Dua Kosong Satu Tiga

Dua Kosong Satu Tiga Ku atur siasah rangkaian nyawa Ku himpun jejak karya cipta Menyatu rumpun jiwa dan raga Dua Kosong Satu Tiga Antara kerjaya dan penglipur lara Semarak hasrat mengasah cita Luahan kasih semesta maya Dua Kosong Satu Tiga Detik berganti deras berlari Muncul pergi tiada dirasa Hanya memori setia disisi  Dua Kosong Satu Tiga Lembaran baru suara tinta Moga tiada timbul sengketa Agar hidup bertambah jaya Dua Kosong Satu Tiga Rentak irama rona dan warna Moga usaha terlewat tiada Kehadrat Illahi ku serah segalanya -Khir Khalid Khir KhalidSeorang…

Read More