Perintah Kehadiran Wajib (PKW)Sosio-Pendidikan 

Perintah Kehadiran Wajib (PKW)

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) merupakah satu hukuman yang termaktub dalam perundangan negara Malaysia dibawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Menurut sumber Jabatan Penjara Malaysia;
“PKW adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan “kerja wajib” tanpa menjejaskan kehidupan hariannya.”
Dalam erti kata lainnya, PKW adalah perintah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pesalah tanpa mereka perlu menjalani hukuman penjara. Sebaliknya pesalah diwajibkan hadir pada setiap hari di pusat kehadiran yang diperintahkan untuk menjalani hukuman “kerja wajib” untuk tempoh tidak lebih 3 bulan dan bagi bilangan jam tertentu tidak melebihi 4 jam setiap hari.
Kredit Gambar : Jabatan Penjara Malaysia

PKW – Alternatif Kepada Hukuman Penjara

Pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dipanggil Pesalah Kehadiran Wajib. Mereka tergolong pesalah yang terlibat dengan kesalahan ringan kali pertama seperti mencuri di pasaraya dalam jumlah yang kecil, merempit tanpa lesen dan yang seumpamanya. Mereka diperintahkan menjalani hukuman dalam keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat.
Pesalah ini diletakkan dibawah penjagaan Pegawai Pusat Kehadiran Wajib, Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Sekiranya pesalah melanggar perintah pensyaratan sewaktu menjalani hukuman, mereka boleh disabitkan dengan kesalahan ‘melanggar perintah’ yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

PKW – Hukuman Dan Pemulihan Dalam Masyarakat

Kredit Gambar : Parol WPKL
Melalui hukuman Perintah Kehadiran Wajib ini, pesalah diwajibkan untuk
melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan (community services) tertentu seperti
membersihkan masjid atau tempat-tempat ibadah bagi yang bukan beragama Islam,
balai raya, pusara perkuburan dan sebagainya. Mereka juga diwajibkan untuk
mengikuti kursus pengajaran yang diperuntukkan serta terlibat dalam
aktiviti-aktiviti program komuniti seperti bersama anak yatim dan asnaf
atau ceramah-ceramah agama dan kesedaran sosial yang dianjurkan agar mereka  menginsafi untuk tidak mengulangi kesalahan
lagi.
Perintah Kehadiran Wajib (PKW) merupakan proses pemulihan dalam komuniti demi menyuntik keinsafan kepada pesalah, serta hubungkait tanggungjawabnya terhadap nilai kekeluargaan dan hidup bermasyarakat.
Dengan melibatkan komuniti sebagai satu kumpulan sokongan pemulihan dan pencegahan, Pesalah Kehadiran Wajib diberi peluang untuk berubah demi kebaikan kehidupan mereka. Namun jika mereka masih sanggup mengulangi kesalahan lagi, maka penjaralah tempat yang sebaik-baiknya untuk mereka belajar mengenal erti keinsafan…
Entri yang berkaitan > Orang Di Parol (ODP)

Related posts

67 Thoughts to “Perintah Kehadiran Wajib (PKW)”

  1. wah baru tau ni bang, thanks for sharing, bertambah lagi ilmu pengetahuan saya… ^_^

    1. Alhamdulillah.. T kasih Farah.. 🙂

  2. bagus juga mereka perkenalkan cara ni..at least boleh mendisiplinkan mereka yang terlibat..

    1. Betul tu Aida.. sekurang2nya ada peluang buat mereka sblum nasi menjadi bubur…

  3. menarik ada aktiviti mcm nie kan..dpt mendisiplinkan diri..kli2 inti,visa & british council

    1. Betul tu.. dpt menyuntik kesedaran & keinsafan juga.. t kasih Asha.. 🙂

  4. teringat dulu kes penyanyi Faizal Tahir yang di suruh melakukan kerja community service.. sama macam yang ini saudara khir?

    1. Saya tak berapa pasti ttg kesnya tu, tak berapa ingat. Tapi klu kes2 yg melibatkan pertelagahan atau pergaduhan juga ada memungkinkan kpd hukuman sebegini.
      Klu terma "community service" dlm penghakiman mmg akan yg mcm nilah Cheq Eem.. 🙂

    2. dulu FT tu sebab bukak baju masa konsert… pastu jadi isu dan terus dikenakan hukuman.. 3 bulan dia kena buat community service.. hehe….

  5. Baru tahu pasal ni. Thanks for sharing En Khir

    1. Alhamdulillah.. thanks juga Fidah..

  6. thanks for info En.Khir 🙂

  7. tumpang tanya boleh tak?? En. Khir banyak post berkenaan dengan penjara… en.khir nie kerja jabatan penjara ke??hehe

    1. Tak juga Naniey.. saya bnyk terlibat dlm aktiviti2 & event sosial, juga sbg penceramah motivasi & kesedaran sosial utk badan bebas. Kdg2 bergerak secara solo bersama2 NGO's yg berkaitan sbg aktivis sosial.
      Isu berkaitan penjara juga adalah salah satu perkongsian saya dgn bantuan & sokongan Parol & perkhidmatan komuniti WPKL & Jabatan Penjara Malaysia utk pengetahuan bersama.
      Boleh rujuk profil saya di ruang bawah header blog hehee..:D

    2. akekke..selama ni duk baca entry je..tak belek2 profil penulis… mula2 dah agak yang En. Khir aktivis sosial..hiii…

    3. Hehee.. biasalah tu… t kasih Naniey sbb sudi baca.. salam ukhwah.. 🙂

  8. Assalammualaikum…khir,

    khir byk pengalaman dan entry semua pasal penjara..

    pertanyaan :

    khir apa sebab tahanan ynag akan dilepaskan dibolehkan buat kerja2 macam berkerja di kedai2 yg berhampiran dgn penjara, tak risau ker banduan lari. Sebb kat penjara air molek ada kes begini.. adakah ini satu pendedahan sebelum banduan di bebaskan…

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim3;

      Mmg ini adalah salah satu fasa peringkat pemulihan dlm menjalani hukuman, dimana hanya banduan yg layak berdasarkan prestasi yg baik sepanjang melalui program pemulihan penghuni penjara shj diberi peluang utk bekerja di luar tembok sbg banduan Pra-Bebas. Ia merupakan salah satu proses mengintegrasi mereka kpd msykt sblum dibebaskan.
      Tidak semua banduan tu kesnya sama & untuk kes2 yg berat mmg tak dpt peluang sebegini. Namun, peratus kejadian pun sebenarnya tak banyak yg buruk berlaku jika diukur dgn yg berjaya pulih.. tetapi sbb ianya isu banduan, dari 10 banduan, klu 1 yang gagal tu memberikan kesan yg sungguh besar memadamkan peratus 9 kejayaan yg lain.. sayangnya pula, kebanyakan yg berjaya tidak mahu tampil dikhalayak ramai kerana stigma msykt yg masih kuat terhadap bekas banduan. Itulah antara tanggungjawab & cabaran kpd anggota kakitangan penjara & ngo2 yg terlibat. Pemahaman dari msykt juga amat perlu. T kasih MSelim3.. 🙂

  9. Denda-denda macam ni perlu dilaksanakan dengan lebih tegas supaya dapat mendidik masyarakat. Ada kalanya, hukuman berbentuk didikan sebegini lebih berkesan.

    1. Mmg betul.. hukuman sebegini dpt memberi kesedaran kpd mereka ttg nilai erti kehidupan yg sebenar agar mereka faham & insaf utk tidak melakukan kesalahan yg lebih teruk lagi.

  10. baru aiza tahu mengenai perintah kehadiran wajib (PKW) ini.. maksudnya mereka tiada rekod buruk masuk ke penjara la kan? churp2,speedanalysis,landingmy..

    1. Tepat sekali Aiza.. hukuman ini memberi mereka peluang utk berubah sementara masih tiada rekod buruk dipenjarakan.. t kasih Aiza.. 🙂

  11. hari itu ada ternampak org pakai vest PKW.. tak tahu pula ianya perintah kehadiran wajib.. baru la dapat tahu nie.. terima kasih ya tuan khir.. 🙂

    1. Hah.. betullah tu hehee.. T kasih kembali MC.. 🙂

  12. Owh… Bru tahu… Nice info..

  13. bagus jugak kan aktiviti mcm ni. memberi manfaat pd masyarakat. pd masa yg sm mengajar banduan erti tggjwb. x la asyik dlm penjara. mungkin dgn aktiviti mcm ni menyuntik sesuatu positif dlm diri mereka. menghargai kehidupan selepas keluar dri penjara. dlm penjara itu sendiri byk memberi kesedaran pd mereka. moga semua masyarakat sama2 memberi sokongan buat mereka yg keluar dri penjara.

    1. Oh.. mereka tak dipanggil banduan & tidak dikenakan hukuman penjara.. cuma diwajibkan kpd mereka utk hadir bagi kerja2 kemasyarakatan dlm tempoh waktu yg telah ditetapkan. Dgn penglibatan bersama komuniti, mudah2an mereka cepat sedar & insaf sebelum terlambat…

  14. bagus jugak aktiviti seperti ini.. dan acik baru tahu tentang akta tersebut

    1. Alhamdulillah.. t kasih Acik.. 🙂

  15. aktiviti sihat. bagus macam ni… masyarat lain juga harus ambil kisah tentang semua ini..

    1. Mmg betul tu Mar.. sokongan msykt mmg membantu agar mereka insaf & sedar sebelum terlambat…

    1. Alhamdulillah… t kasih saudara Khairuddin.. 🙂

  16. Oooo macam tu ya..Thanks Khir for info..ramai ke bilangan dia orang ni & normally dia orang kena serve berpa lama khir?

    1. Bolehlah nak dikatakan ramai juga Raudzah, & kebanyakkannya adalah remaja.. tempoh hukuman bergantung pada mahkamah atas fakta kesalahan masing2 & normally 3 bulan, 4 jam sehari.. wajib..

  17. thanks for sharing…bertambah2 lagi ilmu.. 🙂

  18. kalau kat dalam filem barat, pernah tengok denda yg macam ni. tapi, filem kat malaysia x de lagi yg berani buat pendedahan pasal PKW ni.. sama macam kes ODP tu la.. x pernah nmpak lagi hal ni didedahkan dalam bntuk cerita dan filem. so, sebelum saya baca blog ni, mesti saya igt kat malaysia x de lagi bnda ni, kat barat je ada..

    1. Betul tu Pha Is.. negara kita pun dah ada cuma mmg ramai yg tak tahu… PKW ni mengingatkan saya pada kes Wynona Ryder, aktres Hollywood yg dikenakan perintah 'community service' kerana mencuri di sebuah pasaraya hahaa.. perintah tu samalah dgn PKW di sini cuma pengisiannya berbeza mengikut agama & budaya kita. 🙂

    2. yup.. tahniah dan syabas saudara khir kerana berjaya menjadi medium menyebarkan perkembangan dalam institusi penjara di malaysia yang ramai lagi rakyat malaysia tak tahu yang sistem penjara kita kini bukan hanya sekadar mengurung penjenayah..

    3. Alhamdulillah saudara Pha Is, perkara2 sebegini mmg kita patut tahu… sekurang2nya ada yg kita boleh jadikan iktibar pengajaran & mungkin juga ada yg kita boleh bantu dari pengetahuan yg ada utk kebaikan diri & msykt sekeliling juga… t kasih.. 🙂

  19. terima kasih atas pkongsia…ini pun ptama kali saya mdegar printah arahan ptama.. maknaya utk kesalahan kecil.. mencuri di pasaraya..memandu tanpa lesen…mcm klau kat oversea.. like kes celebrity memandu mabuk..kena kidmat masyarat….terima kasih ats pkongsian ..

    1. Tepat sekali bro Sobri… alhamdulillah, t kasih kembali.. 🙂

  20. semoga dengan kerja kommunity servie dapat meningkat kesedaran kepada mereka.

    1. Betul tu Bahrain.. in shaa Allah, mudah2an mereka insaf sblum terlambat…

    1. Alhamdulillah… t kasih Jie.. 🙂

  21. oh! bagus lah kan… mama pun baru faham… kalau tak diceritakan , mana mungkin kita semua faham…

    1. Alhamdulillah.. t kasih mama.. 🙂

  22. oh ada yang benda gitu dekat MALAYSIA ingat dekat oversea aje
    ketinggalan sungguh saya, terima kasih tuk maklumat ni

    kesalahan macamana yang akan dikena PKW ni
    menarik juga untuk difahami

    1. Bergantung kpd mahkamah juga yana.. tp kebiasaannya kes2 kecil yg tetapi boleh dikatakan serius juga spt bergaduh, lumba haram, mencuri dan yg sewaktu dgnnya. Biasanya utk kesalahan kali pertama utk memberi peluang kpd mereka utk berubah tanpa dikenakan hukuman penjara… 🙂

  23. AvatarAnonymous

    hmm…banyak perkongsian menarik dari khir..kathy sarankan khir pasang widget 'search' kat blog khir agar mudah kathy nak cari entri lama khir buat rujukan.ada entri khir yang kathy nak baca balik tapi kathy dah tak jumpa..huhuhu..hanya sekadar pendapat dari kathy..

    1. T kasih Kathy atas nasihat tu.. mmg amat2 membantu. Saya dah pasang, harap2 memudahkan semuanya.. 🙂

  24. thanks for info nie bro..semenjak baca blog ko nie macam2 ilmu pasal correctional bodies yang dapat aku belajar..memang lain dari yang lain blog ko nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Hehee.. alhamdulillah.. T kasih Strider.. 😀

  25. Salam saudara Khir…baru dpt nak BW skrg ni… asik bz jer… menarik jugak pengkongsian entri ini..klu tak salah kat Luar Negara pun dah ada hukuman camni…drg panggil "Community Service" rasanya bagi kesalahan2 ringan… kadang2 bg kesalahan yg kecil elok jugak bg hukuman begini, biar drg sedar dan boleh berkhidmat kepada masyarakat dan elakkan drpd mengulang kesalahan. 😀

    1. Tepat sekali saudara Sham.. mudah2an mereka yg terlibat dpt sedar & tidak mengulangi kesalahan lagi sebelum segalanya terlambat.. t kasih.. 🙂

  26. Baru Nurul tau adanya PKW ni.. ingatkan semuanya masuk penjara. Alhamdulillah, mereka yang terlibat diberi kesempatan untuk berubah tanpa rekod buruk dipenjarakan.

    1. Betul tu Nurul.. semoga mereka sedar sblum terlewat… 🙂

  27. Ehh..tak sangka kan ada jugak hukuman mcm ni…tp bgus jugak la…bg peluang kat dia org utk berubah…thanks for sharing bro khir…

    1. Mudah2an mereka insaf.. welcome Niesa.. 🙂

  28. Bagus juga hukuman begini ya. Selain menjalani hukuman, dapatlah buat kerja amal.

    1. Betul tu.. harap2 dpt membuka mata & jiwa mereka utk insaf, lebih prihatin & bersyukur dgn kehidupan ini…

  29. ooo ada juga hukuman macam ni…thx for the info khir…ingatkan kat org putih je ada hukuman mcm ni…kt negara kita pun ada upanya..

  30. Thanks for the info. Cara penulisan yang simple dan mudah difahami.

Leave a Comment

CommentLuv badge