Rumah Perantaraan WPKLSosio-Pendidikan 

Rumah Perantaraan WPKL

Rumah Perantaraan (Halfway House) telah dicetuskan dalam makmal pengurangan jenayah (crime lab) dibawah inisiatif program penempatan semula banduan selepas dibebaskan dari tembok penjara. Ia bertujuan memberi ruang kepada bekas banduan insaf untuk mencari tapak baru dalam usaha meneruskan kehidupan sebaik dibebaskan
dari hukuman penjara.
Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan tempat berteduh sementara kepada bekas banduan insaf yang baru dibebaskan dan tiada tempat menetap kerana tiada keluarga, atau disebabkan keluarga enggan menerima mereka kembali akibat daripada kesalahan lampau yang pernah dilakukan.

Fungsi Rumah Perantaraan.

Rumah Perantaraan ini juga berfungsi sebagai “Treatment Facility” dalam usaha mengurangkan kes-kes bekas banduan melakukan jenayah berulang serta mengelakkan dari terjerumus dengan tabiat lama jika kembali kepada rakan-rakan negatif mereka yang dahulu.

Selain itu, ia membantu bekas banduan insaf dalam menyediakan peluang pekerjaan termasuk sokongan kaunseling dan motivasi dalam menangani  masalah “social stigma” apabila tiada keluarga mahupun kelompok masyarakat yang mahu menerima mereka kembali. Mereka tinggal selama tempoh tidak lebih 3 bulan sebelum berpindah ke tempat yang disediakan oleh majikan atau menjalani kehidupan di rumah sendiri dan bekerjaya.

Sesi Motivasi Kerjaya di Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia
Sesi Intervensi Kerjaya : Gambar – Rumah Perantaraan WPKL
Dalam satu sesi mesyuarat bulanan Rumah Perantaraan WPKL yang dihadiri, usaha ini merupakan kerjasama dan penglibatan tiga sektor induk
iaitu pihak kerajaan, sektor swasta dan NGOs untuk kebaikan masyarakat seluruhnya.

Komitmen Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL sebagai pihak yang
bertanggungjawab, dengan sokongan dari NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia termasuk pihak swasta sebagai majikan yang sudi dan mampu menawarkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dilihat sebagai satu strategi pemulihan dan pencegahan luar penjara (after care) yang terbaik dan perlu disokong.

Rumah Perantaraan WPKL, Jabatan Penjara Malaysia.
Sesi Mesyuarat Bulanan Rumah Perantaraan WPKL

Rumah Perantaraan Membuka Ruang Masyarakat Untuk Membantu.

Ia juga membuka ruang kepada pihak swasta berkelayakan agar membantu menggalas dan menyambung tanggungjawab dalam melatih membentuk tenaga kerja tempatan yang masih boleh dipercayai untuk
kebaikan bersama.

Selain itu, daripada perlu menanggung bebanan kos pengurusan tenaga kerja warga asing yang tinggi seperti permit dan penyediaan asrama tempat tinggal, adalah lebih berpatutan jika peluang berserta tempat tinggal itu dibuka kepada insan-insan terpilih yang diberi peluang kedua ini untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.

Justeru, secara tidak langsung kebanjiran pekerja asing ke negara kita beserta anasir-anasir tidak baik yang dibawa masuk bersama dapat dikekang dan dikurangkan. Semoga melalui usaha dan kerjasama ini masyarakat kita dapat hidup dengan lebih sejahtera, harmoni dan diberkati… aamiin.
Artikel yang berkaitan :
***
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
W.P. Kuala Lumpur
.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah
terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

Related posts

78 Thoughts to “Rumah Perantaraan WPKL”

  1. Wah.. Bgus ni… Pendekatan yg sgt baik sbb bekas org kuar dr pnjara ni biasanya perlukan masa nk sesuaikan diri dgn persekitaran luar dlm masyarkat..

    1. Mmg betul tu.. tapak yg baik utk kehidupan mereka & msykt semuanya.

  2. satu alternatif yang begitu baik…membantu mereka semua untuk kembali bersemangat untuk membuka lembaran hidup baru.,..informasi yg berguna En.Khir..:D

    1. Mudah2an membantu mereka utk menjadi insan yg mulia.. t kasih Ikhwan.. 🙂

  3. Wah entry yg bagus ni 🙂

    Mohon singgah awksweetgitu.blogspot.com 🙂

    1. In shaa Allah nnti aku singgah.. t kasih Muhammad Taufiq.. 😀

  4. Menarik Khir..baru tau kewujudan Rumah Perantaraan ni..At least dia orang ada continuous supportkan…

    1. Mmg betul.. mudah2an membantu mereka utk maju dlm kehidupan diatas landasan yg betul.. in shaa Allah.. t kasih Raudzah..

  5. Bagusnya..mmg perlu ada rumah perantaraan ni..sbb tak semua bks banduan di terima oleh keluarga dan masyarakat.

    1. Mmg betul.. bila hati mereka ikhlas utk berubah, kita harus ttp bantu walaupun keluarga & msykt tak menerima mereka.. in shaa Allah diberi jln kebaikan buat mereka semua.. aamiin.. 🙂

  6. Bagus usaha ni. Setiap org ada hak utk diberikan peluang kedua…

    1. Setuju Engku.. sedangkan Nabi ampunkan umat, ini kan kita manusia biasa.. 🙂

  7. Peluang tak datang selalu…pandangan masyarakat harus juga diambil kira…tak semua bolih terima…kewujudan rumah ini sekurang2 memberi semangat baru…

    1. Mudah2an dgn peluang ini, dpt menguatkan hati & jiwa mereka utk ttp berada diatas landasan yg baik selamanya.. aamiin..

  8. Assalamualaikum khir. alhamdullilah. dengan adanya rumah perantaraan ini.. Semoga lebih memberi manfaat buat bekas banduan. in shaa Allah. sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka (",)

    1. Waalaikummussalam Sheila.. in shaa Allah, semoga kita semua juga beroleh keberkatan & kebaikan bersama.. aamiin.. 🙂

  9. semoga menjadi contoh untuk negeri-negeri lain juga.. satu usaha yang baik untuk memberi perlindungan sementara kepada bekas banduan yang baru dibebaskan.. churp2,churp2,landingmy..

    1. Beberapa negeri seluruh Malaysia pun ada juga Aiza, in shaa Allah akan diceritakan lagi nanti jika diizinkan.. in shaa Allah.. T kasih.. 🙂

    2. owh, ye ke.. baru aiza tahu.. tak sabar menanti entri berkenaan rumah perantaraan untuk negeri lain pula.. vip,landing,churp2..

  10. bagus inisiatif ini…. sekurang-kurangnya mereka terbela..

    1. Betul tu Mia.. mudah2an membawa kebaikan. T kasih.. 🙂

  11. Satu langkah yang bagus dan saya rasakan berkesan dari membiarkan bekas banduan ini terkontang kanting yang pastinya membawa kemungkinan besar kembali kelembah kesesatan.

    1. Mmg betul.. ia secara langsung dpt menutup salah satu punca yg membuatkan mereka cenderung utk melakukan jenayah berulang.. t kasih BM..

  12. bagus ada rumah ni.sekurang kurangnya mereka ada hala tuju lepas kluar penjara 🙂

    1. In shaa Allah.. semoga mereka dpt menjadi insan yg berbakti kpd msykt & negara.. aamiin.. 🙂

  13. Alhamdulillah, semoga mereka berjaya menempatkan diri dalam masyarakat sebaiknya 🙂

    1. Semoga kita semua dpt hidup dgn lebih harmoni & sejahtera, in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  14. Banyak jugak insiatif yg dilakukan utk mereka ya..semoga mereka diberikan hidayah utk terus berubah dan diindungi drpd terpengaruh dgn gejala2 negatif..aminnn

    1. Mmg banyak Linda.. inisiatif utk kebaikan mereka & msykt seluruhnya, in shaa Allah.. aamiin..

  15. serius, first time tahu pasal ni.. selalu dengar masalah bila bekas banduan ni keluar dari pnjara, x de orang sanggup terima diorg, buatkan diorang kembli buat keje lama.. kalau ada rumah perantaraan ni, bagus sangat la..

    1. Alhamdulillah Pha Is.. mmg betul, mudah2an dgn inisiatif ini dpt membantu mereka agar ttp berada diatas landasan yg betul. Mudah2an kehidupan kita semua juga bertambah berkat… aamiin. T kasih.. 🙂

  16. bagus ada inisiatif buat macam nie..sekurangnya mereka diberi peluang

    1. Mudah2an peluang yg baik dpt membantu mereka berjaya dlm kehidupan di dunia & akhirat.. aamiin. T kasih Asha.. 🙂

  17. bgus nya ada yg prihatin.. baru terbela nasib mcm ni..

    1. Betul tu Jie.. membela nasib msykt kita utk kebaikan bersama semua.. aamiin..

  18. ini kira transit la kan bro..tempat sementara sebelum diterima masyarakat…

    1. Betul tu bro Fizi.. tapak utk kebaikan kehidupan & masa depan mereka ke arah kebaikan.. 🙂

  19. Alhamdulillah..muga peluang ini tidak disia-siakan oleh mereka…

    1. In shaa Allah kak Nah.. mudah2an.. aamiin..

  20. AvatarAnonymous

    usaha yang baik untuk mereka yang memerlukannya..moga di gunakan dengan sebaiknya…

    1. Betul tu Kathy.. mudah2an membawa kebaikan buat mereka semua.. aamiin..

  21. en khir semangat dalam memberi tunjuk ajar tu.. semoga niat murni anda semua dipermudahkan Allah….. inisiatif yang baik! mama sokong… hihi

    1. Alhamdulillah, t kasih mama.. mudah2an membawa kebaikan buat msykt seluruhnya, in shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  22. first time tahu wujudnya rumah perantaraan ni.. semoga berjaya mencapai matlamat yang ingin dituju.. 🙂

    1. In shaa Allah.. aamiin.. T kasih wawa.. 🙂

  23. rumah perantaraan ni kat belakang Dewan Bahasa tu ke?

    1. Rumah ni terletak di jalan Duta, off Jln Ledang, saudara Modh Azlan.. terletak di kawasan lot perumahan belakang hotel Duta Vista.. 🙂

    1. Inisiatif utk kebaikan msykt seluruhnya Wafi.. in shaa Allah..

  24. bagusla ni…kalau difikirkan banyak kepada efek positif 😉

    1. Mudah2an membawa kebaikan kpd seluruh msykt, in shaa Allah.. t kasih Shiqin.. 🙂

  25. semoga diberkati dan dirahmati selalu..

    1. In shaa Allah.. aamiin.. 🙂

  26. Assalamualaikum..

    menariknya. bagus bila ada tempat begini. sekurang2nya bekas banduan ni ada tempat utk mereka bergantung harap dan mencari peluang baru hidup

    1. Waalaikummussalam Ainim.. mmg betul, mudah2an semangat mereka utk berubah kpd kebaikan ttp teguh selamanya.. aamiin..

  27. x ramai org berani nak ambil bekas banduan bekerja dgn mereka
    dgn ade tempat mcm ni at least they know somebody will support them kan

    1. Betul tu Syazana.. mudah2an lebih ramai lagi dlm msykt kita yg sudi membantu utk kebaikan bersama semua.. in shaa Allah..

  28. tanpa usaha yg murni sebegini sape la merekakan
    kita perlu membantu org2 yg dlm kesusahan…
    thanks bg info yg semurni ini

    1. Membantu mereka ke arah kebaikan.. in shaa Allah, Haslinda.. t kasih..

  29. owh..ini baru aku tahu..so sebenarnya tiada alasan laa bagi bekas banduan untuk berkelakuan baik sebab sementara dorang nak survive rupanya ada tempat berlindung..aku pernah dengar kes banduan yang ditangkap melakukan jenayah menggunakan alasan tiada tempat berlindung selain daripada untuk menyara hidup sementara menunggu mendapat pekerjaan yang sah…

    Regards,
    -Strider-

    1. Pokok pangkal atas hati kan Strider.. klu nak berubah, apa jua pun akan diusahakan.. klu hati dah mmg tak nak berubah, apa pun semua tak boleh.. no road & no jalan… wallahualam.. 🙂

  30. amin..alhdulilah.. bgus usaha ni bro khir.. insentif yg dilakukan..
    suka saya membacanya.. 🙂

    1. Alhamdulillah.. t kasih bro Sobri.. 🙂

  31. Mulia sungguh usaha saudara Khir… saya betul2 respek… bukan semua org sanggup berkhidmat demi masyarakat…. gud job bro…. 😀

    1. Sekadar berkongsi info kebaikan & sekadar membantu utk kebaikan diri dan semua.. in shaa Allah.. Alhamdulillah.. t kasih saudara Sham.. 🙂

  32. makin lama makin banyak perkara baru yang saya perolehi dari blog khir…. suka sangat… terima kasih berkongsi cerita.. kalau ada kongsi lagi yea… hehe.. 🙂

    1. In shaa Allah Cheq Eem.. alhamdulillah.. T kasih kembali.. 🙂

  33. Inisiatif yg amat bagus dalam membantu bekas2 banduan untuk membiasakan diri dengan masyarakat luar…

    1. In shaa Allah.. mudah2an dipermudahkan jalan buat mereka utk meneruskan kehidupan.. t kasih Noe.. 🙂

  34. Alhamdulillah..satu usaha yang boleh dibanggakan..pndekatan efektif… In Shaa Allah..

    1. Alhamdulillah.. t kasih Abak… 🙂

  35. macam best je keje mcam en.khir neh…

    1. Sekadar menyumbang utk kebaikan bersama semua je.. t kasih Naniey.. 🙂

  36. Fungsi Rumah Perantaraan ini memang bagus dan perlu dikekalkan… apabila mereka keluar dari pusat pemulihan.. sokongan yang berterusan amat diperlukan oleh golongan ini… untuk mengelakkan mereka kembali kepada kehidupan lama mereka…

    1. Mmg betul tu.. sekurang2nya ada tapak utk membantu mereka kembali memulakan kehidupan di didlm msykt dgn sebaik2nya.. t kasih acik idah.. 🙂

  37. wahhh…menarik..xsangka dengan kewujudan rumah kebajikan utk bekas2 banduan nih..semoga lebih ramai lg pihak2 NGO memberi bantuan utk membantu mereka2 ni..harap rumah ni dikekalkan ataupun ditambah bilangannya..InshaAllah..

    1. In shaa Allah.. mudah2an Niesa.. t kasih.. 🙂

  38. Inilah satu usaha yang baik yang banyak pihak yang tidak sedar. Tahniah, Tuan Khir. Moga apa-apa yang dikongsikan bermanfaat untuk mereka.

Leave a Comment

CommentLuv badge