10 pasaraya dan pembekal runcit di Selangor

10 Pasaraya Dan Pembekal Dengan Servis Penghantaran Di Selangor – Perintah Kawalan Pergerakan telah mengubah pilihan gaya hidup kita dalam membeli barang keperluan. Kerjasama semua untuk duduk di rumah amat penting bagi membantu menghentikan wabak dari terus merebak.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana hanya dengan satu klik sahaja, anda dapat membeli apa sahaja yang diperlukan secara atas talian. Di sini saya sediakan senarai 10 pasaraya dan pembekal barangan runcit yang menyediakan servis penghantaran di Selangor.

10 Pasaraya Dan Pembekal Dengan Servis Penghantaran

1. Tesco
Tesco adalah rangkaian pasaraya besar di Malaysia. Ia menyenaraikan pelbagai pilihan barangan runcit di laman sesawang mereka di https://eshop.tesco.com.my/groceries/. Terdapat pelbagai promosi menarik yang anda pasti tidak mahu ketinggalan.

2. Mydin
Mydin kini menyediakan pembelian barangan runcit atas talian. Anda boleh memilih sama ada mengambil barang pembelian di pasaraya terdekat atau barangan dihantar terus ke rumah. Layari https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore, untuk segala maklumat, promosi, barangan dan jenama terlaris.

3. Mygroser
Mygroser mempunyai pekerja terlatih khas bagi penghantaran barang pembelian ke rumah. Anda boleh mengimbas produk-produk pilihan dengan melayari laman web Mygroser.com untuk produk segar dan berkualiti.

4. BMS Organic
Terkenal dengan barangan organik, BMS Organic menggalakkan anda mengamalkan cara permakanan sihat. Ambil peluang berada di rumah ini untuk pilihan hidup sihat dengan pembelian produk-produk organik di https://www.bmsorganics.com/

5. Happy Fresh
Happy Fresh adalah antara ‘personal shopper’ terbaik di Malaysia. Ia membantu pembelian barangan di pasaraya pilihan anda dan penghantaran terus ke rumah. Anda hanya perlu melayari  https://www.happyfresh.my/ dan klik pada butang daftar.

6. Signature Market
Signature Market memudahkan anda mendapatkan pelbagai jenis produk berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Ia turut menawarkan perkhidmatan pembelian atas talian 24 jam. Anda boleh membuat pembelian bila-bila masa sahaja.

7. Bigbox Asia
Anda kini boleh mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah bersama tawaran-tawaran hebat di https://www.bigboxasia.com/. Buatlah pesanan sementara stok masih ada. Percayalah, anda pasti tidak mahu ketinggalan.

8. Potboy
Membeli barangan runcit atas talian tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan Potboy di https://potboy.com.my/. Selain promosi pada harga terbaik, barangan pembelian juga dihantar ke rumah secara percuma.

9. Organik Express
Organic Express adalah pembekal barangan runcit bahan-bahan segar. Antara barangan yang menarik adalah seperti Organic box dan Stay @ Home Hearty Snack Box, yang terdiri daripada makanan ringan sihat terbaik sepanjang tempoh MCO ini.

10. Jaya Grocer
Pilihan tepat sekiranya anda mencari produk makanan yang diimport atau tempatan terbaik untuk keperluan setiap hari. Barangan runcit boleh dihantar terus ke rumah. Jaya Grocer menjadikan pembelian atas talian lebih mudah di laman web atau memuat turun aplikasi di telefon pintar.

10 Pasaraya Dan Pembekal Di Selangor Dengan Servis Penghantaran

Pengalaman Membeli Belah Atas Talian Terbaik

Berada di rumah menghadkan segala pergerakan untuk melakukan banyak perkara termasuk membeli barangan dapur di kedai mahupun di pasaraya secara bebas.

Tetapi anda sebenarnya masih boleh membuat pembelian di atas talian yang menjimatkan masa dan tenaga dengan pilihan 10 pasaraya dan pembekal runcit di Selangor dengan servis penghantaran ini.

Ambillah peluang ini untuk menghabiskan masa dengan orang-orang tersayang di rumah. Kini pembelian barangan keperluan menjadi lebih mudah dengan pengalaman membeli belah atas talian yang terbaik.

Sebarang info lanjut, sila layari laman rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca lagi: Aspirasi Bekerja Dari Rumah Dalam Tempoh PKP

5 Thoughts to “10 Pasaraya Dan Pembekal Dengan Servis Penghantaran Di Selangor”

  1. untuk safety terbaik memang stay at at home COD je Alhamdulillah banyak pasar raya yang buat seperti jadi senang je delivery kebutuhan sehari-hari, semoga sehat juga en Khir Khalid
    Munir Ardi recently posted…Membuat Bola Coklat Biskuit MarieMy Profile

  2. Amat memudahkan urusan mendapatkan bekalan keperluan sepanjang PKP

  3. Urusan jual beli keperluan harian terutamanya barang dapaur ni sangat memudahkan cara.Mengurangkan kerisauan juga sebenarnya.Alhamdulillah.

  4. mudah juga ada banyak pasaraya yang boleh hantar barang yang kita beli sampai ke rumah..kat Skudai ni, Tesco dah full sampai hujung bulan, prof saya kata..dia baru je nak order barang dapur dalam seminggu yang lepas..
    sunah sakura recently posted…Resepi Lamb Chop Sedap Musim PKPMy Profile

    1. Avatarmehdi

      Saya akan menghubungi anda dari Iran sebagai pengeluar safron berkualiti tinggi. Tujuan mesej saya adalah untuk menjual safron anda dengan harga yang berpatutan. Bagaimana anda boleh bekerjasama? Sila hantarkan e-mel kepada saya.
      mehdirahimzade@yahoo.com 00989013163197

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.