Seni itu…

Aku menghargai seni… seluruh unsur kesenian.
Walau pun penghargaan ku tidak sebesar penggiat seni mahsyur,
Namun ingin aku coretkan puisi luahan hati tentang keindahan seni itu dari ilusi diri ini.
Seni tiada rupa, tetapi boleh dilihat juga dirasa.. nikmat.
Seni sebagai pemanis kehidupan, tarikan cinta, pelengkap bahagia dan jalan dakwah.
Aku persembahkan puisi ringkas moga terbit rasa syukur kita kehadratNya.

————————–
Seni itu…

Seni..
Ilusi bukan mimpi
Gelora jiwa obsesi hati
Seloka akal ekspresi diri

Seni..
Semerbak seakan mewangi
Tanpa wujud seakan mati
Terkubur ilham terkalut realiti

Seni..
Rentak berlagu merangsang jasmani
Tinta kata warna melentur rohani
Citra rasa luahan insani
Ilham karya anugerah illahi.

————————

Dengan seni, aku berusaha untuk belajar mengenal isi alam.. “melihat dengan mata hati, mendengar dengan irama warna dan berkata dengan suara jiwa”… mengupas seluruh yang tersirat disebalik yang tersurat.
Mensyukuri nikmat karya, ilham kurniaan Yang Maha Pencipta.

Seni & Ilusi : Dalam muka ada rupa, Dalam rupa ada kata.
*Sekadar gambar hiasan dlm mengupas kemanisan seni.
Salam Sejahtera Salam berkat.
– Khir Khalid

Related posts

6 Thoughts to “Seni itu…”

  1. AvatarAnonymous

    Sesungguhnya seni itu satu obsessi.. puisi yg ada jiwanya.

  2. susah nak hadam..tp seni nie memang puitis..terima kasih..teruskan perjuangan anda dlm seni..semoga ia memberi keindahan pada bahasa..:-)

  3. seni~~seni~~engkaulah…ratu hatiku~~~

  4. seni itu unik,yang unik itu istimewa kan KK 🙂

  5. seni itu mmg indah … pening gak nak memikir maksud puisi tu …

Leave a Comment

CommentLuv badge