala Lumpur
Parol WP Kuala Lumpur

Intervensi Hari Keluarga Parol Di Primaland Port Dickson

Selaras dengan perlaksanaan konsep Penjara Sejahtera oleh Jabatan Penjara Malaysia, program Intervensi seperti ini merupakan kesinambungan daripada konsep tersebut. Ia adalah usaha strategik bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti sebagai tapak sokongan motivasi dan bimbingan lanjutan kepada mereka yang diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan dengan semangat jati diri yang positif.
Program Intervensi Keluarga ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran KP Dato Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Komisioner, Jabatan Penjara Malaysia yang turut serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Program Intervensi Parol bersama keluarga
Gambar beramai-ramai program Intervensi Parol Bersama Keluarga

Gambar Aktiviti Program Intervensi Parol Di Primaland Port Dickson

Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Apa pun sempat juga selit gambar-gambar bergambar… 😀
Kasi selfie sket dengan mem.. 😀
Memang panjang jadinya ruang blog ini, tak ter’upload’ semuanya walaupun banyak lagi sebenarnya gambar-gambar yang ingin ditampilkan buat tatapan maya. Namun, aku selitkan juga beberapa gambar aktiviti-aktiviti yang sempoi dan lagi mencabar… yeah!
Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL.Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Motivator tengah bagi motivasi tu huhu… tarikkk… kasi sentap!!!
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tamat sekitar jam 1 petang. Selesai mengerjakan solat Zohor, aktiviti diteruskan dengan makan tengah hari, ucapan ringkas dan penyampaian hadiah cabutan bertuah sehingga jam 4 petang.
Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Program Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKLProgram Intervensi Parol bersama keluarga, Parol WPKL
Justeru, acara-acara yang diketengahkan dalam program ini sebenarnya menitikberatkan aspek motivasi keyakinan diri yang diterapkan secara santai, meriah serta penuh dengan semangat kerjasama berkumpulan, silaturrahim persaudaraan serta sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan.
Semoga ia bermanfaat kepada semua yang terlibat samaada ODP, PKW, residen Rumah Perantaran, keluarga dan kakitangan termasuk juga kepada anda, sahabat pembaca yang dihormati sekelian.
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

64 Thoughts to “Program Intervensi Parol Di Primaland Port Dickson.”

  1. seronok aktiiti macam ni..sukaneka tu buat kita sihat dan happy..selain mengeratkan silaturrahim..

    1. Alhamdulillah Mar… mmg menyeronokkan.. 🙂

  2. sukaneka!sekarang ni mcm jarang nampak sukaneka2 mcm tu..join apatah lagi mmg xde dah..seronok kalau ada hari keluarga..

    1. Hahaa.. mmg betul Niesa. Jarang dpt main aktiviti2 yg mcm ni kan.. mmg menyeronokkan.. 🙂

  3. Wow meriahnya program intervensi nie :))

    1. Mmg meria Zumal… berbaloi klu penat pun.. 😀

  4. seronoknya aktiviti riadah camni, disamping untuk kesihatan tapi untuk merapatkan silaturahim. 🙂

    1. Mmg betul Ija.. sihat & menambah keakraban antara satu sama lain.. 🙂

  5. aishhh seronoknya ada sukaneka..elok la ada aktiviti spt nie kan..dpt mengeratkan silaturahim..lya menabung cne 🙂

    1. Mmg seronok Lya… meriah.. T kasih.. 🙂

  6. Seronok dapat join family day ni. Dapat eratkan hubungan silatulrahim sesama staf.

    1. Betul tu Sylarius.. dpt kenal ramai org juga.. 🙂

  7. seronok nyer.. tu memancing apa dlm botol tu? huhuhuhu..

    1. Hehee.. memancing udang huhu.. 😀

  8. Aktiviti pengisian yang santai dan menyeronokkan. Terutama bila ada acara sukaneka…memang meriah dan menghiburkan! Semoga program ini mencapai matlamatnya.

    1. Mmg menghiburkan BM.. mudah2an tercapai matlamat dgn jayanya.. aamiin.. 🙂

  9. bestnya…betul2 mengeratkan silaturahim.. apa yang penting semua had fun… klik whisper!!!

    1. Alhamdulillah.. mmg betul. Seronok & berkenal2 menambah & merapatkan silaturrahim.. T kasih Naniey.. 🙂

  10. best program macam ni. dapat eratkan silaturrahim sesama kita

    1. Alhamdulillah mmg betul tu Ainim.. mmg menghiburkan.. 😀

    1. Wkmmsslm Cik Itah.. mmg meriah & menghiburkan.. 😀

    1. Mmg meriah Hanisah.. 🙂 🙂

  11. Program2 begini memang best jika involvekan keluarga… secara tak langsung dapat merapatkan lagi ukhwah… Banyak hadiah2 dan Cantik lah warna baju tshirt tu… Lavender… 😀

    1. Mmg betul tu idah.. merapatkan lagi hubungan yg terjalin & menambah kenalan baru.. ermm warna baju tu mmg menawan.. 😀

  12. salam bro khir..
    menarik aktiviti dan game yg dijalankan
    sambil btukar idea dan pandangan
    dpt mengeratkan silaraturahim..

    1. Wkmmsslm bro Sobri… mmg betul tu. Bnyk kebaikan yg diperolehi secara santai & tak membebankan minda… 🙂

  13. wah.. seronok je mama tengok.. happening..

    1. Mmg happening mama.. mcm2 ragam smpai yg menggelikan perut ketawa pun ada hahaa.. 😀

  14. Program kekeluargaan yang bagus bro…. penuh dgn aktiviti dan merapatkan lagi silaturahim…..dah lama tak gi family day ni…ekekekekekekeke… 😀

    1. Mmg betul bro Sham.. santai2 smbil mencerna ilmu & merapatkan silaturrahim.. mmg syok.. 😀

  15. seronoknya tengok gambar2 yang dikongsikan… semua orang pon sporting untuk join.. memang sempoi lah semua orang yang datang hari tuu….

    1. Mmg sporting.. mcm2 ragam yg kelakar pun ada Cheq Eem.. 😀

  16. Meriah…good for everyone!!!

    Whisper & Libresse untuk khir..

    1. Mmg meriah.. Thanks Raudzah.. 😀

  17. menarik… meriah dan santai. Banyak betul gambar, biasa lah kalau program menarik…

    1. Mmg meriah chegu zam.. gmbr pun bnyk yg tak dpt nk dimasukkan.. bnyk sgt.. 😀

  18. nampak meriahlah en khir, rasa cam nak join sama…hehe
    tapi aktiflah parol ni ye. ada aje aktiviti

    1. Hahaa… mmg seronok & alhamdulillah, mmg sentiasa aktif utk kebaikan msykt.. 🙂

  19. meriah sungguh tu Khir…tuju botol guna kelapa pun ada..hehehe…selfie separuh muka pun ada..hehehe..mesti seronok..

    1. Hahaa… mcm2 ader sis Noe.. 😀

    1. Mmg meriah kak Lynn.. seronok.. 😀

  20. syoknya hari keluarga nie…lama dah tak join mana2 aktiviti hari keluarga…biasanya, at end of the day kita akan penat tapi merasa puas dengan aktiviti yang dijalankan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Betul tu bro Strider.. penat tp berbaloi… mmg menyeronokkan.. 😀

  21. pergh meriahnya aktiviti kekeluargaan mcm ni..

    1. Mmg meriah Jie.. seronok.. 😀

  22. Family daylah ni yeh….
    Ohhh….. ingat dulu dulu masa kerja memang seronok bila company buat Family Day…paling best zaman anak sorang le….Family day mesti bermalam kat resort….lepas tu day trip jer…

    1. Hahaa.. bila anak dah ramai mmg bertambah2 ragam ye.. mmg seronokkan sekali sekala buat aktiviti2 santai mcm ni Hainom.. 😀

  23. sungguh ramai peserta tu … meraih no … awal pagi dpt tackle digi, lactacyd n nestum .

    1. Hahaa.. mmg sgt meriah, ramai dari 5 negeri yg dtg tu.. thanks Vee.. 😀

    1. Mmg meriah Wan.. menarik.. 😀

  24. saya juga di PD 24hb ari tu.. de family day… 🙂

  25. Program yang menarik…..dapat memupukkan ukhwah dan merapatkan silaturrahim……

  26. Nampak menarik program ni…

  27. AvatarAnonymous

    memang menarik dan meriah program ni…banyak gambar khir snap yer?

  28. aktiviti yg sihat n dapat erat silaturahimm…:DD

  29. Bestnyer la aktiviti mcm ni,cn suka progm mcm ni,mmg best!

  30. Wahhhh… Meriah sungguh nampaknye.. aktiviti yang bagus sangat..best!

  31. Lakukanlah yang terbaik untuk anak bangsa kita ya…

Leave a Comment

CommentLuv badge