Antara Alif dan Ya

Antara Alif dan Ya… Antara bait dan nada Antara lembaran dan tinta Lensa mata panorama minda Pelali jasad penenang jiwa Sesungguhnya insan itu dicipta Asal paksi unsur yg sama Iktikad latar dasar berbeza Di atas saf wujud saksama Antara Alif dan Ya… Bacalah, bacalah dan bacalah Menyelam maksud tulus hamba Hakikat Luh Mahfuz merungkai salasilah Rahsia ruh kudus terbela dijaga Amaran mereka yang mungkar angkuh Peringatan rahmat bagi yang alpa Antara Alif dan Ya… Perantara Jibril cahaya semesta Perjuangan Rasul dan khalifah dunia Kiblat panduan nafas manusia Hikmah siasah Maha…

Read More

Seni itu…

Aku menghargai seni… seluruh unsur kesenian. Walau pun penghargaan ku tidak sebesar penggiat seni mahsyur, Namun ingin aku coretkan puisi luahan hati tentang keindahan seni itu dari ilusi diri ini. Seni tiada rupa, tetapi boleh dilihat juga dirasa.. nikmat. Seni sebagai pemanis kehidupan, tarikan cinta, pelengkap bahagia dan jalan dakwah. Aku persembahkan puisi ringkas moga terbit rasa syukur kita kehadratNya. ————————– Seni itu… Seni.. Ilusi bukan mimpi Gelora jiwa obsesi hati Seloka akal ekspresi diri Seni.. Semerbak seakan mewangi Tanpa wujud seakan mati Terkubur ilham terkalut realiti Seni.. Rentak berlagu…

Read More

Prakata Pembuka Langkah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian tertentu kepada Allah swt yang sesuai dengan Kebesaran dan KeagunganNya aku persembahkan hanya untukNya, Tuhan Pemilik dan Pencipta, Penguasa dan Penyelia seluruh alam serta sekelian makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kepada kaum keluarganya, para sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah ke hari kiamat. Serendah hati, aku merafakkan kesyukuran kehadrat Allah swt diatas ilham, izin dan limpah kurniaNya sehingga dapat aku hasilkan laman ‘Karya ekspresi ilusi’ ini. Bukanlah aku pengkarya agung, bukanlah…

Read More