Cenderahati ‘Vintage’ Daripada Sahabat Lama.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
Kegatalan tangan yang aku alami di hari minggu yang
lalu bukan disebabkan penyakit, tetapi kerana menerima cenderahati dari seorang
sahabat. Terpesona hati, tertawan jiwa, terpikat, lidah kelu tanpa kata… Lama
sebenarnya aku mengidamkan sebuah gitar dengan kemasan warna ala-ala Slash Guns
n’ Roses
ni… gitar ala-ala Santana
Yamaha S600, 1981
Gitar yang aku terima sebagai kenangan persahabatan
daripada pakar gitar vintage, Musbass (MUSBASS Vintage Guitars & Bass Showroom)
sememangnya satu penghargaan… Nostalgia. Mengimbau kenangan di zaman
persekolahan, namun terpisah semuanya mengejar cita dan hala tuju kehidupan
tetapi bertemu semula pada waktu masing-masing telah pun berkeluarga. Ikatan
persahabatan dari usia kanak-kanak dan kini masing-masing telah pun bergelar ‘bapak
budak’.
Gitar jenama Yamaha model S600, keluaran tahun 1981. Sememangnya instrument lama seperti ini mempunyai aura tarikan pesona yang tersendiri. Buatan tahun 1981… aku baru berusia 5 tahun ketika itu. Habis aku belek, luar dalam aku godeh.. aku gosok walaupun dah memang berkilat… “gosok, jangan tak gosok”… 😀
Yamaha S600, 1981
Sambil tu fikiran pun melayang, siapalah pemilik
asal, dimanakah dia sekarang… kayu yang mantap, peralatan eletronik yang padat
berserta berat dan kemasan yang berkualiti. Tak kiralah walau berapa hebat
kualiti, berapa lama atau berapa mahalnya harga gitar-gitar lain yang ada dipasaran, ia
tidak sesekali dapat menandingi nilai pemberian atas nama persahabatan.
Sememangnya ‘priceless’…
Yamaha S600, 1981
Siap pasang string & ready to rock n’ roll.. yeah.. 😀
Aku pahatkan penghargaan ini sebagai coretan kenangan…
sesuatu yang amat berharga buat aku. Thanks bro MUSBASS!!
Anda peminat atau pengumpul gitar dan bass vintage?…. rare?
Jom baca selanjutnya di >>>>>> MUSBASS Vintage Guitar & Bass Showroom.    

Salam Hormat, Salam Berkat.

Related posts

79 Thoughts to “Cenderahati ‘Vintage’ Daripada Sahabat Lama.”

  1. Wah…dapat gitar vintage tu. Hadiah sempena anniversary ker ni…hehehe…Tahniah ☺

    1. Lebih kurang package mcm tulah Fiza hehee.. T kasih.. 😀

  2. perghhhh! cantik memang tak lepas peluang kalau diberikan sebuah, walaupun kiter tak pandai nak petik hehe 😀

    1. Hehee.. mmg betul tu.. mmg tak boleh nak menolak kan.. 😀 😀

  3. yeah..gosok jgn tak gosok biar ia nampak berkilat selalu; sangat bermakna pemberian dari seorang sahabat semoga berkekalan sahabat dunia hingga akhir hayat. Khir bertuahnya badan kau 🙂

    1. Aamiin.. Alhamdulillah… mmg sgt bermakna PCL.. tak dpt diucap dgn kata2.. 🙂 🙂

  4. wah bertuhnya En.khir,…..saya minat ad nk main tapi xpandai..hihihihi

    1. Alhamdulillah.. mmg sgt gembira hehee… nak belajar skrng dah tak susah Ikhwan.. kat youtube pun ada tutorial.. 😀 😀

  5. tahniah en.khir..hadiah yg sangat bermakna punyai sentimental value

    1. Mmg sgt bermakna Lya.. sentimental mmg.. terharu.. sayu.. 🙂 🙂

  6. salam. waa..cantik..untung la dapat hadiahh

    1. Waalaikummussalam Cik Itah… alhamdulillah.. mmg rasa sgt2 beruntung.. syukur.. 🙂 🙂

  7. untungla..siap dapat guitar..vintage lagi.. upload satu lagu tengok…… 🙂 hehe

    1. Hehee.. t kasih Khamsi… bab nak upload lagu tu masih segan lah.. mcm retis jadinya..:D 😀

  8. wowwww… bestnyerrr.. mana nk cari sahabat mcm ni

    1. Betul tu Ain… terharu & sayu saya jadinya… syukur.. 🙂

  9. Hensemnya gitar… Tahniah Yeop ^__^

    1. Hehee.. t kasih Ieta.. 😀

  10. Waaaaaah…best nye gitar tu…tahniah Khir =)

  11. bertuahnya dapat gitar vintage..kalau xpandai main pun boleh buat hiasan..cantik sgt…tapi takkan cik Khir xpandai main kan..hehe

    1. Saya mmg terer main gitar ni Naniey ehem.. mmg seronok main gitar dari bujang lagi.. 😀 😀

  12. bestnya dpt hadiah camni….

    1. Alhamdulillah… mmg best sgt2 msredcheesecake.. t kasih.. 😀

  13. Tengok rupa dia pun dah kagum, belum lagi dengar bunyi gorengan dia lagi. Hahaha

    1. Betul tu Sylarius.. mmg terpesona.. kagum. Goreng pun sodap.. 😀 😀

  14. Wah hadiah guitar vintage tu… Bestnyer :))

    1. Alhamdulillah… mmg best sgt2 Zumal.. 😀 😀

  15. hadiah yang sangat bermakna tu khir..

    1. Mmg sgt2 bermakna Mar… terharu.. priceless.. 🙂

  16. Wah..tahniah2…cantik sangat..

  17. Alamak… jeles nyer aku….hihihihihihi.. dapat gitar si slash ni.. tahniah bro diatas penerima hadiah tu… macam menang award kan…ekekekeke… 😀

    1. Hahaa.. mmg syukur sgt2 bro Sham… lepas ni aku pun nak bela rambut & grooming mcm slash dolu2 lah.. Blogger slash retis huhu.. 😀 😀

  18. Bertuahnya Khir! Dapat cenderahati sebuah gitar!

    p/s: Menanti youtube dari anda, sebuah lagu akustika bersama gitar ini! Boleh kannn 🙂

    1. Alhamdulillah BM.. terharu sgt..
      Hehee bab jadi retis youtube tu masih dlm peringkat segan lagi lah buat masa ni.. tak taulah nanti huhu.. 😀 😀

    1. Betul tu… tinggi nilai sentimental value ni… nostalgia.. 🙂

  19. wah rezeki betul tu…alhamdulillah…persahabatan memang tiada tandingan nilainya

    1. Alhamdulillah cik akak.. mmg tinggi nilainya… terharu & sgt2 menghargainya.. 🙂

  20. Cantiknya gitar en khir..sya tgk bleh la..main x reti.hehe

    1. Boleh belajar slow2 tu Syaz hehee.. T kasih.. 🙂 🙂

  21. wah bro khir bkan ke main hadian yg diterima.. gitar tu… tahniah rezeki 🙂

    1. Alhamdulillah bro Sobri… mmg syukur sgt2.. sgt2 hargai.. 🙂 🙂

  22. ini mmg vintage dan rare…
    nampk klasik betul warna dia..
    beruntung ada sahabat cmtu.

    1. Alhamdulillah Shark.. mmg syukur sgt2.. terharu.. 🙂 🙂

  23. mak aih hadiah gitar tu..gila x untung kan..tahniah bro khir..

    1. Alhamdulillah Niesa.. mmg besar penghargaan ni.. syukur sgt2.. 🙂 🙂

  24. wow bestnya..ala-ala Santana lagi..he..he

    1. Lepas ni nak bela rambut & cari topi mcm santana.. jadi blogger retis ala2 santana pulak huhu.. 😀 😀

  25. wah bestnya…
    mesti tangan kanan yg gatal tu kan…(hihihi)
    macam saya…

    1. Hahaa.. gatal mcm nak kena gegata.. rezeki.. 😀 😀

  26. Seronoknya dapat hadiah… hadiah bulan calang2 plak tue… tu tidur peluk gitar tak? hehehe…

    1. Mmg syukur sgt2 Idah.. seronok & terharu…
      Pss.. jngn cakap kuat2 tidur peluk gitar tu, nnti pn mem dengar dia jeles huhu.. 😀 😀

  27. Wahhh bestnyaaa dapat gitar!! Ena pun teringin nak satu gitar. Tapi siapa nak tolong belikan untuk ena ye. ekekeke

    1. Hahaa.. nntilah, ada rezeki lebih saya belanjalah Aina satu huhu.. 😀 😀

  28. Tanda kenangan dan penghargaan dr seorang sahabat. Beruntung Khir 🙂

    1. Alhamdulillah… syukur sgt2 kak Lynn.. t kasih.. 🙂 🙂

  29. AvatarAnonymous

    wah untunglah…nak satu jugak…. 🙂

    1. Alhamdulillah syukur sgt2… nntilah, klu abg Nuff bagi bonus terlebih2 saya belanja Kathy satu huhu.. 😀 😀

  30. untunglah…dapat cenderahati vintage…bes nya…jgn tidur ngadap gitar ni dah ler..khir…
    sambil menabung di sini 🙂

    1. Hehee.. klu bujang lagi mmg dah buat mcm tu dah sis.. t kasih.. 😀 😀

  31. pergh. gitar tuu.. saya ni main pun x pandai, apatah lagi nk kmpul.. hehehe

    1. Pha Is tangkap moto terus je.. 😀 😀

    2. tu la.. kalau ada banyak duit, nkjugak buat koleksi moto besar.. moto jenis sportbike 1, nakedbike 1, chopper 1, cruiser bike 1, hehehe..

    3. Fuhh.. terbaik tu Pha Is.. 😀

  32. Wooww..Memang best betul dapat hadiah yang macam ni..tahniah en khir

    1. Alhamdulillah.. syukur sgt2.. t kasih Zila.. 🙂 🙂

  33. pergghhh…! manyak syiokkk lah dapat gitar vintage…. mau hari2 dok belek gitar nie….. tahniah khir kerana ada sahabat yg best…. 😀

    1. Mmg manyyaakkk syoook ooo hehee.. Alhamdulillah Cheq Eem.. mmg syukur sgt2.. T kasih.. 😀

  34. aku bukanlah gitaris tapi kalau tak silap aku, gitar macam nie bleh tahan mahalnya bro..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Mmg pun.. tambahan ianya pemberian persahabatan.. mmg bertambah2 mahal hingga tak ternilai gitar yg ni Strider.. 🙂

  35. wah..bestnya hadiah…dah boleh buat lagu satgi nie..

    1. Hehee.. ada yg suggest upload lagu kat youtube & share kat blog lagi Aida… jadi blogger retis nnti klu mcm tu huhu.. 😀 😀

  36. wah dapat gitar tu!
    kat rumah ni pun ada juga, suami punya
    tapi dah alam dia tak main

    1. opps typo *lama bukan alam =)

  37. sesekali upload lah irama giter ni … saya mmg suka dgr . klu rock , lagi ler … hadiah libresse kat sini .

Leave a Comment

CommentLuv badge